Sunday, 21 June 2020

Berat tak turun-turun !!

Kali ni punya berpantang berat badan susah nak turun! Memang dalam fasa berpantang lagi.. pantang moden je sis kita ni. 

Pantang yang sebelum-sebelum ni nak2 abis pantang berat dah nak back to normal. Now tak, maybe sebab kali ni tak boleh makan sebarang jamu atas nasihat doktor. Kesihatan baby harus diutamakan. 

Tak pelah janji lelama makin turun, jangan makin naik! Haha. Biar lambat janji turun ya. Seram aku klu tak turun2.

Laat 41w berat 65kg. Lepas bersalin sampai sekarang 57kg statik. Padahal makan biasa je. Kikiki. 

Tu je nak bgtau. Klu turun lagi kita update pakai baju2 zaman anak dara. Tanda aras badan aku rasa ok bila baju2 zaman anak dara boleh pakai means dah cukup la tu, aku bukan gile kurus pun sampai kaki cam tiang. Tak mungkin. 

Sekarang tak gemuk. Tapi belum turun back to normal. 

Sadisnya sebenarnya tadi dah gosok seluar baju nak keluar g bank masukkan duit raya anak-anak, sekali tak muat ko!!
Paras peha je terus stuck.. haha. 

Dah aku pakai dress je. Boleh masuk pun 😄😆.. selamat. 
Ok chayok2!! Go go go 48-50kg berat normal sebelum bersalin. So setiap kali nak pregnant aku pastikan berat aku kembali asal dulu baru boleh pregnant lagi utk elakkan aku bertambah tembam dari semasa ke semasa. 

Walaupum anak dah ramai kene juga maintain berat badan, kecantikan untuk suami. ❤️



Masa ni baru2 sangat pregnant. Tapi belum tahu pregnant anak ke 3. Pergi cameron dengan kawan2. 48-49kg. 

Harap2 4 atau 5 bulan aku boleh turun ke 50kg. Tak mau rushing2 bukan nak masuk next top model pun. Tinggi pun tak cukup! Hahaha 😂 

No comments:

Post a Comment