Tuesday 17 July 2018

Hari ke dua husband cuti

So hari ni hari Jumaat, husband cakap kat Rapid Pengerang tu berhabuk kuat since dia sensitive pada habuk, sinus dan start sakik tekak dedor nak demam. Masalah aku kalau husband cuti ialah keluar umah sebab masa ni je dia free. Weekdays dah kerja kan. Lagi aku aku punya personaliti memang tak duduk umah macam stress. 2-3 hari ok, masuk 4 hari kalau tak kluar umah aku stress.. Bukan kalau tidur umah mak mertua je macam cepat keluar jalan, umah mak sendiri pun sama. So macam tak de istilah aku lebih kesini ke, kesana ke hehe sebab jenis berjalan pastu balik pepetang/malam/lambat 😬.. heee

Kalau husband cuti, kalau dia penat aku biarkan dulu.. yang  penting aku siapkan anak-anak dulu. 

So ni nak layan kan Zahra naik train, sebab dari abah dia nak ke masjid dia duk berucap "naik tut tut" semalam nya kan cancel sebab dia tertidur. Ok ler bawak gak la. 


Hmm entah kali ke bape puluh kite naik train aeon ni kan..tanya zahra jalam aeon pun dia faham.. "aeon aeon naik train naik tut tut" grrr


Dia paling happy dengan abah. Hari tu abah belum cuti. Naik la dengan mama je tapi muka dia nampak janggal hahaha.. ok la kan.. hari ni naik la duduk peluk abah tu kakak.. adik ni pun buat mama geram shomei..


Amek gambar amek gambar sedap order kat mama. Happy le selagi tak bawak naik dia akan ajak ke train jugak. Dah la satu pusingan RM5 sorang. Mahei la kan. Hihi


Aktiviti wajib dia ke aeon, naik train and main playground.. tapi kalau budak tengah ramai sangat aku tak bagi main. Hehe jahat kan. Tak la bukan apa. Memang la slide benda2 tu semua budak lain pegang. Tak berapa higene jugak. 😬


Lepas tu dah main slide mama buat surprise bagi dia beli mainan sendiri. Dia dah lama sangat tak beli mainan and dia bukan jenis minta mainan kalau tak dapat nangis ke apa ke. Alhamdulillah memahami. Mama abah bukan orang ada ada.. sekali sekala boleh la. 


Pusing satu kedai dia cuma pilih ni.. amek ni amek ni.. Since dari dulu dia tak beli apa2 sebab semua duit dia mama simpan. Hari ni dia beli mainan pakai duit raya dia dia. Dia nak castle princess yang besar RM100+ tapi macam mahal pulak. Walaupun guna duit dia tapi mama still tak nak memahal, bagi dia option yang lebih kecik. Dapat lah ni RM60.. lebih yang lain kita simpan ye sayang. 


Lepas tu nak lepak-lepak minum je sebab masih kenyang dah lunch kat umaj tadi.. baru air sampai, nak relax-relax berbual dengan laki aku.. Rayyan boleh berak pulak.. pastu dah siap berak dia bising satu kedai. Agak nya nak bagitau "saya dah siap berak mama!! Cepat cebok!! Geli2 ni" hahaha adui ribut jap. 

Bungkus pastu balik.. dalam keta tukar pampera baju semua nak pi open house rumah sepupu depa ni. 


Aikk dah balik open house baru nak makan aiskrim.. ni kat sebelah rumah. 


Bergambar dengan kak fatin.. yang tolong amek gambar adik shira. Sepupu diorang ni ada yang dah besar-besar. Senang mama abah nak makan.. diorang tolong jaga. Hehe. Tak kekok pulak tu dengan budak kecik. ❤️

Tu je la hari tu tak ke mana sangat. Selesei open house dan penutup syawal yang mulia ini. Hehe






No comments:

Post a Comment