Monday 25 July 2011

homemade cupcake!


Hello hello hello,

ehem, *ini cerita minggu lepas tapi masih beria nak post jugak*
Sebenarnya tiap kali aku pergi kedai kek ke,mulut aku terliur tengok depa jual cupcake,
tengok corak yang cantik2, dengan whipping cream nye,,perghhh! 
NAK! kalau ada duit!
serius aku tak pernah beli ataupun makan cupcake yang ada jual kat kedai kek.
*boooooo ramai-ramai sebab tak pernah makan cupcake.
dasar kampungan aku nih.
Actually cupcake tuh mahal, lepastu kat rumah ramai orang plus aku ni menganggur tak bekerja.
Jadi kalau nak beli wat masa ni mmg tak ah.

SO, the solution is:
Aku kena buat sendiri cupcake tuuu, ini percubaan aku yang pertama iaitu macam biasa try and error.
HAR HAR HAR


Dah siap bancuh2 tepung, aku bakar la dalam oven.
Masa bakar cupcake tu, bakar sampai oven pon hangus ye.
HAHA, sebenarnya dah buruk oven aku sebab aku malas bukak oven baru, 
nanti aku tak kemas, mak aku jugak yang bising.
Jadi guna jela oldschool pon oldschool la, janji masak cupcake aku.

Baru sekali bakar, belum letak apa-apa lagi anak buah aku dah bedal dahhhh.
Hoi, ko ingat aku dah siap buat ke!
* ntah2 die asyik makan jek sebab sedap kot
kembang jap.

Aku letak whipping cream ni kenapa tak menggunung hah!
Da macam apa ntah.
Proses membakar dengan menghias dilakukan dekat ruang tamu sebab boleh tengok tv skali.
Apo la anak dara buat cake sampai kat luar.
* mak aku cakap,"napa tak buat dekat depan jalan tu skali?"
kang orang mintak sebab sedap sangat kang. Sendiri pulak tak sempat makan.
Perasan meyh!



Actually dah dua kali aku buat cupcake minggu lepas, sekali makan untuk family.
Lagi sekali untuk all colleagues.
Baik tak baik tak?
Nasib baik lepas diorang makan, diorang tak buat muka pelik.
Kalau semacam jek, aku bole masuk jamban, lepas tuh flush sendiri.



Akhirnya, rasa nak makan cupcake tercapai jugak, walaupun mungkin tak sesedap yang dibeli kot.
Boleh la rasa nya tapi memang sedap tau.
Nggak tipu dong! Beneran kok!
* Nampak2 slang dah nak kluar, mentang2 ko nak pergi indon bulan depan! Practice2.

Tapi lepas ni kalau aku beli cupcake kat kedai lepas tuh rasa dia tak sedap,
mungkin lepas tu aku boleh kembang2 bangga2 sendiri sebab cupcake aku lagi sedap.
HAHHAHAHAHA

P/s Puas kalau kita buat sesuatu dan berhasil.

2 comments: