Friday, 21 June 2019

Kehilangan

Tetiba rasa sedih kalau tiba-tiba aku perlu berdepan dengan sebuah kehilangan besar. Ya Allah peliharalah orang2 yang kusayang.. ibu bapaku & anak2 ku, terutamanya suami ku yang perlu sama2 berjuang menjaga amanah2 Mu.

Bila suami kawan karib aku meninggal dunia, aku selalu tak tercapai rasa nak jadi sekuatnya. Walaupun sangat sukar untuk dia terima kehilangan tu, dia terpaksa harungi demi anak-anak. Bagai separuh nyawa, separuh semangat dia hilang. Setiap kali tengok story dia, aku dapat rasa betapa dia sedang cari kekuatan. Luahkan segala yang terbuku dihati, kongsikan dengan orang lain semoga apa yang terluah membuat hati kita lebih tenang. Moga ada hikmah & sinar lebih baik menanti sahabat.

Allah uji sebab kita kuat terima ujian. Allah datangkan ujian setiap hamba nya mengikut kemampuannya. 

Moga badai membuat akar pokok itu lebih kuat. 

Monday, 15 April 2019

Terengganu Kelantan 2019 (Part 3)

Sejak ada anak-anak ni nak update cerita diwaktu siang tu lahai susah melainkan dedua tidur saing. Okeh okeh jom lah update story vacation hari tu. Jadi ceritannyahhhhh

Plannya, hari kedua kat Terengganu jalan-jalan turun ke bawah singgah Gambang, Pahang nak mandi water park. Tapi kat Gambang, homestay tak dapat. So plannya hari tu jalan-jalan dan terus balik Johor. Kat aku dengan husband ni hari kedua la kat Terengganu, family dari hari Sabtu. Dah puas berjalan dah 😄.. 

Memula aku dengan husband macam plan nak ikut balik la sebab rasa dah letih. Tapi tetiba pukul 2 pagi die kejut..bukan ajak senggama ye tuan puan haha 😆ðŸĪŠ, dia suruh cari hotel kat Pulau Perhentian onz katil kat sana ðŸĪŠ haha gurau je k.. tetiba cam mata aku bersinar-sinar semangat nak ke perhentian pulak.. Haha. Ye la dari KL pun dah banyak berhabis duit kan.. tu pun try jimat-jimat jugak. Teringin gak ke Perhentian tapi husband kan finance minister, so aku just bagitau je la bahawa Pulau Perhentian memang best and cantik. Aku kan pernah pergi. Dah alang-alang kat Terengganu ni dekat dengan jeti lagi, terus laki onz. Yeay!! 💖

Ada jumpa 1/2 hotel/chalet yang available ikut citarasa aku. Lain full. Tu pun tgk kat trivago tapi tak nak book online sebab macam leceh pulak. So gentle je la cakap kat husband kita call esok pagi lagi senang, tanya ada kosong ke tak, nak bilik cam ni cam tu ada ini itu ke tak. Sebab tak plan kan. Kau nak apa ko tanya orang tu terus. Tengok review 80% recommended.. ok jalan. 

Jadi pagi hari tu aku, husband n anak-anak bersiap antara paling lewat sebab macam layan malas haha. Tapi siap ontime dengan anak-anak aku. Baju aku n laki aku dah siap gosok malam. Malas nya sebab nak packing semua baju hahaha



Setelah berhempas pulas nak bersiap secepat mungkin sebab kejar masa aku nak book chalet yang pasti tak pasti je ada ke tak. Bergambar kat homestay dulu kenangan.


Anak-anak aku siap2 letak dalam kereta kikiki. Tu tak de dalam gambar. So ni dalam pukul 930pagi semua dah siap. 


Dengan Rayyan. Kakak tengah menyusu dalam kereta memang dia tak nak keluar la.. ok la tu jangan dia merengek minta balik Muar sudah hahaha. Mama abah ko tengah semangat nak sambung cuti ni 😇.

Sebelum turun breakfast, mama call chalet yang kite nak tu tanya availability. Call dalam pukul 10pagi. Sekali ada kosong!!! Yeay!! 😍😍😍 apa2 makan dulu lapar nii

So kat Terengganu ni, pepagi kita breakfast di;

1) Kak Ju Nasi Dagang


Nasi Dagang & Nasi Kerabu


Ya Allah sedap gile weiii.. nasi kerabu dia putih tapi sedap.. kawan-kawan aku cakap tu nasi kerabu tumis. Kalau kat area  Besut tu singgah lah kedai ni.. sentiasa ramai orang.


Adoi mama stress lipstik nude mama cicir mana ntah.. cari tak jumpa.. dah kene pakai warna terang-terang ni.. Zahra Dania dah kenyang sebotol susu apa lagi tak nak makan la. Tapi mama sesiap bungkus untuk makan kat pulau nanti. Mak mak punya fikir kan.. korang pun sama kan. Yang penting bekal.. macam bebila anak lapr terus macam doraemon.. ting! Ada.. haaa gittew la.

Lepas breakfast, aku n husband nak pamit la dengan family. Sebab diorang nak balik Jb, kami sambung lagi sehari la nak ke pulau. So sebelum tu kita ke;

2) Bukit Kluang, Terengganu


Sini pun port baik tau. Cuma ombak kuat masa kiteorang sampai and ramai orang. 


Zahra yang sentiasa abah, abah, abah....




Bergambar lah sis.. aku ni kat mana2 onz je kamera ni. Hehehe


My small family at Bukit Kluang Terengganu. 


Aku kalau travel jejauh biasanya jangan harap la nak pakai heels. Sport shoes, flat, siper jepun.. haha adoi sakit weii kaki berjalan bawak diri dengan dukung anak. 😀 kurang gojes tak pe la.. 😅 hihihi


With my handsome boy.. 

Tu je la serba sedikit gambar, sebenarnya banyak sangat gambar. Pasni boleh la padam sikit-sikit pose2 yang sama tapi 18ratus kali amek 😂.. 


Posing ala ala tengok aeroplane ✈️ hahaha

So dah lepas jalan sini kami pun salam-salam sebab jam dah dekat pukul 12tghari.. nak naik boat pukul 2 ptg. Baju tak packing lagi, sebab aku laki bini kehabisan baju. Dah tak de baju bersih, kat pulau confirm tak de dobi. Pampers, cereal anak habis, pekakas nak pasir utk diorang. Tak withdraw duit lagi. Dah tanya, kat sana tak de atm. Nampk macam  keje senang. Tapi kat tempat orang kene la mengwaze semua nya dan makan masa. Yang buat lama, mendobi baju la tunggu kering lagi pastu lipat yang besar2 yg lain takde pilih2 semua masuk bag balik dan angkut.. tu husband punya part. Aku packing balik semua dalam kereta. Sesambil basuh baju, pergi kedai RM2 cari mainan, pastu ke supermarket cari jajan, susu n pampers. 

Siap dalam pukul 1lebih.. terus ke jeti Besut. Kat Jeti Besut tu nak beli tiket boat ke pulau tu.. pergi je mana2 kaunter/ kedai jual pakej tu bgtahu je nak beli tiket sahaja.. bgtahu nak ke resort mana nanti dia akan turunkan kita kat jeti pulau yang sepatutnya. Pergi balik seorang RM70. 

Aku ni kalau boleh tak nak naik boat pukul 4 ptg. Sebab rasa lambat.. nak sampai sana cepat sayang masa. Hehe. So pukul 130ptg kot sampai jeti, beli tiket terus adik kaunter tu settlekan semua, dari tolong angkat barang, pimpin anak aku lagi hahaha, parking kereta dia settlekan terus. Lupa nak tengok company dia.. memang bagus. Lepastu tunggu kita sampai naik boat. 

Masa ni aku memang tak keluar hp amek gambar, barang berangkut banyak dgn anak-anak aku. Sebab husband ikut pergi parking kereta. Alhamdulillah akhirnya, hp aku rasa tenang kejap dari gangguan tuan dia 😆. Kalau tidakkkkk.. malas lah nak cakap korang pun tau. Haha.

Beli marine fee, RM5 seorang. Aku ngan anak2 ngn adik tu tunggu boat. Laki aku sampai terus naik boat pukul 2 petang. 

So bermulalah hari kita di Pulau Perhentian pulak.. next entri la untuk kat Pulau sebab ni pun dah berjela ni.. ok!

 tq for reading.. 😍💖 babaiiii


Tuesday, 9 April 2019

Terengganu Kelantan 2019 (Part 2)

Haiii welcome back!!! Hehe.. anak tengah tidur, sorang lagi si kakak tengah main kucing-kucing. Semua kucing sedang di sarung nya pampers.. ok la tu dia lupa dari ayat “mama nak pinjam telefon, kakak nak tengok kartun” ☺️

Ok jom let’s go sambung cerita anniversary vacation 2019! Ye la kita bukan macam orang lain senang-senang bila-bila masa nak travel jauh-jauh terus onzzz. Apa-apa pun aku syukur semua serba cukup paling penting suami belikan je apa kita nak. Aku pun nak minta paper tengok poket laki..bukan order je ðŸĪ— hehe. 

So petang Ahad tu kami bertolak dari KL lepas asar, setelah meredah beberapa jam tanpa henti, dan tanpa henti jugak bersilat dengan si Rayyan ni sebab dia tak mau tidur!! Ada tidur sekali dua tapi alahai sekejapan gila.. so sampai Kuala Besut, Terengganu dalam pukul 9.30 malam. Yeay jumpa mak mertua n family kat homestay.. depa pun balik berjalan dari Rantau Panjang shopping. 

Sampai je homestay, dah belengas weiii apa lagi first siapkan  anak-anak mandi, makan.. kiteorang pun bungkus burger je dah malas and penat. Dah mandi semua baru lega.. sooo aktiviti nya esok! 


The best my Nasi Minyak Daging Kerutuk

Pagi tu bersiap cepat, aku la antara orang paling awal siap sebab terbangun awal. Hehe. Kami sarapan dekat area Kuala Besut tu jugak..warung ni memang ramai orang. Yang bawak ke kedai ni bakal ayah mertua anak sedara. So dia tahu la mana tempat makan recommended. Tapi tak de pulak signboard kedai. Tapi menu tu aku yang minta dia suggest. Fuhh licin pepagi makan nasi.


Stall tapi menampilkan rasa mewah haaa githewww

Semua busy makan ni..




Aneka kuih muih


Haipp mata tu kenapa... tatap mata saya rika!

Selepas bersarapan.. destinasi kita yang pertama ialah 

1) Pasar Besar Siti Khadijah

Oleh kerana ni family trip, kami ikut je sebab kebetulan sambung bercuti hehe. 


Dalam kereta main la selfie-selfie.. 


Husband n walkie talkie memudahkan rupanya klu travel konvoi ni kan.. hehe.. senang apa-apa terus bagitau je.


Rayyan, Habib, dan Zahra


Dah sampai Pasar Besar Siti Khadijah.. tapi biasa lah travel dengan anak-anak kecik ni.. nak air dulu la apa la.. so layann hehe. 


Milo kaw kaw


Aku ni kan tak tau masa tu tak de mood nak membeli sangat.. nasib baik la ada terbeli sepasang kain ela buat kenang-kenangan hihi.. mak aku pun belikan blouse je. Sebab anak2 dah merengek tak selesa. Aku pun cam tak de mood nak membeli. 


Panas lit lit wehh


Jadi penunggu depan kedai ngan adik oshin n mak jai.. yang lain pi meronda borong kain...


Tempat membeli keropok, serunding daging ayam dan lain lain.. mama tak ingat apa lagi dia jual.. masa ni anak-anak dah start merengek minta dukung memasing sebab penat dan  panas dalam tu. 


Ais Krim Baba

So decide dengan husband, beli-beli benda sikit and duduk luar ni.. rasa berangin sikit.. duduk la kami 4 beranak makan aiskrim.. air manggo, makan kopok.. yang lain tengah shopping.


Rayyan dengan Zahra dah tak nak apa dah jumpa lopak-lopak pasir.. apa lagi.. projek onz la duk korek-korek gasak la nak janji diam hahaha. 

Keluar dalam 3 petang. Pergi lunch.. tapi gambar tak de sebab Rayyan sleep di pangkuan ibu nya.. hehe so hp simpan. 

Lepas lunch jalan-jalan di 

2) Pantai Irama, Bachok Kelantan. 






Masa ni ombak kuat.. so amaran flag red..tak boleh mandi nak turun pun takut. So korang kais kais la pasir kat sini ye. Tapi sebab dapat main sekejap je, rayyan je la yang pasrah yang lain marah tak mau balik 😆... 


Ehh alahaiii manjanyaa sekali sekala posing hehehe.. 

Adik beradik husband aku ada 12 orang. Husband aku no 10.


Kak long 


Kak ngah


Kak eti No 9

Anak-anak tengah gasak main pasir dengan sepupu-sepupu dia.. 

Dalam maghrib macam tu sampai homestay.. dan memasing dah penat sebab mood anak-anak aku masa tu tak berapa ok. So jadi la mama abah yang sabar hari tu hehehe. Malam tu cuma rehat-rehat je tak kemana pun. 

Rayyan tidur awal Alhamdulillah tapi nak susu je.. kakak minta balik Muar malam tu.. asyik ajak balik je. Pastu husband bawak dia pusing-pusing kejap naik kereta and dia ok buat susu tidur. Alhamdulillah.. 

Lepas tuuu tetiba pukul 2 pagi laki aku kejut suh cari hotel Pulau Perhentian.. jeng jeng jenggg ðŸĪ”ðŸ’ĄðŸ’ĄðŸ’Ą

Ok jumpa next entri... hehe ðŸĪ—😍