Sunday 27 July 2014

30th of Ramadhan Almubarak 2014

Woo hoo hari ni hari last puasa dik non. And esok kita sambut ghaya dahhhhh.

Sementara aku pun tak ada nak buat apa benda kat rumah, pasang karpet bagai biasa part bapak aku. Actually tahun ni raya kiteorang sunyi sikit sebab family abang balik Sabah. Dapat orang jauh ni kene ada financial yang agak kukuh sebenarnya. Tapi tak pe rezeki kawin rezeki jodoh. Kan. Tapi yang bestnya kak ipar aku,da macam kakak sendiri. Ala tak pe. Aku cuti pun 2 hari je.

Rumah tak ada apa yang meriah bebenau pun. Tak de raya sakan nya. Kuih raya sebiji pun tak buat seh. Pakai apa yang ada.

Preparation aku? Aku lagi la tak de beli apa-apa benda pun melainkan baju raya aku berlambak tahun ni. Kasut tudung tak beli pun. 

Sebab aku pun baru kerja sebulan, and Alhamdulillah dapat first salary. Dapat bagi-bagi duit raya sikit-sikit kat mak bapak, mak pak mentua,kawan-kawan mak aku, anak sedara, bakal anak-anak sedara, bebudak. 

Aku tak beli apa pun peduli plak aku. Barang dah ada. Next month masih boleh. Adik, kite buat sistem nak shoping baju ke duit raya. Tapi dia smart minta shoping sebab klu duit raya dia akan minta jugak.Ingat aku tak tahu. Ni lagi bertuah kalau bagi duit raya je, 50 tak nak. Masa PMR lagi siot, aku janji nak bg 1 A aku reward RM100 untuk subjek teras, ini kemahiran hidup dapat A tuntut jugak. Nasib adik sorang klu 5 macam ni bengkok akak. 

Btw, Alhamdulillah apa yang Allah kurniakan, orang sekeliling yang treat aku dengan sangat baik. Rezeki Allah.

Budget duit raya tahun ini.
Apa yang buat i happy sangat sebab gaji pertama i.

Oleh kerana sekarang majikan adalah CIMB Bank Bhd, maka sampul duit raya harus melambangkan tempat kerja. Tahun lepas Bank Muamalat. Tapi yang tak puas hati warna coklat, tak meriah tauuuu.

Mak bapak aku punya duit raya dah bagi in advance dah. Tapi esok diorang dapat lagi Insyaallah. Aku saja cakap yang semalam tu duit raya. Habis aku nak ajak beli barang raya diorang tak nak. Mak bapak aku ni yang best sangat memahami aku. Dari dulu sampai sekarang. Dari berduit sampai bermuflis hahaha. Love love love.

Apa yang lain raya dulu dengan sekarang?

Tahun lepas-lepas single.
Tahun ni tunang orang.
Tahun depan InsyaAllah isteri orang. 

Haaa. Dan yang penting best nya, tahun ni dapat raya dengan family bakal mentua sebab family besar. Kalau rumah aku adik beradik sikit anak sedara kat sini pun baru sorang. Sebab baru sorang, sayang lebihhhhh la auntie ko ni. Pulak tahun ni anak sedara aku raya kat sana. Huwaaaa rindu sangat sebab tak ada budak kecik. Tapi nasib baik anak-anak sedara ijul ramai, 15,  instant tau i jadi makcik yang happy sebab anak sedara ramai. yeayyyy. Dapat 10 point tambahan markah kat tunang kite.

By the way, walaupun cuti 2 hari je, cukup la cuti jugak. Fokus kerja sebab lepas dapat lesen ni aku kene bersedia mental fizikal ni. Takut tak cukup masa untuk kesayangan. Tak pe kerja kaaaannn.

Actually nak keluar ngn ijul hari ni. Tapi aku nak beli apa? Mak tak nak membazir. Sebab mata mak pantang. Kalau terlanggar pantang tu yg susah tu. Hehe.

K

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

lotsoflove

No comments:

Post a Comment