Monday 15 February 2016

Lovely Sunday

Suami aku habis-habis balik rekrut ni sangat menghargai masa. Ye la dia kata masa limited so kene cepat la tolong sana tolong sini. Kalau cuti lama boleh la wat lek wat peace dulu. So Ahad pulak lepas Subuh terus cium-cium-cium korang jangan fikir lain pulak cium lepas sembahyang Subuh kan salam suami isteri dah tu cium je. Haha.

Oke oke sambung, hari ni nak makan roti canai kat kilang Taib Andak sedap weh kat situ. 

Tapi singgah umah mak mertua den dulu punch card hehe. Amek order lauk nak beli hari ni. Walaupun mak den tengah siram pokok bunga, aku tengah list down apa nak beli tuuu. 

Okeh nak sarap dulu. Walaupun muka aku kembang macam kenyang je kan. Padahal lapar bak hang. 

Lagi satu perubahan laki aku sekarang time makan susah sangat nak dengar die cakap even satu perkataan. Haha. Makan tak sampai 5minit dah siap. Order sama tau roti kosong 2, aku baru makan yang sekeping setengah dia nak abis dah dua keping. Makan nasi pun sama. 

Aku siap cakap, Fuyoo abang sekarang makan tak bercakap langsung dgn syg. Gelak je dia. Aku dpt bayangkan die kat kem dgn penat pastu makan kene laju. Tu la gaya die ehhe.

Dah breakfast makan pencarian lauk bermula. Jeng jeng sebab lepas hantar lauk dengan sarapan rumah mak mertua aku nak pergi melawat kawan dia baru dapat baby kat Silong.

Bila lama tak jumpa nak berejam jugak berbual diorang. Wife die pun ok citet pengalaman bersalin bagai kan. Mak pun eksaited tunggu giliran ni. Hihi.

Balik rumah kawan husband aku, aku ada cek up kat Klinik Kesihatan pulak. Sementara aku tunggu giliran laki aku kene cari tiket balik KL petang tu. 

Balik klinik pun dah pukul 12tengahari. Faham-faham je la kat Klinik Kesihatan. Tapi yang aku suka setiap kali aku datang dapat layanan yang mesra and lebih detail dr aku follow up kat klinik swasta.

Dapat tiket balik pukul 2lebih ptg.

Balik rumah taman, rehat-rehat semua kemas barang apa nak bawak, pukul 130 dah siap nak pergi lunch sama tetiba mak mertua mesej cakap dah siap masak suh singgah kalau sempat. Weehee apa lagi, pergi balik kampung lunch dulu dengan mak. Pastu sesiap ap semua baru pergi terminal.

Tu dia kesayangan kite. Hehe
Suka mak mertua aku husband aku balik.  Mak mertua aku banyak anak eh ada 12, tapi aku perasan mak mertua aku sayang sangat kat husband aku. 

Aku tak cakap la laki aku kesayangan, semua sayang. But he's something confortable to her. Weeee. Paham tak paham tak.

Lepas maghrib suami report baru sampai  TBS nak makan kejap.

Lepas tu baru balik kem. Alhamdulillah selamat sampai.

Malam suami still ajak video call. Maka pertama kalinya guna handphone baru ni aku buka earphone dia. Hehe.

Maka seharian ni memang penuh aktiviti tapi seronok sebab dapat buat banyak benda. Start dari pagi. Sebab tu banguunnnn awallll dinaaaa.

Love him so much, zulhelmy.

No comments:

Post a Comment