Monday, 13 February 2017

Trip ke Cameron Highlands- Part 2

2hb Feb 17 Day 2

Ok tentera dah siap belum pagi ni?

 
Ini budak sudah siap. Lepas tu leka wallet, habis kena kumbah. Jangan lah kumbah dik. Ni kan percutian budget haha. ๐Ÿ™Š hari pertama ada tema black and white. ๐Ÿ’—

 
Ok mama pun dah siap. Mama boleh berangan sekejap sebab masa ni abah bawak Zahra galih kan kereta. Hihi ok bilik anak-anak buah kat sebelah pun dah siap. So jommm.

Check it out mana tempat kite pergi dulu.. Ofkos tempat pertama aku nak pergi breakfast. Sebenarnya konfius antara Bharat Tea dan Boh Centre. Mesti ramai yang sibuk nak pergi tempat Lisa Surihani dengan Aaron Aziz berlakon kan.  Ke aku sorang je confius? 

1) Bharat Tea, Cameron Valley, Tanah Rata

Kite tak pernah pergi kan. So confident la pagi tu dalam pukul 9 pagi dah keluar dan waze terus Bharat Tea, Tanah Rata. Around 9km dari our hotel. Our hotel at Brinchang actually. Gigih la ni pergi. Aku pun ingat-ingat lupa je gambar sebab malam tadi dah penat malas nak review. So dah sampai, laki aku ajak turun untuk sesi pengecaman tempat. Dia ikut je plan aku sebab nak melayan isteri kan. Keteringinan di hati nak sampai tempat macam ni.

Husband: betul ke ni?

Sambil pergi kat cafe tu, aku tengok cafe atas ladang teh je terusss..

Aku: haa betul-betul. Ni la tempat nya.

Walaupun dalam hati apsal ada lain sikit. Hihi.

So kami pun bersarapan kat Bharat Tea. Sarapan ala-ala orang putih padahal pepagi nak makan nasi lomak ke nasi kerabu ke kan.

 
Beli satu teko, dan ini. It cost you around RM50. Mak tak ingat sangat, mak order je. Hihi.

 
Breakfast here. Alhamdulillah walaupun nampak ciput tapi kenyang. Zahra tuu awat terlebih riang? Sebab dia dah makan nestum. Sebab waktu makan dia biasa 8-830. So kek gini dia tak makan sangat. Biasa kek ada susu kan. Takut allergic jugak.

 
Cantik juga kan dari Bharat Tea ni. Cuma panas sikit sebab ni kat Tanah Rata. Alhamdulillah cuti weekdays orang tak ramai sangat. Senang nak ke mana-mana.

 
Zahra with kak shira. Gembira betul. Tengok budak-budak pun happy je kan. Duk selfie ja bermacam gaya. 

 
Hai..macam kite je ada kat ladang teh ni. Abah la ni yang ambilkan gambar. Cantik kan walaupun muka anak aku terpaksa je. Hihi.

Ni around pukul 1030 pagi. Dah naik matahari tapi belun rasa panas lagi. Ada rasa sejuk-sejuk lagi.

 
Zahra dah start mengantuk, dah gosok-gosok mata. Tapi dia tak merengek. Memang time tidur die dah sampai.

 
Wooo..seronok la ambil gambar tak sesak.. padahal kiri kanan ramai je orang.

 
Ada la senyum sikit kena agah walaupun dah start nak tidur.

Nampak cafe dia belakang kiteorang tu, tak sama macam kat shooting tu kan? Yee bukan ini tempatnya. Nanti aku bawak gi tempat tu. Tapi best la pagi dah sampai sini dah breakfast siap. Ok dah nak panas jom naik semput gak nak naik balik fuh..

Dari Bharat Tea kite terus pergi ke Big Red Strawberry Farm.

2) Big Red Strawberry Farm

Dari Bharat Tea, Tanah Rata kite naik ke Brinchang ke Ladang Strawberry. Kat sini banyak ladang strawberry. Aku pun tak tahu nak pergi mana satu. So pick je yang dapat banyak suggestion.

Sempat lah Zahra menyusu dalam keta dan tidur sementara sampai. Dalam 8 km dari Bharat Tea. Sampai Big Red pun dah dekat tengahari.

 
Wuuu ini budak tengah dibuai mimpi. Janji jangan alih-alih time dia tidur. Dia ok. Dah dari dalam keta dengan mak sampai keluar pun mak ler gigih dukung tak nak bagi dia terjaga. Sebab Zahra punya style kalau dah terjaga susahbdia nak tidur balik.

 
Tengok la budak-budak sekolah kini pandai mekap. Zaman aku pakai compact powder je pun dah rasa gah gtu. Haha.
Comei-comei, makcik pun dah nampak sebaya kan? Hihi

 
Ni gambar sepanjang jalan je..walaupun nisbah muka dengan jalam dah sama beso. Tak masuk ladang pun untuk pick strawberry. Tak sempat la pick strawberry sendiri. Hihi.

