Thursday 22 December 2011

mari servis dan menang tunai ! T&C apply.

hello yello yello
kenapa kena yello? yela, kalau aku cakap belo?
paham tak maksud belo tu apa? Aku tak tahu la kalau korang tahu ke tak maksud belo.
Tapi masa aku duduk taib andak dulu, belo ni macam orang tak betul sangat la. 
Sebab dulu ada orang jual sayur naik basikal, pastu nama panggilan orang tu Usop Belo.
Orang nye macam kurang sikit la. Ishh, apa la, tak baik tak baik. jangan amalkan judge orang begitu ye.
Ok dah, melalut !


Agak dah lama tak update belog, sebab ke-busy-an yang sangat melanda diriku sebagai final year student yeah !! Apa jadah yang yeah, macam best sangat je, apa best nya kalau kena datang seminar ini seminar itu, kena buat asignment yang aku rasa makin menggunung dari semester-semester lepas, dan yang paling penting, tesis itu? Serius busy, tapi aku rasa macam aku da jadi artis pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang berguna pulak, rajin pinjam buku pergi library, cari journal itu ini *say hye to ezzatysokka sebab banyak tolong carikan journal*, lepak dibilik tesis. Aku rasa aku rajin, ko rasa?masin? cett

Hari Ahad malam aku pulang ke rumah, pon pon pon pon pon pon pon, kereta kecilku berbunyi, lalalalala
dah tu esoknya sebelum aku pergi kelas, aku perlu menserfis kereta. 


Bila aku ingat-ingat balik, aku pakai kereta ni dari semester lepas kot. Tak la awal semester lepas, tapi tengah-tengah lebih sikit la *apa punya bahasa ko ni?. Lepas tu semester ni dah last sem, meter aku baru segitu? Bapok baik aku ni tak berjalan jauh. lama kot, baru 10000.


 Ok-ok, tajuk entri aku servis kereta lepas tu menang tunai kan? memang betul. Aku mula tak percaya jugak, tapi aku dah alami sendiri. sorry ayat puisi pujangga. Bukan ! bukan ! kereta aku bukan yang bogel tergolek telanjang itu. Itu kereta customer lain yang berusaha jadikan kereta diaorang kapal terbang.


Haa.. yang brader tu tengah servis tu i punya kereta pinjam kat bank. Kereta tu aku da pagarkan keliling, jadi aku tak payah risau memang tak ada gangguan exboyfriend makhluk halus, jin, mahupun syaitan lepas ni. Aku dah pagarkan keliling tuh ! dengan apa aku pagar? aku langgar divider, pagar, tergesel sana sini. tak payah susah-susah mintak bomoh pagarkan.

Niat aku memang baik, nak pagarkan keta tu biar selamat tapi aku pelik kenapa mak bapak aku bising. Korang tahu tak kenapa? aku tak tahu *tangan didada mata ke atas

Aku tak tahu la apa sebenarnya yang diaorang buat bila serfis kereta, yang aku tahu salah satunya, tukar minyak hitam. kan kan kan conform confident aku cakap. Lepas dah siap servis apa semua, aku pun nak balik,

tiba-tiba bos workshop tu cakap,




"nyah, isi minyak. " aku pun macam pelik gilew gilew gilew euw euw. Dah la servis free kereta free, wang tunai pulak nak bagi, apsal tak belikan rumah sebijik sekali ke. nak jugak. aku pun macam malu-malu tapi ambik. Kalau ikotkan hati, aku cakap " bang, bak meh ah lagi, saya nak isi minyak sampai tumpah-tumpah ni." Bagus gile workshop kereta Dtec Auto ni. Lain kali aku mesti datang lagi, sebulan servis 2 takpun 3 kali ok tak?

Kalau korang nak macam aku, boleh jugak, boleh tak jangan berangan sebab kalau ada customer lapanploh orang macam aku, bankrup workshop ni tahu? haha. eh, tadi aku tak habis cerita lagi, kenapa brader tu bagi aku duit isi minyak. masa tu aku tengah duduk, aku pandang atas masa dia hulur duit, aku tengok macam kenal brader ni. eh, abang aku rupanya. eh eh eh

T&C dia adalah ko kena jadi adik abang aku. Kalau abang aku ada adik 5 macam aku, boleh pengsan beliau.Kerna tak kenang dek untung, sudahlah die bagi kereta, servis, minyak sebagainya free, dan duit belanja juga nak kena bagi. dem kau dna

-------------------------------------------------------------

Ni aku nak share satu benda yang sedap murah meriah. paham maksud aku disitu? itu ialah nasi lemak kat Student Mall UTM. orang luar pun cuba, memang sedap, betul sedap,


Dah la layan diri, boleh amek sendiri kuantiti yang kita nak. Sambal dia sedap, pedas-pedas manis gittew. Boleh letak ayam goreng, timun, ikan bilih semua amek sendiri.Harga dengan air RM 3.00 je ke bape ek. aku lupa. Tapi lebih kurang gitu la. Kalau tengah hari kedai die ramaaaaAAAIIIII betul tak tipu sebab asam pedas die pheww pheww pheww.

Okelah itu saja nak cerita. Oh ya, khazanah unggul iaitu kereta kancil merah aku tuh in progress tukar kepada auto. Thank you la kat abang aku sebab, segalanya free. eh yeke? ntah-ntah bila aku da keje dia mintak bayar, aku tumbuk dia laju-laju.

Thanks reading ! Daa

2 comments:

  1. nk jugak ar jadik adik abg ko..sng..ad kete t leh service freeeee.....*suke bender2 free.

    ReplyDelete
  2. memang haram dpt adik mcm ni..tp mse tu ko da capai pencapaian mksimm..myk keta ko 3 bar..tania tania

    ReplyDelete