Friday 23 December 2011

kan dah kata: sedap murah meriah

Hye Assalamualaikum

Aku tengah ada mood nak hapdate belog ini. Semalam lepak dekat rumah, try nak update jugak, tapi nak upload satu gambar guna broadband pun susah gila macam siput bab kau ! Mau mak tak geram gee.


Semalam aku pergi Masai, Pasir Gudang, ambik kakak aku nak balik rumah. Kebetulan aku ni tak da kerja pulak semalam, so aku mengrajinkan diri pergi. Aku ajak ezzatysokka, tapi die lemau, tido pulak. Last-last aku tinggal aje, pergi sorang-sorang.



Masa pergi hujan, tapi tak lah lebat. Sekarang Johor Bahru memang tengah musim hujan, memang diramalkan hujan kan berturut-turut lepas bahagian utara banjirrrr. Tapi Alhamdulillah tak lebat.



Siapa yang duduk Johor akan tahu waktu puaka jem bila menuju Pasir Gudang. Waktu pagi nak pergi kerja dan waktu petang orang balik kerja. Bukan jem biasa, tapi memang panjang betul, lambat pulak tu. Aku pergi petang memang padan dengan muka aku la.



Lepas ambik, kiteorang pergi makan dekat area situ, dekat Restoran Fazilah,Taman Rinting, Masai. Pada aku best la dan boleh tahan. Sebab restoran biasa je, tapi deco dia cantik.



 Ada rak baca majalah walaupun majalah-majalah dia bersepah-sepah.



Makanan dia best la pada aku, berpatutan dengan harga dia. Walaupun murah tapi bukan murah seposen doposen tigaposen, tapi memang tip top sedap, lauk lain aku tak tahu la. Yang paling best adalah tomyan dia. Rasa tomyam dia macam tomyam dekat Black Canyon, tapi tak leh lah lawan   kesedapan Black Canyon kan. Kailan ikan masin dia sedapppp betul sebab ni memang favorite aku, telur macam biasa la, rasa dia gitew juga kan?



 Udang goreng tepung sedap boleh tahan, cuma kurang garing dia goreng. Aku makan habis kot. Dah la enak + aku tengah lapar. eh eh, bukan tiap kali makan aku memang habis ke? Konpius jap





 Decoration dia ok kan, cantik. Siap ada gambar masjid masa Tsunami tu. macam-macam lah.

Harga makan kiteorang agak murah la, tak silap aku dalam RM 400 something, sebab akak aku yang bayar. Makan 3orang. Tapi betul sedap murah meriah kan.

p/s entri ni dengan entri lepas aku amek gambar dengan kamera hp buruk je kot. 3.2mp. tapu tapi kualiti tak mengecewakan kan? Emm sayang lah kat hp aku walaupun kawan-kawan aku selalu buat main game bola sepak sebab hp aku flip. pentol bukan aku mereka?

1 comment:

  1. xkn nk wt hp ak plk men game
    hp bruk r
    hihu

    ReplyDelete