Thursday 27 March 2014

Matahari

Jalan menuju ke Bandar Dato' Onn jem sebab ada construction jalan. Dalam lebih kurang 6.30 petang matahari dalam proses hariannya nak terbenam dan lazimnya janjinya untuk keluar setiap pagi.

Janji dengan kawan untuk cuba Cookies and Ginger, melepak untuk bercerita hal-hal kosong mungkin. (atau lebih kepada memenuhi kehendak perut?) 

Cantik betul kan? Subahanallah.
Hal kosong boleh jadi kita tak ada specifik topic yang kita nak bincang tapi ia juga boleh jadi pelbagai topik spontan. Cuma bezanya semakin aku dewasa semakin topik yg kita bincangkan more to life,
planning dan hal-hal semasa selain dari gosip. Dah nampak matured takkk??

Sebenarnya tanpa sedar cara berfikir kita juga akan berubah. Dan boleh jadi tanpa sedar cara kita berfikir juga masih ditakuk yang lama. Aku pun tak nafikan yang kedua-dua hal ni terjadi pada aku dalam masa-masa tertentu.

Ahh apa-apa je lah. Sebenarnya nak cerita nak pergi melantak kat cookies and ginger je.





No comments:

Post a Comment