Tuesday, 13 August 2019

Pulau Perhentian 2019 (Part 4)

Malam ni rasa nak menulis sesuatu. Tapi aku tak tahu apa aku nak meluahkan. Cehcehceh.. dari aku meluahkan benda yang sedih, pasal aku kecik hati dengan orang ke, pasal orang tak suka aku ke.. lagi baik aku cerita benda-benda bahagia. Orang kata bahagia jangan tunjuk-tunjuk nanti ini itu. Rezeki, jodoh pertemuan, ajal maut tentuan Allah. Banyak juga benda bahagia yang aku rasa aku tak payah share kan. Dari aku tunjuk benda sedih meroyan.. baik la aku share benda yang aku suka. Banyak pulak bebel nya.

Aku nak story pasal masa bercuti kat Pulau Perhentian walaupun dah lama tapi dalam blog ni kalau ada masa aku nak share cuti 2019. Aku ni laki bini jarang travel, tapi biasa dia pastikan dalam setahun tu ada lah pergi bercuti jauh sikit. Untuk happy2 kan wife & anak-anak. Terima kasih sayang. 

Ok la jom kita start.(macam khairulaming nak memasak pulak kan?) Kikiki

Kiteorang tak ambil pakej snorkeling sebab bawak anak2 kecik takut diorg tak enjoy pulak just duduk dalam boat n aku n husband kene gilir2 jaga diorg. Ada turun kat tempat2 dia pun macam ada renyah. Tak pe la next time nanti bila diorg dah besar boleh join snorkel sekali. Tapiii tu la bila diorg dah besar, ada adik2 lain pulak keluar.. hehehe. 


Aku naik speed boat dari Jeti Kuala Besut nak pergi pulau pukul 2 petang. Tapi masa tu angin mak oi, mengucap aku.. kuat betul. Sampai kiteorang dalam boat tu terlompat-lompat weh. Such a scary jugak la. Tu yang husband aku pegang anak dua2, dia pun duduk bawah. Tahan badan dengan rayyan tidur pulak. Malam tu tengok belakang badan laki aku belakang tu berbekas jadi hitam2.. kesian dia. 


Masa pergi bot biasa je. Tapi sempat kan aku amek gambar. Tapi lepastu terus simpan hp. Kang tercampak dalam laut meraung aku dah la hp baru 😭.


Alhamdulillah dalam 45minit dah sampai. Kali ni aku pilih Perhentian Island Resort private beach 🏝. Kat sini kira satu resort je kat pulau ni. Angin punya kuat skirt anak mama pun terangkat hehe. Zahra & seliper tak dapat dipisahkan yeee.


Dah sampai nak register.. dapat la welcoming drink air sirap. Favourite zahra tu 😂. Sirap. Mama ko pun dgn bag baju terseret2 dah.. tak terurus aku haha janji cepat aku nak masuk bilik! 


Macam biasa la.


Toilet


Katil. Untuk beach view cuma bilik ni je yang tinggal. So jalan je la. Queen king habis. 


Diorang dapat mainan baru kat kedai RM2 je, lepastu nampak pasir, air laut.. apa lagi eksaited. Asyik ajak mandi jeeee


Mama ko.. senyum happy sangat tu. 


Kiteorang sebenarnya kalau pergi travel mesti bawak pekakas mandi sendiri. Lagi2 laki aku dia mesti nak shokubutsu dia. Hahaha. Pulak dah packing boleh tertinggal wehhh dalam keta. Apa lagi. Sebat je la guna ni.. ok jugak wangi jugokkkk 😃🤙. 


Haaa bilik kiteorang belakang tu je. Gambar beach view dari bilik tak de lupa nak amek gambar hehe. Tapi dalam ig story aku ada. Memang puas hati. Tapi masa ni cuti sekolah, last minit booking, memang agak mahal la pada aku. 1 malam RM500+.. husband kata tak pe sekali sekala bila lagi nak sampai. Drive nak sampai terengganu pun nak bengkok pinggang aku hahaha tunpun dari kl tu. 


Jom main pasir time and landing-landing laki bini. Amek gambar sikit-sikit je. Sebab nak rehat penat rushing dari pagi nak menjayakan misi ke pulau.


Kekasih hati love love 💖 


Ni dalam 3-4 ptg panas. Aku tak bagi anak2 mandi. Main pasir pun bawah payunh redup. Aku takut sunburn sebab tak bawak sunscreen, tapi mat n minah saleh elok dia berbikini duk baring2 tengah panas tuuu.. macam tiada apa yang berlaku haha. Tanpa rasa bersalah geram je aku.. kite punya la tak mau panas. Cuma nak lighting untuk amek gambar je hihi


Cantik kan. Resort ni macam sunyi tak crowded tu yang best. Private gitu. Belakang aku tu taxi boat. So kalau nak ke mana2 tetiba pergi je taxi ada. Swimming pool ada, gym ada, spa ada, kedai ada.. tapi harga barang kat kedai ni makk oi mahal la weh.. baik nak beli pape beli kat jeti je. 


