Saturday, 24 August 2019

Skincare Journey Part 1


Hari ni nak share satu journey ni sebagai kenangan. So aku buat satu entri pasal my routine skincare. Ecewah acah2 pulak macam flawless sangat teww. Tak de la. Now kulit aku tak flawless n masih ada bekas jerawat/masih byk black head n whitehead (buang dia dtg kembali) tapi aku bersyukur dengan condition kulit aku sekarang berbanding dulu. Start aku tukar skincare drugstore aku tak pernah buat facial. Maybe kalau buat facial result lebih ok sebab dia buang kotoran2 yg lebih degil which is blackhead whitehead yg dah scrub pun nak jugak bertapa dalam kulit muka aku. 😆. 

Sebab tu nak story kat sini. Story kat ig segan la kite hihi. Sebab kebanyakan masa aku tak kan keluar kalau tak pakai mekap. Even tipis aku akan pakai. Tak kira! Tak kira! Kita macam tak konfiden dengan kulit sendiri. Bayangkan lah dari zaman sekolah aku ada masalah jerawat yg banyak. N paling scary aku breakout teruk. Sampai panas satu muka dia punya radang, jerawat sampai ke leher. Tapi sayang gambar tu dah tak de sebab tukar2 hp. N dulu tak pakai iphone so xleh backup. 

So mana nak datang konfiden tu bila berjerawat. Masa sekolah siap pergi klinik kesihatan kot ada antibiotik yg boleh stop kan kuman jerawat ni kan. Rupanya tak semua klinik kerajaan ada provide ubat tu doxy apa ntah nama dia. Ke doc ckp aku punya condition tak jenis teruk. Abis nak tunggu satu muka. Haha. So bertukar2 produk. Zaman u paling kerap buat facial. Tapi tak ok ok jugak. 

Even tak teruk sangat tapi mengganggu. Ye la sapa tak nak cantik kan. Sampai la zamn universiti jerawat turun naik turun naik. N masa tu tak didedahkan pun dengan bahaya produk bermerkuri. Duit mana byk time tu, orang kata pakai ni satu set RM40/50 sminggu dua dah hilang jerawa ok kan, ada sabun, krim siang & krim malam. Beli siap pomot rakan2..  Memang jadi weh. Tapi bersih dia tu still tak ok lagi mcm menghakis kulit & jerawat tak hilang 100% pun. Aku punya kulit pulak bukan macam orang, pakai produk sampai licin habis muka macam telur rebus punya licin tu ha. Tak.

Zaman kerja bank pulak, manager siap suh pergi satu klinik panel ambik ubat. Nama klinik tu Klinik Australia. Tiap bulan ambik ubat makan n ubat jerawat sapu ke apa cam tu la. Kene pakai. Ok kejap bila on ubat. Jarang buat facial sebab masa. Kerja bank banyak meeting n penat, balik dah malam kadang dah malas, balik petang pun jem apa semua. Kulit ok ok gitu je. Aku punya jerawat ni kategori biasa. Aku kan buat sale, bos aku cam nak aku cantik-cantik juga la time tu. Hehe. Dia care kat aku tau. 

Sampai kawen, ngandung pulak. Masa tu tak tahu ngandung lagi. Tapi jerawat kenapa makin teruk n paling sakit (radang panas). Sampai leher. Yg ni siap pergi pakar kulit. Pakar kulit ni siap skincare n facial kene dtg bape kali ntah ada jadual dia. So ikut la. Yg ni aku ingat, sekali byr siap untuk satu trip rawatan bape kali dalam RM600. Doctor suruh stop skincare aku pakai n pakai set yg dia bagi. Brand apa ek tak ingat, memula di nak suruh try brand Obagi, pastu dia bg satu lagi brand tak ingat apa. Cleanser macam Cetaphil tak de buih, masa tu cam tak yakin tau ye la dah bertahun2 pakai sabun muka berbuih2.. tapi ini jenis creamy. ini cam apooo pencuci muka macam cream muka pulak hahaha. Tak feel. Tapi memang sangat membantu berkurang. 

Lagi satu facial dia buat tu maybe klinik je kot buat, panggil asid peeling ke apa eh.. ya Allah.. nama pun asid. Panas & sakit weh bila dia sapu asid tu.. memang macam tak sanggup. Tapi beauty is pain kan hehe. Tapi lepas facial 2 kali je dah byk kurang. Aku buat kat Klinik Suzana. 

Sekali tak lama tu sebab tak period, tahu pregnantkan zahra. So call doctor, dia kata stop kan ubat dulu sebab awal ngandung kan, n facial pun dah malas kot nak pergi. Tinggal pergi je dah bayar. Pun malas sebab jauh. Apooo. So pakai skincare dia. Lama2 ok breakout tu. tapi still ada jerawat. Breakout ni memang kuang hajar tau.. penuh satu pipi bertimpap2 sampai leher. Dgn sakit apa semua.. dah ok tu Alhamdulillah sampai aku bersalin. 

Haa cerita dia lepas aku bersalin, aku start tak bekerja dan jadi surirumah. Masa tu dah stop la pakai krim siang malam tengahari ni semua. Cuma pakai sabun dia je hehe sebab pencuci sedia ada tak berbuih,  bila basuh muka berbuih buih kan best macam rasa bersih sangat kan.. 

Sebab jenis aku pemalas ni, mekap, pastu malas gile nak remove mekap dulu. Make up remover ada.. banyak tp jarang pakai. Aku rasa pasni kene bubuh dalam toilet la baru rajin hehe. Sampai skrg malas remove mekap. Kadang2 je. Dah jadi mak2 ni kan semua nak cepat, tapi nak cantik camano tu tp malas. 

Lepas bersalin jerawa ada sikit2 tapi bekas jerawat hitam2 banyak. So masa tu busy kan baru ada baby, baru duduk rumah sendiri, semua kerja buat sendiri, tak de masa nak fikir muka sendiri macam ahhh biarlah! Haa salah satu faktor dia makin baik ni kalau ko tak fikir benda tu. Benda ni maybe mind sekali kot, kot la.. cam ehh kau biar benda elok pulak ko ye. Time sibuk nak menjaga risau2 kenapa tak hilang2 ni, ehh makin lama makin banyak pulak ye.. 

So tak kerja kan, aku kene jimat2. Kene beli barang selamat murah2. Aku tak nak cantik pakai barang tak selamat. Pastu kene penyakit pulak. Lagi susahkan suami aku. Cukup2 la dgn apa yg dia dah tolong hehe.

So aku ada baca org share kat fb antara skincare drugstores yang bagus, & mampu milik. Yg penting recommended la ramai org pakai. Aku beli ni campur2 brand bukan satu brand set aku beli. 

Eh aku rasa ni macam dah panjang gile. Nak kene buat part 2 next entri haha. Sape baru kenal aku lagi2 kat ig mesti cam rasa peh budak ni sehari upload bape gambar la, menunjuk betul ni. Tak de la best sangat pun life ko. Aku dari dulu suka cerita, ambik gambar, n share. Sebab tu kene ada blog. Tak de benda nak cerita, aku bebel sini. Hehe. Yg penting aku mcm boleh bercakap (sama ada menulis, upload gambar) untuk beritahu org, n untuk kenangan diri sendiri. 

Ok la bye sambung part 2 ok 😘 byeeee

1 comment: