Monday 17 February 2014

Last day

Hari ni last day kerja dekat Bank Muamalat. Ngam cukup setahun aku kerja. Ni first job aku lepas habis study. Hampir je aku nak resign untuk 3-4 bulan pertama oleh kerana kejutan yang melanda bila masuk banking line ni. Mulut pot pet pun sampai jugak menyetahunkan khidmat aku.

Lunch tadi kawan office yang aku kira dia buat farewell la untuk aku, nasi beriani kambing. Dia la paling kuat menyakat aku kat office. Ala,aku tau semua tu gurau je.

Beriani kambing 

Beriani kambing die serius sedap. Lately ni aku makan kedai kalau ikut portion biasa memang jarang habis. Boleh kira berapa kali je yang habis. Tapi yang beriani ni, aku siap offer nasi kat kawan aku, lepas tu dah mula makan, eh eh eh habis? ye betul sedap la gamaknya. Masa memula kawan aku ajak g beriani sini aku rasa macam tak bape best sangat  - sebab hari tu aku makan beriani ayam die. Rasa biasa je. tapi kalau yang kambing sedap.

Berbalik pada apa yang kiteorang bualkan, berbual pasal kerja. Planning lepas ni. Kerja bank ni best je sebenarnya. Environment best tapi tengok position jugak sebenarnya. Contoh: Tak boleh samakan position manager dengan teller. Mestilah yang lebih pressure yang mana. Bukan bank je la, semua company la. Sebab tu gaji lelain kan. 

Ada orang pung pang pung pang cakap suka kerja bank, ada orang pot pet merungut kerja bank. Tapi position lain, tanggungjawab pun lain la. Yang suka kerja tu kau tak boleh nak samakan sebab kau 'kerja di bank' sahaja. Makcik cleaner bank aku; aku rasa dia suka je kerja dia, dia kerja bank. So makcik tadi boleh cakap dia suka kerja bank, sebab kerja dia membersih la. Aku pulak rasa biasa je; because of position but its challenge me. atau aku memang orangnya berperangai biasa. 

Selama ni aku rasa aku biase je.

Last day, aku sebolehnya nak settlekan semua kerja pending. Ada la satu dua kerja tak siap, InsyaAllah akan disiapkan.

Aduh mesti rindu kat kawan-kawan office aku. Yang lagi best kawan-kawan sesama ni la. Paling suka merepek kan aku, suke je tiap ptg ajak bergayut call aku cite benda2 bangang kot. wawawa

Rindu dengan kawan-kawan office yang sekepala.

Akhirnya, setahun disini. Habis.


No comments:

Post a Comment