Wednesday, 14 September 2016

Raya Aidiladha di Kem

Semenjak belajar menjual susu kambing ni sibuk la sikit bukan apa. Tak reti nak bahagikan kerja. Haha. Ributs.

Padahal anak baru sorang, surirumah pulak tu. Nak cite hari raya haji kelmarin je, tak balik kampung pun. Tak masak pun rendang, masak stok apa ada je kat peti ais tu hehe.

Laki aku cakap sedap je aku masak. Kembang idung aku. Aku masak ayam masak merah dengan lodeh je. Lodeh pun ad kobis, carrot, tempe dengan suhun. Jadi la tu ngidam lauk raya.

Pagi raya abah dia pergi masjid kite pun melawa, aku pun pakai baju kurung bape jam je, zahra berak je 2 kali, tukar baju dah 3 pasang, last2 aku yang basah dengan baju melempai2. Tak sempat selfie ngn laki aku. Haha.

Baru nak feeling2 melawa kat umah.

Haa ini diaa budaknya. Ada baju baru lagi mak ngah die bagi. Baju ni kotor masa makan ganti baju baru satu lagi, mak ngah die bg gak, tak sempat amek gambar berry melimpah-limpah. Mandi terus.

Haa ini diee baru nak suh die amek gambar bersandar duduk die sibuk nak makan dress nampak spender ko dik.

Aku buat part time nyambil-nyambil jual susu kambing. Dari tak buat apa kat umah nak cari duit poket sikit untuk zahra hehe. Kot boleh beli pampers and minyak dia. Ok la.

Mummylicious Susu Kambing
Walaupun untung dan aku jual tak banyak sekurang-kurangnya aku usaha. Alhamdulillah kawan-kawan support beli. Tq soo much. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
RM2 ke RM3, RM 5 ke sangat bermakna kalau dari titik peluh kita sendiri. Kan kan kan?

Habib Susu Kambing
Semoga dimurahkan rezeki aku menjual dan dimurahkan rezeki orang yang membeli. Yang paling penting mereka dapat manfaat susu kambing yang kita jual ni! Amiin๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ๐Ÿ๐Ÿ

Before tu nak tunjuk my first ever dish for raya by my own self!
Ayam masak merah dan lodeh

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA SEMUA!!


No comments:

Post a Comment