Monday 16 April 2012

Chicken Chop IT ROO Cafe

Hari ini ada benda yang aku nak kongsi sikit. Actually waktu macam ni aku ada kelas, tapi aku ponteng. hiakkk,memang langsung tak bermoral. Kalau mak aku tahu, habis kena bebel. Syhhh syhh.

Semalam aku dengan kawan aku pergi Jb sebab aku teringin makan Chicken Chop kat Hutan Bandar, Johor Bahru. Kedai ni memang setiap hari ramai orang. Tapi malangnya semalam kiteorang pergi, tengok2 kedai nya tutup. Padahal kelmarin pergi bukak je. Masa hari tu pergi pun tutup, ingat-ingat balik rupanya setiap hari Ahad kedai ni tutup.

Benda best pasal kedai ni, memang murah la sedap pulak tu. Siapa tak nak. Kalau yang instan tu macam biasa RM5, tapi kalau yang grilled baru RM 7.50, lamb chop RM10. Murah. Nak pergi kedai ni kena sabar sikit sebab memang lah ramai, kadang kena berdiri tepi tunggu orang siap makan nak cop meja.



TAPI disebabkan semalam kedai Hutan Bandar tu tutup, kami pergi cafe yang popular kat area JB ni iaitu IT ROO CAFE. Ni pun sama setiap hari ramai orang. Hari tu aku pergi, luar dalam ramai orang. Aku group yang ke 5 tunggu. erhh memang lama kalau nak tunggu kalau jenis customer dah siap makan dia berbual pulak. hu ha hu ha. Tapi semalam ada meja kosong walaupun kat luar. Cafe ni kalau korag pergi rasa macam pergi restoran zaman dulu-dulu. sebab bangunan dia pun jenis yang lama punya. Sebab tu aku suka datang sini.



The best ever Chicken Chop kat IT ROO CAFE. Sangat-sangat dicadangkan. 
Rating makanan 4.5/5
Rating servis 4/5

Cerita pasal servis dia, setakat ni aku rasa sangat best lah. pekerja dia peramah-peramah. lepas tu ada yang dah senior-senior punya pekerja, memang peramah. Cara diorang greet customer memang terbaik lah.


 Kat penjuru cafe ni, ada signboard ni sebab cafe di corner lot. And this is the address:

IT Roo Cafe
No. 17 Jalan Dhoby, JB
No. telefon: 07-2227780
Waktu perniagaan: 11 am -11 pm

Kalau nak datang masa puasa siap-siap booking tempat. kalau tak harapanlah nak dapat.

Yang lain ni gambar yang aku dapat dari Google










ok bai

1 comment: