Thursday, 8 December 2016

Pertama Kali Zahra Demam ๐Ÿ˜ข

Minggu ni genap Zahra 9bulan, pertama kali kene demam. Ini kali kedua dia tak sihat. Masa pertama kali tu masa laki aku pergi Kelantan duty seminggu jugak tak jumpa. Selsema meleleh-leleh teruk tidur tak lena.

Ni kali kedua tapi demam pulak. Laki aku kursus, duty KL pulak seminggu. Pagi laki aku pergi kerja tu, Zahra bangun pagi tengok atas katil abah dia dah pergi kerja pukul 4.30pagi. Tidur kat kampung aku suka tidur bawah Zahra pulak tidur penggunaan pentas memang terbaik. Katil bilik aku bukan yang jenis rendah, tinggi. Ngeri. Masuk hari ni dah 3 hari tak jumpa abah dia.

Tadi pagi rasa badan dia panas, terus bukak kan baju. Tuam-tuam sampai petang tak kebah, ajak adik aku hantar klinik. Dah habis google petua anak demam, pergi beli pekakas apa semua. Haa aku ni pantang first time pulak zahra demam aku kene handle sorang. Merengek nak melekat je la. So siap-siap aku kan semua benda nak beli nye. Hihi.

Pagi-pagi boleh tidur lagi sekejap je.

Dah mandi tampal cool fever. 

Monyok tak de mood, nak ngempeng je. Tak lepas nak buat apa-apa pun tak leh. Kalaunada laki aku boleh jugak minta tolong apa-apa. Tak pe la nak buat camana. Nanti jumpa abah mesti dah baik k sayang.

Balik klinik lepas kene masuk ubat bontot  dah reda sikit tu yg berpeluh. Kesian anak mama abah ni. Sabar ye sayang.

Dalam mangkuk tu air asam jawa untuk jerlum. Mula-mula pakai baju lubang-lubang tu. Pastu tadi pukul 11 dah tibe masa makan ubat, dia panas balik. Bukak baju lap satu badan. Aku kecikkan kipas kot tersejuk. 

Semua baru beli tadi. Mandi lemon dah. Tapi rasa tak cukup beli lagi. Dokter suggest minum jus kurma. Esok nak buat  jus kurma. JUS ALKURMA membe jual pun aku beli. Tunggu sampai sementara tu minum yang nak buat esok dulu. Kurma kan bagus.

Ni dia da tak pakai baju. Senang nak lap. Selalu cek suhu dia. Tuala tu biru dah jadi kaler apa tu hihi. Tilam belum pasang cadar, alas pakai kain batik dulu hehe. 

Hopefully esok ok puteri ๐Ÿ‘ธ๐Ÿป

InsyAllah...






No comments:

Post a Comment