Tuesday, 5 March 2019

Birthday Anak-anak Mama Abah

Kelmarin 3 March merupakan ulang tahun anak2 mama abah. Genaplah usia kakak 3 tahun dan adik 1 tahun. Mama bersyukur tarikh lahir mereka sama so jimatlah eh. Hehe.

Memandangkan birthday diorg hari bekerja, so memang ada kat kem la. Tak de nak celebrate sangat pun. Cuma pergi makan je ajak kawan2 kat kem. Dari tak ke mana2 so ajak lah member2 pergi makan. Tak plan pun betul2 tu yg bgtahu ptg2 sbb xnak la susahkan diorg nnt bawak hadiah la apa la. Cuma g makan je. 

Cari kek pun mendadak, pergi secret recipe kek habis! Tanya  branch yg kat muar pun sama.. ahad cepat habis yg tinggal slice je tu pun tggl brpa jenis.. pergi la cari kat fb kedai kek area muar. Memula dia tunjuk yg dekat tu kedai cina.. masuk cam seram jugak mata melilau dari luar kedai cari logo halal. Takde. Maybe sedap tp berat hati nak beli. Kecik 1/2 kilo je harga tambah duit sikit dapat kek secret 1 buku. Harga tu tak kisah sangat sebab memandangkan tadi pun nak beli kat secret recipe. Tapi sebab cari halal tadi tu. Haha. 

Cari lagi jumpa yg org suggest2 kedai kek viral.. sebab murah n cantik. Aku pun tak pernah beli so apa salah nya cuba tengok mana tau sedap betul.. datang masuk tengok2 Zahra dah suka sebab deco dia cantik. So decide beli la. RM25 sahaja utk 1/2 kg.


Sekali diorang datang bawak hadiah la satey la. Satey pulak sedap nya cuma xleh makan kat situ so sad.. segan lak sebab bukan buat bebetul.. cuma macam krik2 lak klu aku anak beranak je hihi. 


Rayyan nak terkam kek dah.. 


Alhamdulillah kek bersama yang pertama.. Kek pony tu kakak yg pilih dia suka. adik belum tau pape.. ok la tu pony hehehe..


Love them sooo much.






Susah nak amek gambar sama sebab adik tak mau bagi kerjsama la.. haha


Birthday girl


Birthday boy


Mama & abah.


Sebenarnya mama dah upload jugak kat ig&fb utk kenangan diorg.. masa akam datang pun akan guna kan media socmed kan. So mama dah update.. nak pi cuci gambar tak done nak pilih gambar.hihi..


Bersama sicantik sicantik.. yang muka aku bulat sangat tu kenapa.. ye la dah aku duduk paling depan kamera.. patut aku duduk belakang kawan aku ni baru effect kecik sikit muka tu hahaha 


Pilih mcd sebab ada playground sekali.. tapi tu la jadi nya aku ngn laki aku cam bersilat.. klu zahra tu dah dengar cakap ok lagi. Rayyan sekarang dah pandai, kalau masuk mcd dia tau ada tempat main.. nak turun sendiri pastu merangkak menghala playground ni.. adehhh.. anak oh anak..


Sampai rumah tak sabar nak bukak hadia zahra ni.. dari dalam kereta nak bukak. Diorg pulak kiteorg tak pernah belikan mainan cam piano bateri2 ni.. punya suka.. siap gaduh lagi dia ingat hadiah tu dia punya sorang hihi.. tq aunty yaya & uncle kimi..


Pastu mak aku hadiahkan diorg basikal.. kongsi. Makin seronok lah ye nenek belikan. Tq nenek. 


Niat nya nak ootd sorang.. tapi dah berdukung heret la sekali. Hehe.. pastu semua tengok tempat lain-lain kan.. 





Selamat ulang tahun anak-anak mama abah. Semoga kamu berdua jadi insan yang berguna.. soleh solehah. Sayang menyayangi satu sama lain. Semoga kamu berdua sentiasa dibawah lembayung rahmat Allah. 

Amiin..

Dah tu je la sikit gambar. Ada banyak lagi tapo cukup lah tu untuk kenang kenangan di blog ku ini. Hehe. Byeeeee












No comments:

Post a Comment