Tuesday, 24 June 2014

I dengan bola sepak

Lamo dah tak mengupdate since tak ada topik yang nak dibebelkan sebab kalau ada pun cerita cinta mekar setaman tak habis-habis padahal yang aku nak story pun ada la kene mengena sikit dengan mat rah-ijul.

Last Friday ijul ajak pergi tengok bola Jdt menentang Kelantan semi final piala apa ek. Tadi baru die cakap, kang tanya balik sekarang kite kene mawah sebab aku selalu tak alert. kehkeh. Awak kalau depan kite memang kite fokus kat awak je. Harap memahami dan dapat pertimbangkan alasan ni.

Ok2. lets, Ni first time aku tengok bola sepak 90minit dan first time pergi stadium tengok bola live. Kiteorang pergi dengan family kak ngah, tapi ijul not join us at the same seat. Dia pergi dengan kawan-kawan dia yang ijf katanya. Tak pe, iolls tak kesah asalkan bukan perempuan, dan asalkan bukan penyokong ngap sayot. Ni macam berbaur cemburu ni. Ofkos iolls kan sayang dia. wah gittew nampak ahkak kan.haha. 

This is Larkin. Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos. View terbaik sebab jelas. Oleh kerana tiket grand stand dah habis maka, duduk la open ye.

Best rupanya attend kan. Aku paham je la mana suka sangat pergi tempat bersesak-sesak belengas bagai. Rupanya Jom Heboh sepanjang hidup aku cuma pergi 2kali lagi teruk dari kene beratur masuk stadium. Tak ada la bersesak sangat as long as u beratur ok je semua.

Stadium tak pernah senyap. Ada saja cheers kan for Jdt.
Tetibe jadi minat pulak kan.

Gambar yang perlu diupdate dilaman sosial mahupun dilaman rindu perlulah ayu tahap maksima.

Padahal masa tengok muka saling tak tumpah macam makcik sangat bila kene pakai spek. Nampak muka aku tua macam sebaya dengan mat rah,iols baru 22. Ni pun dah tak berapa jelas, next spek please.

Havoc havoc. 

Jdt menewaskan Kelantan dengan 3-0. Berlaku sedikit kekecohan but all of that is under control.

Awok, lain kali ada game ajok kita lagi eh. eh eh.gedik ke idok?

Eh tu je nak merepek? ye, itu je.

Friday, 13 June 2014

Girls rant

Settled payment dekat bridal. Alhamdulillah. Tak sabaq ghasa di hati ni. Tapi tu bukan topik utama perbincangan semalam.

Kat mana lagi tempat lepak aku dengan bekas engineer praktikal yang kini dah memang secara khasnya jadi engineer, kalau bukan dekat kedai nasi lemak putra kalau dah tak ada idea sangat nak makan. Sebab dekat situ je kebanyakan hari aku boleh makan habis mi kari dia sambil tunggu makcik rock bawak moto pakai tudung tutup dagu jambul terkeluar nak beli sayur dekat kedai hujung. Angin kuat sikit, tudung nak terbang barulah gelabah tahan tudung. Makcik yang selalu bawa tak pasti cucu atau anak, yang suka parking moto dekat tempat letak kereta dan bila start motor mengalahkan mat rempit tegar nak pergi race haram. Tapi tu pun bukan topik kedua utama yang kitaorang sembang semalam.

Jadi apa kau nak sampaikan lehenet?
Haha, sabaq.

Balik makan dalam reta sembang la pasal lelaki perempuan keluarga. Beselah umur angka begini memang family planning je banyak topiknya. Ni pun gara-gara dengar iklan Aaron Aziz  kat radio.

Aku cakap la, "Tengok eh aaron aziz ni kira paling popular ada rupa tapi tak ada gosip pun curang ke ada perempuan lain ke. Aku rasa yang die tahu, ok kerja berlakon bla bla balik tu fokus ngan family. Tipu la kalau tak ada pempuan kejar offer itu ini kat dia. Macam artis lain yang curang skandal tu, memang belum kantoi, tapi sebenarnya diaorang cari masalah sendiri. Bila kantoi kan namanya jadi masalah. Sepatutnya diorang pikir gitu kan?"

Maaf ayat aku memang fokus on lelaki sebab yang bercakap ni perempuan. Aku tak bias, sebab banyak jugak perempuan pun sama; betul? Maksud aku ni boleh guna pakai terhadap mesej yang aku nak sampaikan.

Kawan aku pun bagi pendapat, tak kira lah lelaki ke perempuan yang dah kawin, kalau dah banyak sangat tengok benda haram plus supplement dari syaitan nirrojim; yang halal bagi dia jadi tak seronok. Ni semua game syaitan kot. Yang penting ni agama la, agama bukan maksud die sembahyang je, maksudnya tanggungjawab dia, hak-hak isteri/laki, dengan family dia.

True that friend.

Aku pun bukannya bagus sangat nak bercerita benda-benda gini. Tapi ya, kita kena fikir jugak. Banyak aspek tapi ni one of that dear.