 
Gittew, mai perasan sikit. Mak pun nak posing sorang. Aku kalau pergi memana suka gile pakai tudung ni dengan hat satu lagi sebab tak payah iron. Ada la kawan tanya; dah tak de duit ke asyik pakai tudung ni. Hahaha kuasam sangat. Yang tanya ni bestfriend jadi aku macam tak de perasaan langsung pun dia tanya. Aku cakap je tak de bak sini duit ko. Tu la kalau bfriend yang bahan soalan hazab pun peduli apa kan. Apa ni merepek. 

 
Masuk ladang salad pun dah rasa eksaited. Klik klik family photo. Tq sayang-sayang semua rajin amekkan gambar cik jul dengan cik dina.

 

 
Muka bangun tidur. Malas je kan nak layan. Kat satu-satu tempat pun kiteorang stay berejam gak nak habiskan pusing. 
Sehari tak banyak tempat pun janji puas berjalan.

 
My small family 

Orang biasa caption gitu kan. Aku pun nak la. Hopefully bertambah besar. Ada rezeki InsyAllah. 

 
Bagi anak-anak dara posing. Kat hp cik dina semua gambar gini kan. Kat hp memasing vouge-vouge posing posing. Ni semua ringan tulang tolong cik, jaga zahra. Kalau cik dengan cik jul. Fengsan gak letih haha.

 
Dah bagi couple dorang ni plak romantik. My love my everything, my finance minister, haha. 

Kalau pergi jalan ni gambar je la jadi kenangan. So sama je gambar nya sana sini. Cuma kat blog aku suka cerita sekali. Tak hambar kan? ๐Ÿ˜

 
Dekat Big Red ni ada cafe. Macam-macam menu strawberry ada. Tapi kami sampai pun dah tengahari, jap g nak makan nasi lunch. Kami pun beli la makanan ringan. Tapi milkshake strawberry dia terbaik laa..sedap gile. Ice cream dan strawberry cream. RM30 plus. 

Saja bagi budget kiteorang. So korang nak pergi boleh budget nak bawa berapa. Tak payah banyak-banyak ๐Ÿ˜Š.

 
Kat sini Zahra cuma jilat-jilat strawberry dengan air masak je. Sebab kebanyakan based susu. Jadi dalam beg/kereta mesti ada roti atau biskut beras sementara makan nasi.

 
Hepp tapi dia pun nak try jugak strawberrybmilk shake sama macam kakak.

 
Dah la semua tak boleh.. makan purse mama je la. Speks ni nampak boyish la. Nanti minta abah belikan yang nampak gugurl sikit. Tapi balik Kulai nak sampai ke Jb payah sikit abah work kan sayang. 

Ok dah lepas minum semua. Nak tunggu makanan turun, kami jalan-jalan ke parking and decide makan tengahari area Brinchang sebab sempat perut mengosongkan diri mereka sendiri. 

3) Kedai makan Majlis Daerah Cameron

Kami makan dekat area kedai majlis. Tempat tu berbumbung. Tak de pulak gambar ye. Memasing nak makan je ingatnya. Haha. Sedap la makan nasi campur ada; goreng-goreng pun ada. Budget makan semua siap air dalam RM40. Ok la kan? Standard lagi. Zahra siap order sup ayam. Tapi dia tak mau makan. Oleh itu, mama bungkus air suam bancuh nestum kot. 

Aku ni kalau anak tak nak makan. Seboleh-boleh nak suruh makan jugak. Makan sikit pun tak pe bagi sejuk-sejuk perut dia. 

Lepas Zohor dah siap semua. Dalam 2.30 ptg kami sambung perjalanan ke Boh Plantation, Sungai Palas. Haa tempat ni la yang Lisa dengan Aaron berlakon tu. Aku pun masa tu dapat komen and whatsapp dari kawan suruh datang BOH Centre.

Pastu mula la laki aku membahan aku kata Bharat Tea tempat lepak mama, dia punya kat Boh. Anak-anak buah aku dah gelak je..tapi tetap menyebelahi cik dina diorang ni.

So kami waze je. Dalam perjalanan kiteorang singgah Strawberry Point. 

4) Strawberry Point, S Corner

Strawberry Point tempat jual strawberry dan teh yang murah.
Kami pun ada beli juga. Tapi memandangkan ada lagi 1 hari di Cameron, kami cadang nak ke Kea Farm. Banyak kan dalam kepala hotak aku ni nak pergi. Alhamdulillah suami aku ni jenis melayan isteri. Turun naik Tanah Rata- Brinchang tak ikut tentatif pun dia rilek lagi. Love lah.

 
Strawberry point jual teh lebih murah dari tempat lain. Ni gambar hari last sebab semalamnya datang lupa amek gambar. Haa gigih tak nak gambar punya pasal. Hehe.

Balik dari sini, kami teruskan jalan ke Boh Plantation Centre. Dah petang masa tu dekat pukul 4 petang. BOH tutup pukul 5 petang macam tu.

Aku pergi jugak la kan semangat niii.

