Monday, 15 April 2019

Terengganu Kelantan 2019 (Part 3)

Sejak ada anak-anak ni nak update cerita diwaktu siang tu lahai susah melainkan dedua tidur saing. Okeh okeh jom lah update story vacation hari tu. Jadi ceritannyahhhhh

Plannya, hari kedua kat Terengganu jalan-jalan turun ke bawah singgah Gambang, Pahang nak mandi water park. Tapi kat Gambang, homestay tak dapat. So plannya hari tu jalan-jalan dan terus balik Johor. Kat aku dengan husband ni hari kedua la kat Terengganu, family dari hari Sabtu. Dah puas berjalan dah 😄.. 

Memula aku dengan husband macam plan nak ikut balik la sebab rasa dah letih. Tapi tetiba pukul 2 pagi die kejut..bukan ajak senggama ye tuan puan haha 😆ðŸĪŠ, dia suruh cari hotel kat Pulau Perhentian onz katil kat sana ðŸĪŠ haha gurau je k.. tetiba cam mata aku bersinar-sinar semangat nak ke perhentian pulak.. Haha. Ye la dari KL pun dah banyak berhabis duit kan.. tu pun try jimat-jimat jugak. Teringin gak ke Perhentian tapi husband kan finance minister, so aku just bagitau je la bahawa Pulau Perhentian memang best and cantik. Aku kan pernah pergi. Dah alang-alang kat Terengganu ni dekat dengan jeti lagi, terus laki onz. Yeay!! 💖

Ada jumpa 1/2 hotel/chalet yang available ikut citarasa aku. Lain full. Tu pun tgk kat trivago tapi tak nak book online sebab macam leceh pulak. So gentle je la cakap kat husband kita call esok pagi lagi senang, tanya ada kosong ke tak, nak bilik cam ni cam tu ada ini itu ke tak. Sebab tak plan kan. Kau nak apa ko tanya orang tu terus. Tengok review 80% recommended.. ok jalan. 

Jadi pagi hari tu aku, husband n anak-anak bersiap antara paling lewat sebab macam layan malas haha. Tapi siap ontime dengan anak-anak aku. Baju aku n laki aku dah siap gosok malam. Malas nya sebab nak packing semua baju hahaha



Setelah berhempas pulas nak bersiap secepat mungkin sebab kejar masa aku nak book chalet yang pasti tak pasti je ada ke tak. Bergambar kat homestay dulu kenangan.


Anak-anak aku siap2 letak dalam kereta kikiki. Tu tak de dalam gambar. So ni dalam pukul 930pagi semua dah siap. 


Dengan Rayyan. Kakak tengah menyusu dalam kereta memang dia tak nak keluar la.. ok la tu jangan dia merengek minta balik Muar sudah hahaha. Mama abah ko tengah semangat nak sambung cuti ni 😇.

Sebelum turun breakfast, mama call chalet yang kite nak tu tanya availability. Call dalam pukul 10pagi. Sekali ada kosong!!! Yeay!! 😍😍😍 apa2 makan dulu lapar nii

So kat Terengganu ni, pepagi kita breakfast di;

1) Kak Ju Nasi Dagang


Nasi Dagang & Nasi Kerabu


Ya Allah sedap gile weiii.. nasi kerabu dia putih tapi sedap.. kawan-kawan aku cakap tu nasi kerabu tumis. Kalau kat area  Besut tu singgah lah kedai ni.. sentiasa ramai orang.


Adoi mama stress lipstik nude mama cicir mana ntah.. cari tak jumpa.. dah kene pakai warna terang-terang ni.. Zahra Dania dah kenyang sebotol susu apa lagi tak nak makan la. Tapi mama sesiap bungkus untuk makan kat pulau nanti. Mak mak punya fikir kan.. korang pun sama kan. Yang penting bekal.. macam bebila anak lapr terus macam doraemon.. ting! Ada.. haaa gittew la.

Lepas breakfast, aku n husband nak pamit la dengan family. Sebab diorang nak balik Jb, kami sambung lagi sehari la nak ke pulau. So sebelum tu kita ke;

2) Bukit Kluang, Terengganu


Sini pun port baik tau. Cuma ombak kuat masa kiteorang sampai and ramai orang. 


Zahra yang sentiasa abah, abah, abah....




Bergambar lah sis.. aku ni kat mana2 onz je kamera ni. Hehehe


My small family at Bukit Kluang Terengganu. 


Aku kalau travel jejauh biasanya jangan harap la nak pakai heels. Sport shoes, flat, siper jepun.. haha adoi sakit weii kaki berjalan bawak diri dengan dukung anak. 😀 kurang gojes tak pe la.. 😅 hihihi


With my handsome boy.. 

Tu je la serba sedikit gambar, sebenarnya banyak sangat gambar. Pasni boleh la padam sikit-sikit pose2 yang sama tapi 18ratus kali amek 😂.. 


Posing ala ala tengok aeroplane ✈️ hahaha

So dah lepas jalan sini kami pun salam-salam sebab jam dah dekat pukul 12tghari.. nak naik boat pukul 2 ptg. Baju tak packing lagi, sebab aku laki bini kehabisan baju. Dah tak de baju bersih, kat pulau confirm tak de dobi. Pampers, cereal anak habis, pekakas nak pasir utk diorang. Tak withdraw duit lagi. Dah tanya, kat sana tak de atm. Nampk macam  keje senang. Tapi kat tempat orang kene la mengwaze semua nya dan makan masa. Yang buat lama, mendobi baju la tunggu kering lagi pastu lipat yang besar2 yg lain takde pilih2 semua masuk bag balik dan angkut.. tu husband punya part. Aku packing balik semua dalam kereta. Sesambil basuh baju, pergi kedai RM2 cari mainan, pastu ke supermarket cari jajan, susu n pampers. 

Siap dalam pukul 1lebih.. terus ke jeti Besut. Kat Jeti Besut tu nak beli tiket boat ke pulau tu.. pergi je mana2 kaunter/ kedai jual pakej tu bgtahu je nak beli tiket sahaja.. bgtahu nak ke resort mana nanti dia akan turunkan kita kat jeti pulau yang sepatutnya. Pergi balik seorang RM70. 

Aku ni kalau boleh tak nak naik boat pukul 4 ptg. Sebab rasa lambat.. nak sampai sana cepat sayang masa. Hehe. So pukul 130ptg kot sampai jeti, beli tiket terus adik kaunter tu settlekan semua, dari tolong angkat barang, pimpin anak aku lagi hahaha, parking kereta dia settlekan terus. Lupa nak tengok company dia.. memang bagus. Lepastu tunggu kita sampai naik boat. 

Masa ni aku memang tak keluar hp amek gambar, barang berangkut banyak dgn anak-anak aku. Sebab husband ikut pergi parking kereta. Alhamdulillah akhirnya, hp aku rasa tenang kejap dari gangguan tuan dia 😆. Kalau tidakkkkk.. malas lah nak cakap korang pun tau. Haha.

Beli marine fee, RM5 seorang. Aku ngan anak2 ngn adik tu tunggu boat. Laki aku sampai terus naik boat pukul 2 petang. 

So bermulalah hari kita di Pulau Perhentian pulak.. next entri la untuk kat Pulau sebab ni pun dah berjela ni.. ok!

 tq for reading.. 😍💖 babaiiii


No comments:

Post a Comment