Zahra Dania 3 tahun


Zul ehem ehem tahun


Haiii saya mama, 18 tahun.. 


Siblings


Kasih abah. 


Best nye view dia..love ittt love ittt

So aktiviti petang tu main pasir & mandi. Tapi lupa nak bawak diorang main bawah jeti tu.. banyak ikan. Tak pe next time k sayang. Diorg ni obses animals. Lagi2 ikan. Kejap kejap ajak ke aquaria. Dia ingat dekat kl ngn muar tu.




Mama kau bukan main nak mandi pun beropol ropol hahaha. Ini nasib2 bawak seluar tu sesuai jugak la untuk mandi.. so tak nak beli mcm2 bazir duit. Kita bedal je apa baju yg ada.. hehehe. Ropol pun ropol la.. janji debusbhh dalam air. 






Family photo kami.. hihi cantik kan.. mat saleh tolong ambikkan gambar kami.


Father daughter bonding






My anak-anak.

Ok aktiviti sampai petang je. Sebab dari pagi diorang tak rehat. Lepas mandi manda masuk bilik, mandi bersih2. Makan cereal n minum susu. Tidur awal dua2 sampai esok pagi. Plannya malam nak jalan2 ke resort sebelah sebab ada jejantas ke sana. Anak-anak dah tidur, order makanan kat cafe je la hantar bilik. Laki aku tak nak makan sebab habiskan ole2 dari bakal family mertua anak sedara kiteorg. Sayang kan org bagi. Dia dah habiskan. So order sorg makan je. Order nasi goreng cina tapi lauk dia macam2 ada kopok sotong udang telur mata. Portion banyak. Nasib order 1, sorang makan tak habis. Gambar ada malas nak cari sebab dah lama n tak tick favorite dlm album hehe. 

Kiteorg makan kat luar bilik sambil dengar air laut berombak2, berbual berdua sweet kan? Hehe. Anak2 dah sleep kat dalam. Tak boleh la tinggai. 

DAY 2

So hari ke dua, lepas subuh tu sebenarnya aku dah bersiap2 nak duduk tepi pantai tengok sunrise 🌅..tapi kene pergi sorg sebab husband aku kene jaga diorg. Takut bangun kan. Aku tengok luar gelap lagi. So dlm 6.40pagi cam tu baru aku  keluar jalan tepi pantai... sejuk.. best je nyaman, santaii. 


Ni dah terang sikit baru boleh selfie. Hehe..


Mama dah jalan2 sana sini. Tetiba abah sampai bawak ini budak sudah bangun... mata dia pun sembab lagi haha.


Dalam 7.30 pagi kami pun pergi breakfast. Ini trip 1. Trip 2 trip 3 tak amek gambar. Makan sampai kenyang. Makan hotel kan. Cam biasa la menu dia.. 


Menu dia pelbagai la. Best n sedap. 


Keluargaku


Balik breakfast.. dah ajak main pasir. 


Ye adik adikk


Eee geram shayang shayang..


So lepas breakfast main pasir n mandi la.. check out tengahari. 








Indah nye pergi bercuti ni kan. Semoga ada rezeki kami lagi pergi bercuti. Ye la nak bercuti bukan boleh selalu, perlu kan masa, tenaga, n paling penting duit. Hehe. Tapi next ni dah ada plan dah. 1 trip dgn kawan-kawan. N next year nak bawak kakak adik naik aeroplane. 


Ok dah settle percutian kita. Ni dah siap2 ke jeti tunggu speed boat ambik. Barang2 letak je kat receptions nnt ada moto roda 3 tu tolong hantar ke jeti. 


Seronoknyaa. Bye pulau perhentian. Air biru jernih. Anak2 kene pegang. Tengok la jeti nya tak safety ye untuk anak2 kecil. Hehe.


Speed boat udah sampeii. Sampai ketemu lagi di lain waktu.


Tengok rayyan. Asal naik boat tidur. Dah turun baru bangun. 

Hehe. Sampai jeti Kuala Besut. Terus ambik kereta n set up barang semua. Singgah 7 eleven, top up air panaa beli makan an air semua untuk dalam kereta sebab dah teringat2 rumah. Haha plan nak terus ke muar je. Husband aku drive terus balik. N aku pun tak tidur sepanjang jalan. Anak2 je tidur. 

Sampai rumah terus 3 hari berturut taknak keluar rumah hahaha. Dah puas berjalan. Penat weiii.. tapi seronok n best. 

Zahrayyan takes KL,kelantan,terengganu, & pulau perhentian 2019. Byeeee. 


1 comment:

  1. raft titanium - stone craft - Titanium Artworks
    › raft- titanium-artwork nipple piercing jewelry titanium › raft- smith titanium titanium-artwork Learn more head titanium ti s6 about titanium sheets the raft grade 23 titanium titanium artworks at Titanium Artworks. Discover more at Titanium Artworks and Tipping Times.

    ReplyDelete