5) Boh Tea Centre, Sungai Palas, Brinchang

 
Perjalanan nak masuk sini pergh selekoh dari jalan besar nak sampai ke kaki bukit Boh Centre ni macam muat satu kereta ni. Jadi kena naik hati-hati tau. Tempat ni nampak jauh sikit dan lebih tinggi. Lagi tinggi lagi la sejuk.. best. Tengok turun kereta je Zahra dengan abah dia dah sesiap pakai sweater. 

Kalau tengah peak hour die tak benarkan kita bawa kereta naik sampai cafe. Kena park bawah lepas tu jalan kaki guna tangga. Cantik la tangga dia, tak sempat amek gambar sebab hari macam gelap nak hujan. Jauh plak tu. Memang tak bawak payung sesiap. Lepas tu gerimis, Zahra dia kenyang dia tidur. 

Aku bagi kat husband aku suh bawak lari Zahra, nasib baik dah pakai topi sweater semua. Tak la terasa kene hujan. Semput hakak, gigil kaki berlari sebab dah gerimis. Haha. 

 
Sampai atas dengan selamat, ehh makan lagi. Kerja nya macam makan je kan. Sejuk-sejuk ok la makan je. Makan kongsi-kongsi tak larat la perut. Hoho. 

Zahra kat sini enak betul dibuai mimpi. Berejam sebab gerimis lepas tu hujan makin lebat. Kereta kat bawah. Tunggu la sampai hujan reda. Tapi dia punya sejuk oiii.

 

 
Anak tidur, jom peluk jap. Haha. Amek la gambar kat tepi ladang teh ni. 

 
Masa ni gerimis sikit-sikit lagi. Belum hujan. Jadi sementara orang tak mau makan dekat tepi-tepi ni sebab kene tempias hujan. Jom la bergambar. Padahal ramai ni haa depan-depan kiteorang gerimis pun gigih amek gambar sama la macam dua orang ni.

 
Zahra with kakak Tisya.

 
Family photo jap ๐Ÿ˜‰

 
Ni dah siap makan nak turun hujan dah start lebat. Bagi orang lain pulak duduk makan. Kite jalan-jalan la kat galeri Boh. 

 
Memasing hp ha. Update la tu..anak aku tidur dah sampai London. Mak bapak dia sangkut kat Cameron lagi hehujan ni. 

 
Uitt tu diaaa dah bangun... kat mana pulak saya ni. Cameron lagi ke? 

 
Agah-agah nyengihh terus.

 
Layan tepuk-tepuk tangan.. suka la dia. Ramai kakak layan. 

 
Zahra with kakak Shira. Masa ni sementara tunggu husband aku amek kereta kat bawah sebab still hujan lagi. Mesti lah dia bagi naik kan. Ada yang couple gerimis-gerimis turun bawah guna tangga, pakai wedges tinggi. Laahai nak tegur suh laki dia amek kereta pun dah separuh jalan. 

Balik tu dalam pada gerimis tu, laki aku nampak macam port baik je nak ambik gambar siap berenti lagi. Haha.

 
Gittew. Haa. Cantik tak aku amek?

Yang penting hati-hati dekat jalan, selekoh tajam takut bertembung dengan kereta lain sebab jalan sempit. Selalu lah guna hon nak bagi depa alert ada kereta di hadapan mereka. 

Kat indon dulu tak payah, semua macam setiap masa hon manjang. Haha.

Next pit stop is,

6) Cameron Square Mall, Brinchang

Kami singgah sini sebab budak-budak nak pergi watson. Aku pun nak carikan Zahra seluar panjang untuk tidur dengan stokin panjang sebab aku tak bawak jeans dia. Hihi.

Tertinggal umah Muar.

 

 
Kat memana nak lekat je diorang ni.

 
Kat luar Square Mall ni ada macam funfair. Anak aku tak sesuai lagi. So cuci mata je. Barang mahal sikit kat sini.

 
Perasan jap.

 
Dah dah masuk kereta semua. Kalau tak semua tak tahu nak balik. Sambung esok. Saya penat nii.

 
Dalam maghrib macam tu kiteorang dah sampai hotel. Ni dah mandi, makan mesti jap terus nak tidur. Kalau korang bayar hotel mahal sebab pool view ke aircond, rasanya korang membazir je sebab sejuk. Aku laki bini tak pasang kipas, sebab Brinchang dah puncak sejuk oi.

Bese dia mandi last. Lepas dia siap keluar bilik air, aku bukakkan kipas hadapkan ke dia. Hahaha kesejukan.

 
Malam tu ada Pasar Malam Brinchang depan hotel. Boleh jalan kaki je, tapi semua tak pergi. Sejuk, plus dah penat. Haha jalan ngan cik jul jangan memain. Memang dia akan gunakan waktu dengan secukupnya. Lepas Zahra tidur, kak shira jaga Zahra, mama abah pergi bungkus makanan kat kedai majlis siang tadi.

Lepas tu makan strawberry coklat. Sedap.

 
Ok dah habis aktiviti hari ke dua di Cameron, jom esok pulak nak pergi mana?

Byeee. Tq for reading. Lots of love. ๐Ÿ’—

No comments:

Post a Comment