Ok jom let’s go sambung cerita anniversary vacation 2019! Ye la kita bukan macam orang lain senang-senang bila-bila masa nak travel jauh-jauh terus onzzz. Apa-apa pun aku syukur semua serba cukup paling penting suami belikan je apa kita nak. Aku pun nak minta paper tengok poket laki..bukan order je 🤗 hehe.
So petang Ahad tu kami bertolak dari KL lepas asar, setelah meredah beberapa jam tanpa henti, dan tanpa henti jugak bersilat dengan si Rayyan ni sebab dia tak mau tidur!! Ada tidur sekali dua tapi alahai sekejapan gila.. so sampai Kuala Besut, Terengganu dalam pukul 9.30 malam. Yeay jumpa mak mertua n family kat homestay.. depa pun balik berjalan dari Rantau Panjang shopping.
Sampai je homestay, dah belengas weiii apa lagi first siapkan anak-anak mandi, makan.. kiteorang pun bungkus burger je dah malas and penat. Dah mandi semua baru lega.. sooo aktiviti nya esok!
The best my Nasi Minyak Daging Kerutuk
Pagi tu bersiap cepat, aku la antara orang paling awal siap sebab terbangun awal. Hehe. Kami sarapan dekat area Kuala Besut tu jugak..warung ni memang ramai orang. Yang bawak ke kedai ni bakal ayah mertua anak sedara. So dia tahu la mana tempat makan recommended. Tapi tak de pulak signboard kedai. Tapi menu tu aku yang minta dia suggest. Fuhh licin pepagi makan nasi.
Stall tapi menampilkan rasa mewah haaa githewww
Semua busy makan ni..
Aneka kuih muih
Haipp mata tu kenapa... tatap mata saya rika!
Selepas bersarapan.. destinasi kita yang pertama ialah
1) Pasar Besar Siti Khadijah
Oleh kerana ni family trip, kami ikut je sebab kebetulan sambung bercuti hehe.
Dalam kereta main la selfie-selfie..
Husband n walkie talkie memudahkan rupanya klu travel konvoi ni kan.. hehe.. senang apa-apa terus bagitau je.
Rayyan, Habib, dan Zahra
Dah sampai Pasar Besar Siti Khadijah.. tapi biasa lah travel dengan anak-anak kecik ni.. nak air dulu la apa la.. so layann hehe.
Milo kaw kaw
Aku ni kan tak tau masa tu tak de mood nak membeli sangat.. nasib baik la ada terbeli sepasang kain ela buat kenang-kenangan hihi.. mak aku pun belikan blouse je. Sebab anak2 dah merengek tak selesa. Aku pun cam tak de mood nak membeli.
Panas lit lit wehh
Jadi penunggu depan kedai ngan adik oshin n mak jai.. yang lain pi meronda borong kain...
Tempat membeli keropok, serunding daging ayam dan lain lain.. mama tak ingat apa lagi dia jual.. masa ni anak-anak dah start merengek minta dukung memasing sebab penat dan panas dalam tu.
Ais Krim Baba
So decide dengan husband, beli-beli benda sikit and duduk luar ni.. rasa berangin sikit.. duduk la kami 4 beranak makan aiskrim.. air manggo, makan kopok.. yang lain tengah shopping.
Rayyan dengan Zahra dah tak nak apa dah jumpa lopak-lopak pasir.. apa lagi.. projek onz la duk korek-korek gasak la nak janji diam hahaha.
Keluar dalam 3 petang. Pergi lunch.. tapi gambar tak de sebab Rayyan sleep di pangkuan ibu nya.. hehe so hp simpan.
Lepas lunch jalan-jalan di
2) Pantai Irama, Bachok Kelantan.
Masa ni ombak kuat.. so amaran flag red..tak boleh mandi nak turun pun takut. So korang kais kais la pasir kat sini ye. Tapi sebab dapat main sekejap je, rayyan je la yang pasrah yang lain marah tak mau balik 😆...
Ehh alahaiii manjanyaa sekali sekala posing hehehe..
Adik beradik husband aku ada 12 orang. Husband aku no 10.
Kak long
Kak ngah
Kak eti No 9
Anak-anak tengah gasak main pasir dengan sepupu-sepupu dia..
Dalam maghrib macam tu sampai homestay.. dan memasing dah penat sebab mood anak-anak aku masa tu tak berapa ok. So jadi la mama abah yang sabar hari tu hehehe. Malam tu cuma rehat-rehat je tak kemana pun.
Rayyan tidur awal Alhamdulillah tapi nak susu je.. kakak minta balik Muar malam tu.. asyik ajak balik je. Pastu husband bawak dia pusing-pusing kejap naik kereta and dia ok buat susu tidur. Alhamdulillah..
Lepas tuuu tetiba pukul 2 pagi laki aku kejut suh cari hotel Pulau Perhentian.. jeng jeng jenggg 🤔💡💡💡
Ok jumpa next entri... hehe 🤗😍
No comments:
Post a Comment