Nak cerita last week hari sabtu kami sekeluarga pergi jalan kl, niat nya nak bawak anak-anak ke Aquaria. Bile zahra throwback gambar Aquaria dia last year, minggu tu gasak asyik cakap nak tengok jellyfish & starfish je. Bawak pergi Ikea Tebrau tidur dalam kereta, dia ingat dah sampai Aquaria. Haha.
So hari sabtu hari tu bawak jugak lah jalan kl. Bertolak dari Muar pun dah nak tengahari, n plan balik esok nya. Aku kalau pack baju anak2 memang macam nak pindah banyak aku bawak. Tapi kita mak ayah ni bawak je cukup2.. bukan lama pun. Esok balik dah.
So yeah setelah meredah 230 jam perjalanan, dengan Zahra tak nak tidur kat belakang.. 230 jam dah cukup dia buat macam2 sampah kat belakang, dari kotak kertas & tisu dia carik-carik buat mainan, dengan roti krim dia picit2 penyet2 kan.. grrr.. Akhirnya sampai sudah..
Sampai pun around 3 petang, husband terus parking area aquaria. Jadi sangat dekat masuk-masuk pintu mall terus jumpa Aquaria. Dulu masa 1st time tak tau lagi, manapak la jugak dr klcc ke Aquaria nya. Tapi tak jauh sangat pun boleh la kot klu ko nak exercise.. hihi.
Sementara tunggu abah ambik barang dalam kereta, kami duduk kat atas taman KLCC tapi tak sampai taman atas la. Mama malas. So amek2 gambar diorg je.
Zahra pun tolong mama ambik gambar.. pandai dah anak mama ni. Tu yang mama suka ni. Hehe.. tapi tu la nasib2 jadi.. ððð
Sepanjang dalam Aquaria ni Zahra & Rayyan nampak excited tengok pelbagai jenis ikan.. tapi ni muka takut sebab kene duduk tepi kolam.. ð dia punya aktif dalam Aquaria, balik homestay terus flat.
Masing-masing kagum.. seronok dan eksaited.
Abah yang sentiasa rajin melayan tanpa jemu. Penat drive tolak tepi demi anak-anak. Iye sape2 yang dah jadi perents ni akan rasa penat tolak tepi, berhabis duit untuk anak janji diorang happy pun tak pe.
Mama yang bergilir-gilir dukung Rayyan.. ajak bergambar pun sibuk tengok ikan kat bawah.
Peace ✌️ bila kat youtube sekarang asyik suruh bukak aquaria.. dia tanya mama ni ikan apa.. hmm yang ni mama tak hafal la. Hari sabtu ramai sangat orang nak baca lama2 kat board dia. Maafkan mama. Nanti kita repeat Aquaria mama tulis dalam buku okeh.. hehe ð
Panggil-panggil memang susah la nak tengok kamera dah.
Happy nya kakak adik ni. Abah kata nak bawak sini lagi.. haaa.. mementang anak suka asyik la nak membawak.
Tapi mama boleh tumpang sekali nak pergi jalan dah alang2 sampai kl tu hihi.
My baby..
Dia dah siper jepun didi jangan dipisahkan.. mau dia tak nak jalan nanti. Haha.. kekecik tak cun takpe.. mama pun dulu camtu, dah besar ok je kan? cantik je kan? ðĪŠðĪĒ gurau k hahaha
Yeayyy akhirnya sampai tempat jellyfish.
Done explore Aquaria. Happy nya diorang dapat tengok macam2 ikan in real. Yang lenguh mama abah la dedua nak berdukung lagi2 akuarium ikan-ikan semua tinggi-tinggi kan. Tapi penat tu hilang kalau nampak anak-anak happy.
Masuk kereta terus... Zzzzz dedua nak melekat pulak tu.
Untuk kat kl, kite sewa homestay. So petang tu balik dulu, siap2 lepas maghrib baru keluar makan. Tapi diorg still letih lepas mandi, Zahra dah minum susu and makan cereal sama dengan rayyan. So mama abah nak makan tetiba tak nak bagi kerjasama. Dia nak balik tidur.. tapi dah sampai kat Sate Kajang, teruskan juga lah makan. Yummy.
Boleh tahan. Ada lagi nasi goreng tak sampai lagi. Makan pun laju-laju je hihi.. tak habis siap bawak balik untuk breakfast pagi..
Kakak dah badmood tapi dia ada hp boleh tahan lagi.. ni ha yang lagi sorang tak mau layan kartun.. hahhaa..
Apa nak buat.. senyum je lah.. ð lepas siap makan nak balik.. dia nampak playground sebelah sate kajang ni terus jadi tak ngantuk. Tak nak balik ðĐ.. bagi lah main jap. Balik rumah terus tidur dedua..
Hari kedua
Pukul 7 pagi bersiap-siap anak-anak..
Diorang jenis bangun cepat.. so Alhamdulillah tak de masalah. Ada pun masa kat Terengganu diorang bangun lambat, maybe penat. Mama abah pun sakit badan tapi semangat nak berjalan tu mengatasi tau.
Diorang jenis bangun cepat.. so Alhamdulillah tak de masalah. Ada pun masa kat Terengganu diorang bangun lambat, maybe penat. Mama abah pun sakit badan tapi semangat nak berjalan tu mengatasi tau.
Ok next day zahra ajak naik train. Sebab dari homestay tu nampak lrt lalu lalang.. ok jom la pergi dekat2 je..
Ok lets go..
Dah sampai.. jom kita naik.
Turun station Bukit Bintang. Jalan-jalan area situ je. Ingat nak ke Pavilion tapi malas nak jalan. Kat sini pekena kebab pak arab tu perghhh sedapnyaa. Lupa nama kedai n tak tangkap gambar pulak. Lain kali datang mesti repeat!
Im breastfeed mom tau. So memang berselera dan makaaaannn jee. ð
Menikmati pemandangan sekeliling..
Menikmati pemandangan sekeliling..
Ni dah macam sticker abah dah. Macam pakai gam.
Oh ya.. sepatutnya balik dari naik lrt, kite pergi lunch dan balik Muar. Sekali dapat call husband dapat cuti seminggu.. yeay! Approve!
Terus macam idea ðĄ datang. Kebetulan kakak2 ipar, family kak long, kak ngah, kak eti n mil, diorang tengah cuti ke Terengganu. Husband kata jom pergi terengganu. Deal ngan anak buah tempat apa semua. Terus ke sana.. tapiii kita pergi makan satu tempat ni sebab ada artis pergi sini hari tu.
Tengok menu dia menggiurkan. Restoran tu ialah di The Daily Grind Ampang. Order burger ada fries ingat untuk anak-anak. Tak cukup. Kat gambar tu setelah dimakan. So kene order lagi fries sahaja. Sekali dia buh serbuk cili.. adehhh
Sebab tadi dah makan kebab n minum2 air. Jadi tak berapa lapar just nak makan menu ni chicken rosemary dia.
Ayam dia very juicy, lembut. Yang penting sedap sangat.
Cheese burger pun power. Makan siap-siap.
Sebab dah pukul 3lebih ptg, so kita decide terus naik Terengganu. Mama is happy sangat2 bila abah nak sambung lagi pergi bercuti.. jarang suami i tak onz.. ðð
Pergi station minyak sebelum masuk highway.. setting barang dalam kereta. Maklumlah kereta comel, kene setting balik, supaya dalam kereta senang capai is especially makanan, susu, pampers. Siap2 kan anak2, pampers baju tukar, susu pun siap2 buat.
Ok here we go to Terengganu yeay!! Bye KL. ð
No comments:
Post a Comment