Tuesday, 8 January 2019

Happy New Year 2019

Alhamdulillah dah start tahun baru 2019. Semoga dipermudahkan segala nya, jadi insan yang lebih baik. Jadi hamba yang lebih baik, dapat didik anak-anak dengan sempurna. 

Dah jadi parents ni, baru aku faham apa yang selama ni mak ayah kita rasa. Now kerisauan & cabaran yang aku rasa sekarang, bukan lah macamana nak survive jaga dia dari segi beri makan yang cukup, pastikan dia selamat, atau kasih sayang, selama besarkan anak-anak. Tapi lebih pada nak mendidik anak2. Maybe aku tak pandai nak translate dalam kata-kata. Tapi pada aku dah rasa benda ni satu cabaran. Nak didik paling utama dari segi nak terapkan akhlak & iman. 

Bukan kita bangga, “ohh aku boleh ngandung, ada anak,” itu tak cukup..anak itu semua rezeki Allah. Cepat atau lambat Allah pasti beri. Cuma kita memang kene usaha sehabis baik. 

Dugaan orang berbeza-beza bab zuriat. Ada orang Allah beri rezeki anak cepat, rezeki bab lain maybe kurang. Ada orang rezeki anak lambat, bab lain dia lebih daripada kita. Ada orang pulak Allah beri dua2.. Allah Maha Adil. Dia bagi tepat masa dan Allah beri bersebab. Sebab kita InsyAllah boleh jaga amanah ni. InsyAllah mama & abah kene kuat, nak didik anak2. Zahra & Rayyan. InsyAllah kalau diberi rezeki tambah anak Alhamdulillah. Kami terima rezeki. Bahagia anak ramai ❤️..

Aku adalah kawan ni.. suka n bangga tengok dia ajar anak dia. Aku tak la sibuk anak aku mesti kene macam tu secara cepat. Perkembangan anak2 ni lain. So mana yang baik, aku cuba tiru n apply kat anak2. Bagus ada status/story2 ni. Bukan sahaja membawang hihi, tapi ada benda baik yang kite kene belajar dari kawan-kawan jugak. Lagi2 bab anak. Supaya kita tak terasa terlambat, oo patut nya dari dulu cam ni cam tu. Sebab anak-anak kita ni kebanyakannya sebaya.
So mana ko rasa sesuai apply la. 

Jangan pandang anak2 ni, “tak pe masih kecik, masih kecik” sebab kita tak akan perasan dia membesar. So cukup sesuai dengan umur anak n rasa sesuai, aku & husband kene strict dgn anak2..  doakan lah kami. Amiin. Semoga Zahra&Rayyan jadi anak baik, soleh, solehah. Amiin. 

Aku doakan kawan2 yang belum dikurniakan anak, InsyAllah satu hari nanti Allah beri bile tepat masa nya. Keep strong, usaha, & tawakal. 






Mama abah sayang kamu berdua. Harta kami yang tak ternilai. Alhamdulillah. 

Bye. Assalam.

No comments:

Post a Comment