Thursday, 29 October 2020

Hidung anak berbau busuk? Ini sebab nya..

Tak tau la apa nak dibebel kan.. tapi macam dah lama tak menulis kat blog, walaupun blog dah tak berapa relevan kan zaman sekarang. Semua senang kat instagram je. Kalau aku bukan instagram je combo igS, whatsapp status pun ada je story. Kat fb je jarang sebab fb byk baca info pastu share2 berjela.. pastu cari balik post kita ntah dah jauhhhhhhh jauuuhhhhhh pergi meninggalkan hati iniiiii

Sebenarnya boleh je buat entri ni kat instagram tapi aku saja la update benda ni kat sini. Ini nak cerita pasal anak sulung manja mama yg sekarang pot pet pot pet je keje dia haha. 


Hai! Nama saya Zahra. 

Masalah ni aku notice dalam awal tahun 2020 ni. Aku perasan tetiba hidung Zahra ni berbau busuk tau. Aku ingat memula memang ada jenis budak hidung berbau jap nanti hilangla kot sebab kak ipar aku pernah cakap hidung anak sedara aku pun berbau dulu. Aku tak tanya pulak cerita seterusnya masa tu. 

Dah tunggu sebulan dua tak hilang juga bau dia. Kita ni risau sebab dia dah sekolah risau cikgu dia pulak tak selesa bila dekat-dekat dengan dia dan terbau. Sebenarnya bila dekat tak bau pun. Tapi kita ni mama abah dia selalu kiss anak, memang bau. 

Lagi satu yg buat mak dia ni paling risau sakit berkenaan hidung ni penafasan dah terbayang cancer ke resdung ke.. better cegah dr awal atau better detect awal. Sebelum pergi klinik aku google la masalah hidung anak berbau. And mostly kata dalam hidung anak dia ada barang! Dia masukkan sendiri!! 

Aku pun teropong hidung dia, suh baring bukak torchlight hp.. suluh2 takde rupa apa pun ok je clear. Tanya sakit ke tak senang tak nak bernafas.. dia kata ok semua. Tak sempat lg bawa ke klinik, aku kan g Indonesia. Balik dr sana sibuk sekolah balik apa semua. Tup tup pkp! Habis je pkp yg kata announces boleh rentas negeri blh keluar, terus bawa g klinik. 


Hye. Saya mama zahra. Mama yg overthinking ☺️

Memula pergi la klinik kesihatan bakri ni. Setakat ni suka sangat pergi klinik kerajaan kat Bakri ni sebab tak ramai orang. Klinik besar & baru macam KK kulai besar. Kalau kat Kulai & bukit liki tu tumpang lalu punya ramai. Sentiasa penuh. Syukur Alhamdulillah duduk Muar kat Bakri ni. Klu kat kulai prefer pergi klinik 1 Malaysia dulu. 

Tak malu pun aku mmg akan pergi klinik kerajaan dulu, bayar RM1. Ada juga beberapa masalah mcm ubat aku dapat dr kk xok, baru g klinik swasta. Klu boleh jimat, kita usahakan dulu. 

Dah nak sambung balik g klinik tu pasal hidung mek zahra ni. Doc pun suluh tak nampak pape, macam2 dia soal siasat zahra, haha. Doc cakap hidung clear sbb kat kk tak de kamera nak masukkam hidung& cek nafas semua normal. Doc kata kat area bandar ada klinik pakar ent swasta, nanti dia masukkan kamera cek detail. Tp since dia tak cakap sakit, nafas elok. Dgn umur dia baru 4 tahun macam kesian nak masukkan kamera tu. Aku dgr tu aku pun lega sebab dia takde masalah bab sakit2 hidung. 


Hye saya rayyan. Saya masuk hospital baru2 ni 5hari. Bila saya balik je hospital.....

Rayyan admitted 10-15 October 2020. Bila rayyan balik je hospital petang tu diorg happy la main jejak kasih 5 hari tak jumpa kawan gaduh. Walaupun jejak kasih gaduh tu tetap ada ye 😆.. kene kacau dengan abah dia lagi. Melalak-lalak si Zahra ni. Sebelum tu baru je cakap kat abah dia lepas ni nak refer zahra kat hosp muar la pasal hidung dia. 

Abah dia amek tisu suh hembus hingus sebab nangis tadi. Suh hembus kuat-kuat! Sekali tau apa ada kat tisu tu? Abah dia pun terkejut tapi wak lek dulu risau zahra takut apa yg keluar dr hidung dia. 

Terus abah dia kata, “ma ntah2 ini yg buat bau selama ni.”
Zahra dah sibuk main mama pun belek la benda tu. korang nak tgk tak? Tp jgn geli ok. Hihihi


Saiz barang kes yang dijumpai sama besar dengan jari telunjuk mama. 

Tengoklah benda tu dah penuh kulat keras kulat cair. Bakteria ni dah lma sebab tu sampai berbau busuk. Dah habis kene selaput depan belakang. Masa yg diambil untuk dia jadi berbau mesti bertahun, dia pun tak ingat bila dia masukkan. 

Aku & mak aku syak jadi kat rumah mak aku, sebab aku ada anak sedara Faiz dia autism. Dulu masa dia kecik, asal datang rumah nenek mesti semua laci mesin jahit dia sepahkan butang n segala la dalam laci. Autism ni klu dia suka buat benda tu so tiap kali dtg dia tak lupa buat 😅. Ye la kalai dah barang tu terabur kita kutip mesti ada je termiss kan. Tu agak nya time dia kecik dulu jumpa pastu try experiment kat hidung pulak hahaha. 





Setelah dibersihkan rupanya butang baju!! Alhamdulillah syukur dah keluar dah. Sekarang dah tak berbau dah.. hilamg dah masalah hidung. 

Korang kalau anak hidung berbau pun g cek tau. Ni luckily keluar sendiri dah bukan besi macam bateri ke, skru ke. Kalau karat sangat bahaya pada otak. Boleh melarat satu badan, syukur butang ni plastik. Hopefully tak ada apa2 yang memudaratkan. 

Kadang kita ni dah habis jaga kebersihan tak de benda kecik2 kat rumah.. tapi boleh jadi kat tempat lain juga, anak2 ni kreatif tau ntah apa dia dikir try2 masukkan barang dalam hidung. 

Ok la panjang berjela dah.. tq baca bebelan mama.. hihihi. 



Byeeeee.. 





No comments:

Post a Comment