Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan di usia 23 tahun

Hari ni dah masuk hari ke 4 puasa. Dah berumur jugak eh, tengok angka 23 tu. Kalau nak compare kan puasa kali ni dengan puasa tahun-tahun lepas. Banyak jugak bezanya.

Bezanya dulu-dulu kalau puasa aku bukan kemain kalau pergi bazar macam-macam tekak gatal nak makan. Tengok ini tengok itu, sedap jeeeee. Padahal kadang-kadang rasa dia bukan sedap sangat. Nafsu je kot.

Tapi setakat ni puasa tahun ni yang nampak ketara sangat, aku tak de nak makan benda macam-macam sangat. Pergi bazar pon sebab bapak aku yang sibuk nak beli-beli. Dia tanya aku nak makan apa-apa tak, aku cakap, hmm semua nampak tak sedap. Selamba aku cakap, kalau persatuan penjual-penjual kat bazar tu dengar, mau diorang sesah aku kat situ. Entahlah, maybe baru bape hari puasa tekak aku tak teringin nak makan apa-apa lagi. Tapi aku harap biarlah aku ada feeling tak teringin sangat nak makan macam-macam, makan je apa yang mak aku masak, lagi sedap, lagi bersih, lagi berkat. Macam nak bagi motivasi pulak rasa. Bukan, bukan, ini cuma cerita aku je.

Tapi yang ni nampak sedap lah pulak. Rawwrrr

Atau pun faktor umur? macam agak dah ahkak ahkak, so macam aku pikir, " ala, nanti buka minum air dua gelas pon dah kenyang. " ceittt, kenyang ke? lagi-lagi aku? haha. tu cara aku motivate diri aku je la biar mulut aku tak menyanyah nak beli-beli, last-last, tak habis. Malas aku, sungguh malas.

Terawih

Satu lagi pasal terawih, masa terawih aku tibe-tibe macam jadi mudesssss you. Sebab amik saf belakang sikit, orang-orang tua bagi dia depan-depan. Nanti biasalah ada budak-budak macam range umur sekolah rendah tak pun early sekolah menengah gitu, kadang sebelah aku, kadang belakang aku. In the geng mestilah diorang selalu sabaris kan. Baru sembahyang bape rakaat, nanti main lah, berbual lah, bergurau lah.

Tapi aku anggap benda tu normal budak-budak kot. Sebab dulu masa duduk taib andak pun aku macam tu jugak masa aku kecik. Sembahyang baru bapa kali dah lepak berbual dengan kawan-kawan. Masa tu kawan rapat yuyuk dengan juli. Takpun terus main kat luar. Sungguh tak beretika kau!..Tengah sembahyang aku boleh teringat zaman kecik-kecik aku. Nampak na lah sembahyang tak khusyuk kauuuu, mana tak nya, budak-budak pot pet pot pet. Dah lah pak imam tak pakai, mic sebab jemaah kat surau je. Memang jelas lah dengar telinga aku ni.

Then lepas-lepas tu aku pikir, "ishhh, aku dah boleh pikir macam orang dewasa ah," Aku anggap macam budak-budak, memang gitu. Wowwwww! Boleh bayangkan tak aku panggil diorang budak-budak secara tak langsung aku anggap diri aku ni dah matang. Oh my!!!!

Aku rasa aku dah ada rasa tolerate dengan budak-budak, dan benda tak sabar yang aku tunggu aku nak dapat anak buah baru. InsyaAllah, sebab rumah aku ni tak de budak kecik. Arbi dah balik kampung. wuuwuuwuu rindunyaaa. Arbi ni anak bongsu kakak aku, and aku admit yang dia ni budak yang baik giler. Dengar cakap, tapi kalau part dia merajuk macam orang beso. Baru tujuh tahun, tapi dah darjah 2.

Tak lama lagi, anak abang aku pulak. Macam best ah jadi mak. Adakah benar aku kini dah tua? eh normal apa 23 pikir gini. khenn. Act like a lady, think like a woman. gituuuuuuuu

P/s selamat berpuasa

2 comments:

  1. ko tpu, ak xcaye arbi 7taon
    dy kn anti pnuaan, hihu

    ReplyDelete
  2. ak tw kesimpuln entry ko nie..
    "ko dh tua"..ha..kn senang owg nk fhm.wakakaka..

    ReplyDelete