Monday, 1 October 2018

4days off

Sebelum kita kasi clear the gambars kat hp. Mama nak update kita ke mana bila abah dapat off 4 hari hari tu. Dapat off balik operasi 1hari khamis.. jumaat sabtu memang cuti.. ahad awal muharram.

Mama update untuk kenangan kita satu keluarga. Ya macam korang tau mama ni akan update kat semua kan.. macam tak de keje kan haha. Jangan la cakap kita menunjuk, kita hidup ni ikut zaman la asalkan tak melibatkan maruah n etc norma2 manusiawi.. aa gittew. Tak kisahlah orang nak cakap apa.. nanti bile up balik dah jadi kenangan kan. Kat hp nnt kite delete.. kita buat memori baru so kita simpan kat online diari ye. Nape tak simpan kat hardisk? Hardisk ada laptop tak de. 😜 lagipun leh la mama membebel apa jadi masa tu.. nanti anak2 mama baca ye. Haha berangan nye anak dah besar.

Ok la untuk hari khamis tu kita pergi mana ya.. tapi 4 days tu kita habiskan masa kat area Muar. Kebanyakan tempat sama je kita jalan2..  but the precious moment is not destination, but the travel. Family. Sharing moment tu yang mahal. 

ONE DAY BEFORE 5 Sept
Ok 1day before kita dah celebrate tu.. last dah husband keje. Petang tu kita ke mana? Ke D'Binjai. Ayam penyet fav kiteorang. Paling suka avocado jus. 


Ok ni rahsia.. ni tak pakai filter. Kalau aku post ig habis licin ni muka aku. Zahra yang flawless pulak jadi berdebu muka dia.. haha ni aku malas nak edit. Btw iklan jap. Dulu sangat teruk muka aku, korang tak yah tanya aku gtau sendiri aku pakai cetaphil, even tak flawless tp aku syukur dah makin ok. Cuma tak tau lagi apa nak buat step seterusnya nak bagi licin la apa la n buang benda2 yang tak diperlukan dimuka.

Ni aku malas ni suka terpesong.



Tempe dia biasa je.. tapi tahu isi dia sedap.. dalam ada sayur cicah sambal kicap perh perhhhh



Ayam penyet sedap avokado pun sedap. Tapi kadang nak jimat aku tak segan pun nak gtau, order ayam penyet satu, satu lagi tambah nasi kosong. Sebab kadang ikut mood, ad masa aku lapar cam nak makan orang, aku order satu kalau aku rasa kenyang lagi aku order nasi kosong je. Kalau tak memang tak habis. 



Balik tu layan anak2 ke giant. Free je main playground, mainan kuda ni pun free ko naik la sampai muntah.. haha tekan sendiri dia on. Jalan..

1ST DAY OFF
Kita ke Melaka.. pagi2 bangun siapkan anak2 barang2 anak complete.. jom shayang2 mama jalan Melaka. 

Tak kira la tempat tu ko pergi dah 88 kali pun ko tetap nak ambik gambar. Ye la fasa2 anak membesar ni. Janji ada kenangan. Korang beruntung tau dapat mama abah suka amek gambar. Video tengah teran berak pun ada. Haha.



Cendol Jam Besar. Ini mama yang teringin.. abah layankan mama. 


Rayyan jangan intai sangattt... btw aku bersyukur baju ni aku dah muat balik. Lepas pantang aku sedih tak muat lengan n dada so tight. Hmm


Pemandangan indah tapi tu la ada orang garu kepala pulak haih.. zahra suka ada ship lalu. Dia panggil ship.. ala boat tu la. Hehe




Lepas cendol terus pergi ke Coconut Shake Klebang. Lepas aku tengok ni aku ehh kiteorang ni lunch apa ek hari tu. Oo lupa sebelum sampai ke Melaka ni ko tau pergi mana? 

