Last week, 5/8/2016, kami dapat la berjalan ke KL. Nak jugaklah jadi trip trevelog sebab sebenarnya tujuan ke KL sebab nak attend kerja kawen kawan aku. Kalau tak pun zahra belum pergi ikea lagi. Kenduri kahwin nye esoknya 6/8 tapi mak orang ni yang nak ke Ikea sangat nak makan meatball katanya. Nasib la laki den suka melayan, so kita pergi satu hari awal 😁.
Jumaat pagi tu dah sesiap la kami anak beranak dan husband mengosongkan kereta yang dah macam nak pindah umah barang penuh bawak barang anak. Ni baru satu anak, kalau dua ge pat? Pitam.
Before pergi tu kita pergi servis vavavoom dulu. Cek minyak itam tak ok, nasib baik cek dulu kan.
Dah nak tengahari jugak tunggu servis, and had lunch kat Melaka dulu. Perut kriuk kriuk. Lunch dulu Wong Solo. Tak de gambar sebab bagi Zahra tengok Upin Ipin.
Dah sesiap kite terus gerak ke KL macam biasa aktiviti laki aku berbulu di kebanyakan masa sebab anak tidur dengan aku-aku sekali layan tidur. Nak pulak tengah-tengah hari kenyang pulak. Berbual-bual dengan laki aku tetibe aku mute je. Hehe. Sorry sayang. Mmuah 😘🙏🙏🙏.
Kita terus gerak ke Ikea Cheras sebab dekat. Branch baru lagipun kan. Yang dekat Damansara, pernah jugak pergi dulu.
Nak pakai baby carrier tapi abah die rela dukung. Tahu je la kan kat ikea berapa jam! Mata rambang sana sini. Stroller memang tak bawak sebab stroller je da satu bonet bmw aku tu.
Hehe comelkan? Lady bos omel ke kusi yang omel ni?
Lagi satu favorite color mak. Masa petang ni sempat list apa nak beli je, tak sempat pick up barang nya sebab masa makan zahra start mengaruk nak tidur.
Pastu kite pergi makaann yeay. Thanks abah lanje, hari hari pun abah lanje hehe.
Zahra punya la macam kecur je tengok orang makan. Aku kesian cubit kan mash potato tu suap haha. Terjilat-jilat nak.
Pasti die pun start nak merengek minta tidur, makan lelaju la mana yang sempat. Pastu sayang bungkus bawak balik pakai tisu je sebab tak nak bratur panjang beli bekas pulak.
Plan malam tu stay Kajang terus sebab dekat dengan umah pengantin tapi tadi tak sempat nak amek barang yang kita nak beli. So esok kene repeat pergi Ikea. Gigih kan? Dah tak review nak hotel mana yang ok area Cheras ni. So tengok macam ok, check in je terus. Hotel budget je jangan ingat aku nak hotel berbintang-bintang. Hotel budget pun kalau kita review dulu selesa tauuu.
Zahra masuk keta lena terus. Nak lap pun dah kesian takut terjaga. So bedakkan tukar kan baju pampers apa semua. Zzzzz je. Hehe.
Continue the next day pulak k nanti.
No comments:
Post a Comment