Sunday, 13 August 2017

(Backup) Zahra nak jadi kakak yeay ☺️

Tak sangka dah 3 bulan tak post something kat blog bersawang aku ni. Hehe. Last post pasal birthday aku. Sebenarnya birthday hari tu kami sambut kecil-kecilan je kat Secret Recipe makan kek. Hihi.

Hari ni nak cerita apa ya?? ๐Ÿค”๐Ÿค”๐Ÿค”

Aceceecehhhh

Tak payah la kann tengok tajuk entri pun dah tahu. Last post doakan ada family ke empat. Tup tup lepas period bulan 5 jeng jeng hehe Im pregnant!!!

Zahra my bucuk bucuk mashamm nak jadi kakak dah. Alhamdulillah.

Memang rancang nak jarak kan 2 tahun ngam ngam. Due date pun beza sehari dengan birthday Zahra hopefully dpt birthday sama la hehe. Tapi tu tak penting, yang penting baby sihat sempurna.. itu la paling kita mak ayah harapkan kan. 

Bagi rezeki sihat, rezeki yang tak boleh jual beli, tak ternilai. Syukur. 



Mula mula period tracker dah remind lewat 10 hari, beli la upt test tu, keluar 1 line laju dalam bape saat.. dalam hati 'ohh tak pregnant' .. pastu letak je upt tu. Esok nya tengok balik, eh macam samar gile kene kat cahaya terang baru nampak. Memang kata tak de pun boleh. Yang gambar atas ni da kira terang buat balik lepas seminggu lagi. 

Kiranya kalau samar habis pun kira ada.. korang try lagi lepas seminggu kalau still tak period. Maybe masa tu hormon hcg tu belum banyak lagi kan. Lepas berapa minggu tu baru la pergi klinik scan untuk confirmkan. 



Ni haa dia kakak to be.. pandai dah akai cekak rambit sendiri. Sekarang pakai kasut wedges mak dia pun boleh. Jalan sana sini pakai selipar besar. 



Anak 2 to be. Hihi. My love ni. 

Dulu masa bercinta oh my god how my life kahwin dengan orang pendiam ni ye... aku ni suka cakap. Haha jangan jangka,  perancangan Allah itu la sebaik baiknya. Bila dah jodoh ko, he suit you dalam segala segi InsyAllah. 

Funny, caring, loving, omjay tak leh puji suami ambo lelebih. Hehe. 

Para suami ni jaga jaga la hp tu jangan simpan gambar wanita lain dalam hp, atau perempuan yang isteri tak kenal. Cerita dia cam ni. Semalam laki aku balik weekend sebab start minggu lepas operasi sebulan, aku nak ambil gambar kami pi makan-makan, pastu ehh ni gambar pempuan mana pulak muka tak jelas sebab tunduk, siap gambar edit-edit ni. Aishh esk pg aku tanya, abg gambar pmpn mana kat hp abg ni. 

Laki aku gelak haha, dia teringat la tu gambar tu. 'Apa la syg niiii, abang takde masa la nak mcm tu. Orang rindu dia rindu family.. tu abg save download kat mana ntah tu design meja dia kan pallete'.. sbb dekat serounding tu mmg gambar meja. Hehe baru lah muka ada senyum aku percaya la sebab dia memang suka kerja merepair menukang ni. ๐Ÿ˜œ

Korang pun suami2 ni jangan memain eh. Gambar pempuan ala ala makcik tudung senget pun kami boleh jeles langit ke tujuh uols. Sayang suami memang omjayy kalau ada benda2 pelik ni. Rasa rasa sebelum sagat muka pempuan lain atas jalan rasa nak sagat muka laki dulu kan.. hahaha

Bukan kata gambar pmpn yang isteri tak kenal/kenal tapi takde kene mengena sedara/kwn rapat suami isteri tapi gambar isteri tak de dalam tu/gambar artis terkenal pun lelaki mahupun wanita;haha sebab macam rasa sesuatu plak kalau suka simpan gambar artis lelaki ni. Tetap para isteri ni cemburu habis.. dia dah takde orang lain da her life for you and anak anak you je ๐Ÿ˜๐Ÿ™‹

Ya Allah bahagiakan rumah tangga kami. Dijauhkan dari hasutan syaitan. Amiin. 


Gambar gambar throwback je ๐Ÿ˜˜


Sekarang banyak post kat ig la sebab ig pun dah macam diari dah sesuka hati i je nak cerita panjang mano. ๐Ÿ˜ 

Ok la bye.. post 4.11am sebab tadi ni bangun makan nasi macam lunch tanpa rasa bersalah. Lapar memanjang uols! Menyusu dan hamil bukan sesuatu yang mudah ok! 

No comments:

Post a Comment