Wednesday, 29 August 2018

Taman Dinosour Muar

Saja la beboring ni nak ler update blog.. kiteorang kan klu laki aku cuti biasa memang cuti masak. Pagi tu keje nye sesiapkan anak2 je.. klu aku malas aku mandikan adik je, kakak dengan abah. Klu tak keluar pun laki aku keluar pergi beli breakfast bungkus. Tapi percaya tak.. nak tunggu laki aku g tapau tu konon cam nak jimat masa la sbb bawak anak2 kan nak bersiap lama.. dengan aku nya lagi. Nak tunggu laki aku siap, aku boleh siapkan anak2 dgn aku mandi, aku mekap.. laki aku kehulur kehilir buat ni dulu itu dulu, tgk hp jap, nak pergi mandi die boleh men lari2 ngan anak aku dulu. Sambil aku mekap tu die dukung baby, sambol berbual dgn aku.. Jap g aku memetir suh cepat "abang!! Cepat mandi!!" , sengih2, grrr 

Oo ook la nak cite nye aku cuti hari tu bawak anak2 aku pergi Taman Dinosour kat Muar tu. Dekat je dengan rumah. Dulu selalu gak pergi. Since dah renovate, ni baru pergi. Pagi tu kiteorg breakfast nasi dagang sedap, before tu semalamnya breakfast nasi kerabu kedai yg sama. Kakak tu cam kang muka laki bini ni. Haha.





Menu dua ni power.. memang asli Kelantanese. Tp ada satu lagi kedai power lagi. Tp tu lambat sikit sebab kadang ramai, kadang tunggu ayam goreng lama.. so macam kene bersabariah la sikit. Menu air kita biasa air sirap je sebab apa, kak zahra minum air sirap je. Adehhh.

Balik breakfast tu pun dah tenghari, balik rumah dulu, laki aku pergi tengok umah kawan dia lampu ke wiring dia rosak,   Dapat la upah sikit.. Alhamdulillah. Balik wiring pergi Taman Dinosour.


Tempat tunggu abah balik.. 


Dulu die macam tak berapa tau la dinosour ni.. so memang tak takut.. sekarang dah pandai gak takut tapi abah dia ajar la jangan takut apa semua.. so dia ok la. Anak aku pun aku tak ajar dia takut gelap nanti ada hantu laa apa la. So kalau suh dia buang sampah ke letak baju kotor gelap2 dia ok. Tapi kalau gelap sangat pun sampai tak nampak dia gambar jugak la haha. 


Dah ada aktiviti air. Tapi ada la beberapa yang tak siap lagi. Tapi ok la masuk percuma kan.. tak nak main atleast boleh pusing-pusing dalam tu free.




Rayyan, lenguh tangan berdukung cam ni.. mama tak pakai carrier lak tu. 


Ni trek untuk naik dinosour.. zahra takut tapi nak bagi dia jangan takut tu beli je tiket, naikkan.. pergi weekdays ni yang best nya tak ramai. 


Tengok la dinosour ni comel-comel je.. masa laki aku beli tiket nasib tak kene tahan bila nak masuk tu. Ye la ko tgk la laki aku camana, dengan anak aku lagi.. rupanya tekan minyak wow!! Laju dinosour ni eh.. haha.






Suka la ye abah melayan naik ini itu.. main boat dinoasour tu tak leh takut husband aku terjungkit je tempat duduk pulak alahai coet je haha.. dia suh aku naik bawak zahra tak mau la takut haha. 


Mata tu kenapaaaaa.. dah siap naik keta tu cukup la ye dik kakak.. kite balik.. 



Sebelum balik tu sesiap makan dulu. Kakak memang bawak bekal.. nak suruh makan sebelum masuk tadi tapi dia tak nak. So tu je la aktiviti di hari cuti. Bye. 















Thursday, 2 August 2018

#Fakta dna (7)

Alamak dua tiga hari ni mood rajin update blog la. Hehe. 

Teringat kisah bangun pagi tadi. Dah boleh jadikan antara fakta pasal diri aku. Iaitu.. KUAT NGIGAU. 

Haha. 

Bangun pagi tadi anak mendahului mama. Zahra jenis bangun cepat. Aku cam perasan dia main la mainan dia sensorang kat bawah. And dia tengah tengah tengok kartun kat handphone.

Tetiba aku tengah tidur aku jerit:
"Lagi 10 minit finish, mama ambik handphone!!"

Sampai zahra terkejut dia naik katil.. terjah aku gelak-gelak. Rupanya yang main mainan tu betul. Yang dia main hp tu dalam mimpi aku, aishh sampai jerit mama ko ngigau. Haha sayalah ratu. 👸 abah ko dah hafal dah 😝. 

Kadang abah ko yang tenangkan mama time mimpi aku terlisankan kata kata.. kadang dia melayan apa yang aku tengah cakapkan;
"Haa iye ke? Betul?"
Kadang "sudah-sudah lah tu ma" "haa ok2 tidur tidur tidur" macam macam lah hihihi.


Roomateku Farah. Kenangan masa travel Singapore tahun 2012.

Roomate aku memang hafal la.. pernah sekali aku tidur dlam bilik. Kebetulan dia baru balik bilik. Aku ni mimpi tengah bercakap "kau pergi mana tadi" membe aku pun jawab " aku g makan tadi dgn bla bla bla" 

Kan bile kita bercakap biasa kita tersedar kejap kan tapi sambung tidur balik. Masa tu dalam hati "alahh pehal ko pulak menjawab soalan" haha dah bangun tidur tu aku gitau aku ngigau. Roomate aku kata "patut lah ko cakap pejam mata, lepas ko tanya ko tidur balik. " kikiki

Ngigau dalam kete pun pernah.. sampai terkejut member aku. Tengah tidur tetiba aku gelak2.. hahaha

Belum lagi masa keje bank dulu, ngigau pasal duit, customer tanya loan lulus ke tak. Macam-macam lah. Haha. 

Dah la malas nak cite lagi.. banyak sangat tapi aku jenis ni la. Aku pernah la google sebab dan cara nak hilangkan tabiat ngigau. Resultny, tak de post pasal ni. Haha. So suamiku terimalah hakikat. Isteri cantik kelebihan boleh cakap masa tidur. Tak boleh sembunyikan rahsia apa-apa nanti kantoi time tidur. Hihi. Tapi tak la.. i sayang u sangat2 tau. Sebab dia terima diri ini seadanya.