Thursday 2 August 2018

#Fakta dna (7)

Alamak dua tiga hari ni mood rajin update blog la. Hehe. 

Teringat kisah bangun pagi tadi. Dah boleh jadikan antara fakta pasal diri aku. Iaitu.. KUAT NGIGAU. 

Haha. 

Bangun pagi tadi anak mendahului mama. Zahra jenis bangun cepat. Aku cam perasan dia main la mainan dia sensorang kat bawah. And dia tengah tengah tengok kartun kat handphone.

Tetiba aku tengah tidur aku jerit:
"Lagi 10 minit finish, mama ambik handphone!!"

Sampai zahra terkejut dia naik katil.. terjah aku gelak-gelak. Rupanya yang main mainan tu betul. Yang dia main hp tu dalam mimpi aku, aishh sampai jerit mama ko ngigau. Haha sayalah ratu. 👸 abah ko dah hafal dah 😝. 

Kadang abah ko yang tenangkan mama time mimpi aku terlisankan kata kata.. kadang dia melayan apa yang aku tengah cakapkan;
"Haa iye ke? Betul?"
Kadang "sudah-sudah lah tu ma" "haa ok2 tidur tidur tidur" macam macam lah hihihi.


Roomateku Farah. Kenangan masa travel Singapore tahun 2012.

Roomate aku memang hafal la.. pernah sekali aku tidur dlam bilik. Kebetulan dia baru balik bilik. Aku ni mimpi tengah bercakap "kau pergi mana tadi" membe aku pun jawab " aku g makan tadi dgn bla bla bla" 

Kan bile kita bercakap biasa kita tersedar kejap kan tapi sambung tidur balik. Masa tu dalam hati "alahh pehal ko pulak menjawab soalan" haha dah bangun tidur tu aku gitau aku ngigau. Roomate aku kata "patut lah ko cakap pejam mata, lepas ko tanya ko tidur balik. " kikiki

Ngigau dalam kete pun pernah.. sampai terkejut member aku. Tengah tidur tetiba aku gelak2.. hahaha

Belum lagi masa keje bank dulu, ngigau pasal duit, customer tanya loan lulus ke tak. Macam-macam lah. Haha. 

Dah la malas nak cite lagi.. banyak sangat tapi aku jenis ni la. Aku pernah la google sebab dan cara nak hilangkan tabiat ngigau. Resultny, tak de post pasal ni. Haha. So suamiku terimalah hakikat. Isteri cantik kelebihan boleh cakap masa tidur. Tak boleh sembunyikan rahsia apa-apa nanti kantoi time tidur. Hihi. Tapi tak la.. i sayang u sangat2 tau. Sebab dia terima diri ini seadanya. 

No comments:

Post a Comment