Thursday, 30 January 2020

New family member is coming!

Dah masuk tahun 2020! Mana WAWASAN 2020 tu? Hihi

Tapi bukan benda tu aku nak share.. dah lama tak bebel kat diari hidupku ini.. kat ig pun kira diari, byk gambar family simpan situ.. ada masa aku tgk satu2 throwback kenangan hehe. 

Tahun 2020 ni ada surprise baru hehe tekalah... taka payah teka tengok title pun dah tahu dah.. iaitu kami nak dapat baby baru. Alhamdulillah sekarang dah nak masuk 24 minggu. Sekejap masa berlalu. 

Zahra n Rayyan dah tahu awal.. and diorg nampak dah faham that in my belly got baby. Duk usap2 & kiss selalu. Love itt.


Alhamdulillah rezeki ini dan aku suami isteri gembira & eksaited. 

Cerita nya macam ni, masa bulan 9/2019 masa wedding adik ipar aku yang Fahmy tu aku perasan aku tak datang period lagi. Tengok period tracker aku dah lewat 6/7 hari tapi aku tak risau lagi sebab setiap bulan tarikh period aku memang drag n paling lewat drag sampai dekat seminggu. Setiap bulan akan drag 3/4 hari je biasanya. So aku fikir oo maybe bulan ni lewat sikit. Sebab kami merancang so posibility mengandung tu memang tak de dalam fikiran ☺️. 


So bile dah 14 hari tak period jugak, hati terus terdetik pregnant ke. Mak2 kan instinct laju. Tak beli lagi upt utk check kan. Husband cakap beli la cek. Masa tu dah start risau, muka risau plus tak berapa nak gembira sebab eh pregnant ke tak ni. Tapi tak nak cek upt dulu sbb terbayang macamana kalau double line! Tak sedia nak pregnant lagi. Pastu bayangkan kalau satu line! Nanti kecewa sebab tak de baby tapi period dah lewat. 

Masuk 3 minggu tak kunjung tiba bulan punya tunggu punya tunggu hihi. Beli juga la kat farmasi, tak tunggu esok pagi, balik terus cek! 


Laju terus naik double line. Masa dapat tau aku macam eh percaya tak percaya.. macamana ini boleh terjadi ececececcehhh. Hati aku bercampur baur sebab macam tak caya so muka aku start nampak tak happy. 

So bagitahu kat husband bahawa aku mengandung lagi anak ke 3. Dia happy, dia cakap Alhamdulillah kiss n hug. Sebelum tu dia pujul beli upt tu dia kata kita dah rancang, kalau ada Alhamdulillah rezeki. Lepas dia tahu dalam seminggu macam tu aku macam tak happy. Bukan tak suka tapi macam tak percaya aku pregnant lagi sebab rayyan pun kecik lagi kan.

Tapi lepas 2minggu ke atas macam tu mood aku happy, ceria, n aku eksaited nak mengandung n bersalin lagi. Alhamdulillah rezeki dapat baby baru. Setiap anak yang Allah berkehendak Allah sertakan rezeki setiapnya. Amiin. 
So dari situ aku gembira macam perasaan dapat anak pertama macam tu ☺️.


Waktu bertenaga lagi ni anak2 kecik gagah lagi nak jaga InsyAllah. Aku bersyukur rezeki tak berhenti. Aku syukur walaupun tak mewah sentiasa cukup, anak2 sihat, suami penyayang dan macam2 lagi. 

Mungkin ini rezeki aku, orang lain tunggu bertahun masih belum dikurniakan anak lagi tapi rezeki lain mungkin dia lebih dari aku. Semua Allah dah aturkan n tetapkan. Aku selalu doa kawan aku selalu ingat aku time ngandung, ingat anak2 aku. Semoga Allah cepat kan rezeki zuriat untuk korang juga. Amiin.


Bakal abang & kakak pun sibuk tu. Tiap kali pregnant aku tak berapa suka bergambar sebab badan aku tengah mengembang so konfiden tu sebenarnya kurang tapi untuk kenangan nanti bile dah bersalin dah kurus balik (konfiden kurus balik jemah oiii hihi) aku suka tgk gambar lama. Bila dah tengah nak kembang ni, suka tgk gambar lama masa kurus. Walau pun ms kurus aku rasa tak cukup kurus! 

Tu la perempuan ya. Tak bersyukur. Kau nak apa wahai perempuan. Janji sihat berat badan ideal sudah! 


Rasa dah panjang sangat bebel ni.. hehe nak bgtahu je mommy anak 3 on the way hihihi saja upload gambar baby bump 23minggu. Nanti dah besar upload lagi gambar baby bump ye. Berat sekarang 55-56kg. 


Ok la tu je nak bebel kan. ❤️🤲🌹 byeeee





1 comment: