Sunday 21 February 2016

Weekly dating

Weehee mode masih belum bersalin. Status; sedang tunggu tanda. Harap dipercepatkan dan dipermudahkan.

Macam biasa minggu ni suami balik lagi untuk pantau wife dia hehe. Pulak Jumaat cuaca hujan gerimis manjang. Husband dari KL pun bas tak berapa nak laju and jammed. He said got an accident, bas pukul 830 malam gerak sampai JB almost 230am. Maka aku dengan adik aku jemput dia dekat Skudai since cuaca dah elok. Memula da minta tolong abang aku ambik. Tapi tengok cuaca da ok malas pulak nak kejut dia. Bawak slow slow pun ok :p gigih jemput tercinta.


Maka esok paginya aktiviti start petang sebab nak rehat kat rumah lama sikit. Breakfast and lunch kat rumah minggu ni hee.

Pukul 4 petang macam tu baru keluar rumah pergi JPO cuci mata sekali sebab husband dah kurus nak tebuk lubang tali pinggang kat Timberland bebuat exercise untuk aku.

Balik tu pergi JB sebab nak minum coconut shake. Ye la start dari balik tamat latihan nak pergi jalan Melaka tapi takut bersalin kang hehe.

So mari kite dating coconut shake dekat Pantai Lido atleast nak bersalin belakang kite je hospital johor kan. Cantik noh posing aku padahal almost 40weeks tauuu. 

Bagi can sikit mama abah dating.

Nak dinner dah lama mintak Cookies N Ginger tapi kalau nak pergi sendiri memang tak la jauh kan. Regu aku si ati tu dah duduk Jb sobs. Last-last husband bawak. Alah sayang niiii.

Yeyyy dapat makan chicken chop C&G. 

Hehe mintak tolong adik ni amekkan. Dah dia tengok aku gigih noo nak selfie.

Da kenyang balik tu dah area Mount Austin dekat dah dengan kedai akak aku so marathon pergi Taman Rinting Pasir Gudang. Akak aku hari tu tak sempat jumpa husband masa dia balik. So pergi sana dapat lauk favourite husband.

Balik tu sampai rumah pun dah dalam pukul 11malam mandi siap-siap semua nak pergi bermalam rumah mak mertua sebab minggu lepas tak tidur sana. At least Ahad dari pagi kat rumah mak kampung.

Ahad;
Bangun pagi lepas Subuh biasa memang tak tidur kalau kat umah kampung, so husband aku suka nah ngeteh kat kedai ni. Pergi dengan kak ipar sekali.

Nin diaaa. Roti canaiiii. 

Balik breakfast siap-siap terus pergi settlekan hal rumah dengan lawyer kat Larkin. Mak mertua da pesan awal-awal jangan makan luar kene luncheon ngan family kat umah. Kami menurut perintah mak. Hihi.

Ni dalam keto baru ja sampai lawyer firm.
Orang yang kahwin pastu pjj je paham betapa setiap saat tu bermakna. Kan asyik nak bergambau je. Harap memahami cehhh.

Balik pun da tengahari pastu mama rasa nak mengeteh boleh. 

Im about counting days. Baby mama abah boleh keluar dah sayang. Mama tunggu siang, siang mama tunggu malam pulak. For you sayang, nak jadi mak-mak dah. Baru tahu betapa besar pengorbanan nak jadi ibu ni tau.

:)

Balik singgah amek motor husband kat bengkel pak aji sebab husband nak balik ride pergi Cheras. Huwaaa ingat balik tak sampai hati petang tadi nak bagi balik. Tapi dia baru call tadi dah sampai kem. Alhamdulillah.

Balik tu singgah rumah bestfriend dia sebab tolong kiteorang hari tu. 
Sucen's home

Sampai rumah jom lunchhh mak masak special hari ni siakap tigo ghaso. 

Kemas-kemas siap semua lepas sembahyang asar husband gerak. 

Alhamdulillah husband sampai kem. Dia rest dulu aku update belog dulu. Hehe.

Jumpa nanti ye suamiku. Semoga semakin bertambah rezekimu atas segala  usaha mu untuk kami. Amiin.

Pstt sayang kamu dunia akhirat. :)

No comments:

Post a Comment