Friday 10 February 2017

Travel with baby

 

Ini adalah cubaan post pertama setelah membeli apps RM19.90. Sebenarnya rasa mahal, mak nak free je.hmm layan je la.Nak tak nak beli juga la untuk aku membebel di ruangan diari untuk aku membebel. 😏



Bila travel dengan baby, kadang dalam gambar, alahai rasa macam semua smooth je. Terima kasih Ya Allah kami diberi peluang untuk merasainya.

.

Ramai cakap, Zahra ni diam je pakaikan apa-apa aksesori. Haha. Sebenarnya bukan setiap masa dia nak. Kalau dia rasa rimas ke ngantuk biasa dia da cabut sendiri dah. Bile dah cabut, tugas mak la sangkut semua kat diri sendiri.

.

Setakat ni Alhamdulillah pergi mana-mana Zahra senang. Tak pernah meragam rasanya. Tak nak duduk diam dalam kereta tu biasa. Kejap nak mak kejap apaknya tu biasa.

.

Travel dengan baby yang penting time tidur, nyusu dan makan kena; mesti dia ok. Tapi biasalah banyak pitstop dan masa akan drag panjang sikit. Macam tak on time biasanya. Hihi.. mujur suami saya jenis tak kisah tolong ini itu.. love u sayang.

.

Nak travel ni sekali sekala, ikut husband dia memang nak guna masa betul-betul manfaat untuk jalan. Jadi apa salahnya bertolak ansur menjaga sama-sama sambil memupuk nilai sabar. Btw Zahra senang bawak jalan. Mama abah dah la kaki tak duduk rumah. Hihi 😬


 

Walaupun tidur mak tetap bawa..nak bagi lena senang je..jangan banyak tukar tangan time dukung. Tapi kalau dah lenguh tu terpaksa la abe baju hitam tolong ambe.


 

Speks and headbands mak dah pegang dah tuu..


Lepas ni dah boleh update story Cameron Highlands yeay. Sebab kalau guna google tak boleh upload gambar sebab guna website view.


🤓🤗

No comments:

Post a Comment