Wednesday, 5 September 2012

Nikmat kesihatan yang patut kita syukuri

Sementara aku menganggur ni, salah satu tugas aku dekat rumah adalah menguruskan hal rawatan untuk mak dengan adik aku. So setiap appointment rawatan ataupun ada follow up aku yang kena hantar jemput semua.

One day, masa hantar mak aku pergi fisioterapi dekat hospital sementara tunggu mak aku, ada sorang akak ni dukung anak dia 7 tahun. Bukan dia dukung selama 7 tahun tapi umur anak dia 7 tahun. Disebabkan dia pun sibuk bukak kasut untuk masuk lagi tengah dukung anak dia, so aku pun bukan buat apa aku bukakkan pintu untuk akak tu. Aku tengok anak dia, kurus, Akak tu duduk sebelah aku, lepastu berbual-bual lah. Anak dia kena sindrom lebih kurang macam tu la sebab masa lahirkan dia, dia lemas tapi tak lama. So sangat bahaya bila baby dah lemas. Dia tak boleh buat apa-apa, memang kena dukung je.

Setiap minggu dia kena datang untuk cek, bayangkan lah selama 7tahun dah. So aku tanya, "Akak keje?" Dia kata, "Tak, nak jaga dia. Suami pun tak bagi keje. Nak jagakan orang pun sekarang macam-macam kes jadi. Takut orang tak sabar." 
bersyukur

Dalam hati aku, akak ni tabah jaga anak dia. Anak dia tak pandai buat apa-apa, diam je tapi adik tu sekolah jugak. Memang Allah tak kan bagi dugaan diluar kemampuan kita. Aku tengok akak tu sayang sangat kat anak dia. Sedangkan aku yang sihat sempurna ni tak perasan nikmat kesihatan yang Allah dah bagi.




Masa baru-baru ni pun dah buat aku terasa sangat dihati, masa tayar aku pecah kan sebab nak hantar adik aku pergi hospital ada appointment dengan pakar telinga. So department adik aku kena kat tempat ORL (tekak, hidung, telinga). Waktu tunggu adik aku kena cek, aku tak boleh masuk. Dekat luar tu, ada adik perempuan baring kat katil sorong, tepi dia ada mak ayah dia. Adik tu dalam umur 10, 11 tahun gitula.

Adik tu lumpuh, kaki dia kecik sangat, tangan dia satu kudung yang satu lagi pegang apel. Leher adik tu kena tebuk then ada lah salur dia. Aku sambil tunggu tu tengok adik tu, dia nangis macam tahan sakit. Macamana dia nak makan dengan leher/tekak dia macam tu.Ya Allah! kesian sangat. Dia nangis pun suara tak jelas sebab leher dia dah kena tebuk kan. Tapi memang nampak dia nangis meraung sakit, suara pun dengar sikit. Kalau leher dia tak kena tebuk mau satu hospital dengar. Mak ayah dia pujuk-pujuk.

Aku rasa, Ya Allah, aku ni tak reti bersyukur dengan nikmat kesihatan dengan fizikal aku yang sempurna. Kadang aku selalu fikir dengan benda yang aku tak dapat atau tak ada macam kelebihan pada orang lain. Kadang-kadang aku cakap dalam hati, "Kenapa Allah bagi orang tu...... tapi aku tak." 

Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Kenapa nak mendongak ke atas je, kenapa tak tengok orang yang lebih susah, lebih sakit dari kita. Kalau kita sihat, macam-macam yang kita boleh buat berbanding orang yang lumpuh. Bayangkan kita kat tempat diorang mesti kita tak mampu, dan barulah kita rasa bersyukur.

"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

dan jangan lupa baca ini. Sama-samalah kita bersyukur dengan semua nikmat Allah, bukannya menghitung dugaan yang Dia bagi.

yang ini pulak, nikmat makan sampai lebam
Bersyukur sebab masih dapat makan dengan cara yang seharusnya.
p/s peringatan untuk diri sendiri jugak :)

No comments:

Post a Comment