Sunday, 3 December 2017

Malam yang hening

Malam yang hening sangat, sebenarnya sesejak pregnant ni kalau dah bangun nak ke toilet (pregnant memang kerap ke toilet wei ngantuk pun lebih sanggup ke toilet dulu, kalau time tak pregnant lebihkan tidur dari ke toilet sebab boleh tahan lagi hihi ), susah nak lelap balik.. nanti baru nak lelap anak terjaga minta susu pulakkk huwargghh dulu senang sua je sebab nyusu badan. Sekarang bancuh susu kene bangun ke dapur. 

Tapi fikir susah la leceh la Alhamdulillah masih diberi nikmat ada dan jaga zuriat sendiri..sebenanya rasa bahagia sangat. Kalau ada yang cakap kenapa laki tak tolong bangun malam buat susu. Kite ni surirumah kerja rumah pun dia tak pernah paksa buat. Masak pun jarang. Suami keje sorang, weekdays keje hakiki sampai pukul 5, weekend biasa Alhamdulillah setakat ni ada je rezeki kerja part time. Kadang weekdays lepas pukul 5 pun ada job kecik kecik dia pergi buat atau sambung kerja. Lagi penat tengok laki mak kerja part time sebenarnya. 

Aku yang kadang ikut laki buat part time pun rasa penat.. walaupun tak de la buat apa sangat setakat hulur wayar, tools, kalau dia naik bumbung orang terjerit-jerit bagi instruction kat aku. Hahaha. Kang orang ingat bergaduh. Balik tu biasa dia mandikan anak, balik kerja pun biasa bawak jalan. Tak kisah la dekat ke jauh seminggu mesti kene beberapa kali keluar rumah kalau tak aku rasa tepu jee.. Muar best macam semua benda dekat. 

Kadang mak aku cakap untung dapat suami macam laki aku tak berkira buat apa-apa.. lelagi bab nak makan apa kan. Kadang kite risau duit tak cukup ke apa. Dia kata tak pe tak pe. Beli je dari nak masak seng seng (bunyi kuali ngan sudip) . Kita tau la sebab kira tiap bulan plus part time. Komitmen bini je dah berapa kan ๐Ÿ˜‚. Touching tau kalau tengok muka suami. 

Terima kasih suami segalanya dan terima kasih sebab tak merokok selalu jaga anak layan anak tolong ini tolong tu hihi. ๐Ÿ˜˜ Harap jodoh kami berpanjangan bahagia ke akhir hayat. Susah senang kita bersama. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, dan diberi kesihatan yang baik. Sentiasa romantik hihi.

Alhamdulillah rezeki sentiasa cukup. Yang penting sihat tu pun rezeki Allah. Suami sihat, kita sihat anak pun sihat. Kandungan pun takde masalah InsyAllah. Pun dah nikmat besar Allah bagi. 

Eh panjang lak bercerita kalau dah menaip. Entri kali ni agak privasi tapi ini perasaan yang selalu aku rasa. I want to thanks him, thanks Allah give me this such wonderful husband as my partner my bestfriend. Eh, sambil update sambil layan baby gerak dalam perut.. aktif betul rasa ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป.. rasa-rasa baby boy ke girl ye. Hihi. Kali ni kami tak scan. Tak tau akan datang kalau tetiba dokter bagitau jantina kan hehe. Semoga selamat semua hingga melahirkan. Baby sihat cukup sifat Alhamdulillah. Amiin. 

Tahun depan berempat kita InsyAllah. Mama tambah sibuk ke tak ye sebab dah ada helper jaga adik nanti hihi.. siapa lagi kalau bukan kakak Zahra. 

No comments:

Post a Comment