Pergi makan nasi kerabu favorite!! Haha. Tak de picture la sebab kemarin nya baru pergi kot. Nasi kerabu mana tu ada aku pernah update entri sebelum ni. Husband aku bab makan memang A tau. Tapi biasalah menu dia suka kampung.com. Hihi


Hubsbaby feeling fattzura jap leh? & lovely daughter



Nak balik, "mama diri situ" alah2 tak yah la offer shayang ni.. terus hehe

Pastu lepas makan ni dia offer apa tu Kuih Keria Antarabangsa tu. Tak nak la kan. Dah pernah beli sebelum ni. Ok la sedap gak. 



Dan kite masuk la ship ni. Since tak pernah masuk sejak berkeluarga ni. Last masuk masa zaman uni aku 7/8 tahun lepas. Ok la murah kan. Sebab pakej, masuk ship dengan muzium TLDM tu sekali. RM3 ke 5 aku tak ingat. Zahra ngn Rayyan free. 


Jangan tanya kenapa muka kat ig lain kat blog lain. Haha kat ig dah edit ni malas.. biasala muka orang kan. Dulu bekas break out macam2 so on.





Sweet la gambar ni.. 



In Muzium TLDM. 



Dah jalan tu kita ke Kedai Keretapi pulak. Zahra n abah dia masuk katanya sesaja. Aku dengan Rayyan kat luar sebab berstroller aku malas. Tibe dia kejap je pastu dah keluar, aku pun tanya..

Aku: Kejap nya. Best tak?
Dia: Biasa je. 
Aku: Dalam ada aircond tak? 
Dia: Takde

Patut la kejap.. klu ada dia anak beranak bertapa dalam tu haha. Aku pun cakap,

"Yela kang pasang aircond berape pulak dia nak letak harga keychain. Orang bersesak lagi nak masuk sebab nak aircond" hehe



Feeding fish. Lepas tu keje zahra suh pergi kaunter amek makanan ikan je. Dia ingat minta je.. hahaha bayar. 3 kali ulang alik beli makanan ikan. 



Sebelum balik kite selfie berdua jap. Nak show parut kite sama.. tempat je lain. Ni kalau buh filter pun tak ilang parut ni. Hehe ok dah 1st day off. Ala 1st day pun dah panjang. Tapi sambung je nak wat kenangan. 

2ND DAY OFF
Aku tak ingat la Jumaat ni pergi mana. Tak de record gambar haha. Ke rasa tak ke mana-mana. Kat rumah je kot. Kot la sebab macam pelik je dina&zul duk umah seharian. Haha entah dah lupa la. 😬hihihi

3RD DAY OFF
Kite ke Muar cari buah untuk Rayyan. Masuk The Store Wetex Parade. Tapi cuba teka kita lunch kat mana sebelum tu? Teka la teka laaaa

Oleh kerana tak de orang dm nak jawab teka teki aku. Aku jawab sendiri..


Taraaa!!! Nasi dagang.. semalam nasi kerabu hari ni nasi dagang. Dua menu ni kalau cuti macam hari2 makan ni pun tak pe. Sedap ngat ngat. 


Selfie la nak wat pe lagi. Berangan tak sudah..



Dia dapat tengok air belakang tu pun bahagia zahra ni. 



Balik dari The Store yang drama nye. Zahra ni jenis ingat jalan atau tempat2 dia pergi. Dia senang cam tempat tu. Masa tu balik dr bandar lalu jalan lain. Memang kene lalu taman dinasour ni. Dia belum sampai lagi depan ni tetiba cakap, "mama ada dinos, terbang-terbang" ulang ulang cakap. Dah tibe depan tu kite lalula melalak nak masuk. Oleh kerana baru last week or 2 weeks ago pergi, tu pun mama dah update entri sebelum ni hehe. Mama tak ambik gambar byk. Dia nak naik ni naik tu abah layan. 

Masuk free nak main mainan bayar. So pada yang nak budget2 ye la yang anak ramai kurang mampu nak bawak anak2 jalan  riadah boleh la. Aku n husband suka bawak diorg pergi tengok air, main playground. Yang percuma. Nak happy tak semestinya yang mahal dan berbayar kan.


Ni la budaknya.

Masa nak balik dari taman dinos tu pun melalak tak nak jugak. Sebab ramai kan weekend. Dia suka ramai. Orang tak balik balik. Dia pun tak nak balik. Ni baru sorang, rayyan kecik lagi dia tak tau.. nanti dedua dah faham aiyooo.. haha

Balik rumah settlekan anak-anak. Mama goreng ikan panas2 nasi panas.. kita makan dengan sambal kicap abc cincang. MashAllah sedapnya.. bila semua dah ok, anak2 ok, suami ok, yang dekat ok, .. eh ternyanyi jugak kang lagu DSV ni. Hehe bile semua dah senang hati kenyang selesa tidur lah ye mama abah nak lunjur kaki pulak dukung deme berdua sepanjang hari.

4RD DAY OFF
Jom main teka-teka lagi kite breakfast lunch kat mana? Teka la hahaha..aku rasa yang baca pun jemu dah. 

Taraaaaaa!!!!


Again n again. Aku nasi dagang. Husband nasi kerabu, Zahra roti canai. Oo masa ni plan nak ke area pasar malam depan kem tu je nak makan roti canai zahra minta makan tu. Lepas tu kedainya tutup. So sad. Beli kan lah zahra roti telur jugak sebab dia nak tapi kedai lain. Husband terus ajak makan nasi sekali la sebab dah pukul 10pagi kot cam tu. Peel aku yang harus dipuji ialah takpe aku puji diri sendiri je haha walaupun aku ni pemalas, aku kalau bawak anak2 aku keluar sarapan pun mesti nak mandikan diorang dulu. Tak tau kenapa mesti nak siapkan segar-segar. Sebab kalau husband aku kata, "pergi dekat je, kejap je" boleh jadi kemana-mana nanti..  

Nampak muka 3 diatas, semua dah mandi tau.. wangi.. termasuk yang amek gambar dah mandi jugak. Hihi. Dia selagi tak mandi pum stress mama akan suruh suruh suruhhhh selagi tak buat. 



Plan nak makam area rumah dah jadi ke Bandar Muar dah. Kannn kan kan. Straight makan nasi kerabu dagang tau.  Tak jemu. Sebab sedap sangat. Sedap n lapar kadang aku dah tak tau beza dah. 

Lepass makan kita main playground. Weekend kan. Kat Dataran Tanjung Mas ni ada Muar River Cruise. Zahra minta naik. Since tak pernah naikkan dia dari dulu. Dia dah minta bawak la sekali naik. Harga tiket dewasa RM12 kanak RM6 Rayyan free. 



Muka pun tak mekap sangat ye la nak g breakfast dekat katanyaaaaa.. so kene pakai spek untuk menambah 30% kecantikan. Aku pernah baca satu artikel, memakai sunglass akan menambah 30% kecantikan dan ketampanan seseorang. 
Jap ko tengok eh.



Zahra dengan laki aku pun percaya kata-kata aku. Rayyan je tak sebab dia memang all the time awesome kan shayang. 



Naik ni ada la dalam 30-40 minit. Jauh dia bawak berjalan. Dapat puaskan hati dan tunaikan permintaan anak. Alhamdulillah. 



Hari tu lepas naik tanya zahra. Best tak naik ship? Dia jawab best.

Kemarin tanya, "best tak naik ship" dia jawab "tak best"

Haha.. 

Ok its a wrap... dah siap apa aktiviti kita sekeluarga bila cuti berderet ni. Bile cuti berderet, berjalan pun full, makan nasi menu sama pun berderet. 

Mama dan anak2 happy abah bawak jalan-jalan. Kita beriadah sama-sama. Banyak jalan kadang bukan sebab kita kaya, tapi kita punya sedikit masa, dan cuba lakukan apa yang boleh buat orang2 tersayang bahagia. Mama n anak2 doakan abah dia dimurahkan rezeki sihat tubuh badan untuk menjaga kami. We love you.






























No comments:

Post a Comment