Friday, 16 September 2016

Benda yang tak kita fikir, bila tiba giliran kita;

Balik dari Muar sampai je Kulai, aku macam wow macam teringin makan Mcd sebab perut aku ni lapar pulak, padahal tengahari tadi balik cek Zahra kat Klinik Kesihatan, sesiap makan dah untuk lunch.

Rasa nak makan Mcd, tapi macam nak makan mee kari putra jugak. Hari ni nak belanja laki aku hehe sebulan sekali belum tentu aku belanja laki aku skrg hihi sorry sayang; tak pe la makan mee kari dulu. Esok-esok je la Mcd. ๐Ÿ—๐ŸŸ๐Ÿ”

Decide makan mee kari la pun sedap. Ye la dah lapor. Padahal dalam keta da dapat makan ice Krim favorite aku, ice krim milo. Beli 2 aku makan 1stgh. Ko ghase kecik beso je laki tengok. Dia dpt stgh je. Syg abang.๐Ÿ˜˜

So kiteorang pun pergi makan mee kari. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹
Zahra tengok je kite makan, sabar dik papaya adik kita cari di Tj Mart. Dia sekarang pandai eh tengok makanan. Tangan dia jalan dulu. Hehe.

Dah siap makan balik kampung dulu, abah dia nak bawak anak dara dia pusing naik moto pastu dah siap tu terang lagi, rindu pulak dekat si Alden ni. Singgah rumah Nadia, tapi syian dia tengah demam. Tak sedap badan merengek je tapi tak lama pun. Pastu tidur. Makin panjang, kalau baby lelaki lambat skit nampak bambam, tapi yang penting bertambah hensem kooo..

Hihi. 

Hmm tu la, kadang benda kita tak pernah terfikir pun nak buat pilihan, sampai satu masa kita sendiri berada kat tempat tu. Baru lah kita sedar.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang sentiasa mencukupkan malah melimpahkan rezekiNya.

Bila kita dilangit, masih ada orang yang lebih tinggi dari kita, bila kita dibawah, masih ada orang yang terperosok kakinya ke perut bumi.

Ok lah, lama-lama jadi motivasi kan. Peringatan untuk diri sendiri. 

Sesungguhnya Allah itu, ArRazak. Minta dan berdoalah. Dan terlalu banyak yang patut disyukuri. Alhamdulillah ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Salam sayang ๐Ÿ˜hihi

No comments:

Post a Comment