Sunday, 4 September 2016

Nasi Ambeng BBU dan Makan Syiok Karnival

Semalam husband aku offday sehari je, balik amek aku dengan Zahra kat Kulai. Seminggu tak jumpa. Sampai Kulai husband belikan abah kue teow goreng dulu untuk sarapan. Minggu lepas abah nak kedai tutup, minggu ni balik dapat belikan abah fav dia kedai Pak Akob.

Abah sorang kat umah, mak kat umah kak long. Jap lagi lepas kami makan nak menjejaki mak pulak dengan hantar ole-ole sikit husband baru balik Kelantan minggu lepas.

Aku teringin nak makan nasi ambeng BBU hari tu tapi masa sampai dah tutup ke memang tutup tak tahu lah. Semalam husband bawak pergi makan sana.

Bukan mem bulat muka aku tak sempat nak pakai betul-betul. Laki aku tu kalau ajak selfie memain. 

Tengok biasa-biasa tapi rasa dia best. 

Balik sarapan included lunch la tu hehe singgah umah kakak ipar aku baru bersalin. Zahra dapat cousin baru yeay. 

Dalam pukul 3ptg macam tu balik Kulai lalu Hutan Bandar, Bandar Putra nampak la Karnival Makan Syiok. 

Pergi la jugak menyinggah padahal perut kenyang sebab otw balik tu beli kopok lekor dengan pisang goreng mengonyel dalam reta. Pastu teringin la tengok apa best kan tengok macam tak ramai. Masuk je meriahh rupanya ramai. 

Aku menggunakan kuasa hp aku la kalau anak dah dekat husband kan. Hehe.

Lets go.

Ramai betul budak-budak. Polis pun jaga tu yang elok. Biasa kalau nak buat karnival/perhimpunan aman apa-apa memang kene register kebenaran dengan pdrm. Aku memula tak tahu gak, tahu pun dulu masa nak buat bank punya karnival.

Masuk dalam banyaak rupanya booth.

Tengok banyak tu makanan macam-macam ada. Tapi da kenyang. Awat jumpa pisang goreng dulu tadi haha.

Ramai kan. Aku nak tengah buat video kene tegur ngan laki aku. Da senget benget video aku. Grr. Malu la tu aku rakam macam jakun ye ke. Eleh Kulai je pun. Kan kan kan. Husband aku nak cakap aku gitu la tu. Hp kan ditangan mama. ๐Ÿ™„

Zahra syok tengok budak-budak main air.  Sabar ye nanti besar baru boleh.

Best kan. Kira berjaya la ni dapat sambutan.

Pusing-pusing nampak dim sum halal kat situ beli jugak 2 ketul nak rasa. Beli air, pastu balik nak pergi umah mak long jumpa nenek.

Sengeh, abah adaaa kepit saja dua orang ni. Nak susu pandai cari mama ye.

Sayang sangat tau harta mama dua ni. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

1 comment:

  1. Kami dari INPROMTWO EVENTS penganjur KARNIVAL MAKAN SYIOK ingin mengucapkan Terima kasih membuat review event ini... sebuah anjuran bersama MPKu. jumpa tahun hadapam insya'allah.

    ReplyDelete