Wednesday, 15 August 2012

Panas hati dengan

Salam ramadhan peeps. What the hek mu nak peeps sangat padahal tak ada orang kesah pun ngan blog picisan yang tak ada knowlegde ni. Whatever la. Cite sini habis sini la eh. <--Shuib, Man Sewel Datang KL.

Berdasarkan gambar diatas, buat karangan cara-cara untuk menjahit langsir.... ok ini tak lawak. Serius tak lawak.

Nampak tak gambar aku tengah menjahit langsir. Memang gambar aku tak de sebab aku seksay yeah masa ni, so lain kali je gambar aku. Tapi yang penting langsir tu aku yang jahit. Ewah, baju raya tak de, langsir raya bertukar bagai. Tak adalah actually ada orang tempah langsir. FUUUYOO, (pinjam trademark wan kejap, hehe) ada orang tempah langsir raya kat dina, limited edition tau tapi tapi tapi tapi yang buat aku mengamuk masa menjahit adalah kondisi mesin nya dong. Bikin gue panas hati  tahu.

Yang benang asyik putus, nak kayuh dia jadi berat, benang habis nak beli start keta tak hidup dah aku kena jalan kaki dah lah jalan kaki 3 kedai aku pergi last kedai baru ada benang, kerusi aku asyik berjalan kebelakang je sebab mozek kan licin, koci ketat <--yang part koci ketat aku dah geram, aku bukak terus aku baling kuat-kuat. Dah lah aku baling arah tv, ada tv lcd mak aku ngan tv game adik aku, pulak bawah tu ada laptop. Aku baling besi tu kuat, katakanlah aku terbaling kat salah satu screen mahu mak aku mengamuk pulak. Nasib baik kena gerobok je. Mak aku tengok aku membebel ketawa jee, dah la ajak aku berbual je, dia kata bia aku tak boring, dia tak tahu kegeraman aku kat mesin tu. haha. Last-last aku sendiri gelak.

Aku rasa mesin jahit aku dah lama sangat, dari aku form 2 tu pun mak aku memang belikan aku biar aku pandai menjahit. Kalau untuk jahit sikit-sikit tak ada masalah tapi kalau untuk jahit untuk kuantiti yang banyak mau yang panjang, rasa boleh kecik betis aku mengayuh mesin jahit. Tahun depan kalau mak aku suruh buat langsir, awal-awal aku order pemijak karen.

Tiba-tiba tengah menjahit tu mak aku, "Dina, macam nak raya betul ek, tengah jahit langsir raya." Aku cakap, "Perasanlah mak ni." Mak aku sambung lagi, "Sepatutnya sekarang dekat dapur ada orang tengah cetak-cetak kuih raya." aku tengah layan kaki aku lenguh, aku diam aje. Dalam hati aku eee mak aku ni berangan je, kuih raya sebiji pun tak buat. HAHA. Masa ni aku keluarkan mesin pergi ruang tamu, biasa jahit dalam bilik. Mana tak macam rumah sendiri nak raya betul, aku kalau mejahit memang satu rumah bersepah. Masa ni dah nak siap langsirnya, yang kat mesin tu last piece aku jahit. Tu yang dah kemas tuuuu.

Aku suka jugak lah menjahit ni sebenarnya. Aku suka benda-benda kemahiran, eceh. Tapi kadang ada kes pelik yang nak buat dat baju kat bahagian peha la, kecikkan tshirt la. eh eh. Kalau adik aku lagi la, ikot trend sokolah<--hamek kau sokolah aku eja. Kalau kat sekolah tengah trend boot cut, mampus seluar sekolah tu dia nak suruh aku jahit boot cut. Susah jugak kot, kalau aku official belajar menjahit, memang celah gigi je aku buat. Kejap potong seluar la, seluar koyak la, alas meja tertetas la, alter baju la, kecikkan sapu tangan la. Time aku malas aku buat tak layan jeeeee bia tunggu aku ada mood baru aku jahit. Nasib baik tak de orang request buat spender.

Kat rumah ni yang reti menjahit aku, bapak aku, abang aku. Diorang tak nak sangat bapak aku yang jahit sebab hari tu bapak aku tengah jahit, aku tengok

Aku: Bapak, kenapa seluar warna cream, benang warna merah? Benang warna cerah habis ke?
Bapak: Tak lah. Macam ni baru betul, baru nampak benangnya, Tak senget-sengat.
Aku: (derrrr!!!?) Mehlah dina jahit kan. <--sambil gelak-gelak

Bapak aku rabun teruk, dia malas nak susah-susah, amek kau warna kontra die letak.

Kadang adik aku suruh aku jahitkan barang dia tapi aku malas,

Aku: Kau suruh bapak tolong jahitkan.
Adik: Tak nak lah, nanti benang warna warni.

Abang aku? dia lagi lah busy, tak de masa nak layan.  Last-last aku jugak tapiiii nasib lah ikut mood aku. haha

Dah lah melalut, aku nak cite aku jahit langsir penuh dugaan, rintangan, dan cabaran, ni dah sampai ke lain. Kalau buat karangan kertas penulisan, cikgu dah label aku, TERPESONG!!!!

No comments:

Post a Comment