Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Tipical malay termasuk yang menulis

Membantu / lebih kepada melepak dekat kedai akak aku ada beberapa benda yang aku perasan la, sikap orang melayu (mostly) bila pergi kedai makan.

Macam-macam aku jumpa.

Benda ni pun aku buat bila aku pergi kedai makan. Since aku tak ada benda yang aku nak bebelkan, moh ler dengar bebelan ahkak kau ni.

Aku rasa aku tak pernah pun kerja kedai makan, ye la dulu waktu sekolah partime pun jadi pembantu jualan and cashier kedai baju, satu tu je yang aku buat sebab tiap kali cuti sekolah bekas bos suruh aku tolong kedai die.

Kerja bank pulak tak payah citer dulu la. Itu lain situasinya. Tu je la pengalaman aku kerja.

So di waktu aku tak ada kerja ni, aku tolong akak aku dekat kedai. Kita (aku) selalu datang kedai, disebabkan kita tak ada kedai makan sendiri ni la yang kita buat. Then bila aku yang ada dekat kedai, ooo macam ni rasanya. Bak kata membe aku, "rasaen loe";

1) Amek order tak pandang muka
Kalau ader customer datang, i ni cecantik la senyum bak sang suria nak tanya nak minum apa nak makan apa, pastu kau order tak pandang muka i? kalau muka u pun bercakap sambil senyum tak pe jugak. ni hader.. Aku rasa setakat ni aku pergi kedai makan tak pernah pulak aku tak pandang abang/ kakak yang amek order. Aku ni kan baik hati (??).Tapi mengapa ini berlaku pada diriku. Mengapa mengapa? tapi ada mak kesah?

2) Order pastu dah hantar order lagi
Tak suka kalau, contoh; Dik, milo ais. Pastu bila dah hantar, Dik, air suam/ais kosong. Pada aku eh tak pe lah sebab customer always right kan. Tapi bila jadi kat aku macam, Woi, tadi kau order tak nak cakap sekali?  Tapi dalam hati je la. Lain lah kalau dia nak tambah ini tambah itu kan. Ni kalau setakat tambah air suam penat ahkak ko yang pemalas ni ulang alik je. Memang tak salah tapi kau pun mesti kena ada mutual understanding kan? Biasalah manusia ni macam-macam. Ada yang ok ada yang annoying, kang ok semua tak de modal i nak bebel kat blog, kan?

3)Say Thanks Terima Kasih
U know what, kalau belah malam aku tak banyak hantar order sebab dah ada pekerja akak aku buat. Kalau pagi budak tu tak de, aku la tolong hantar. Everytime aku hantar, bila ada orang cakap terima kasih ke thanks ke. Aku rasa macam, haaa yang ni bagus. Ada yang aku hantar senyap je. Aku rasa nak lepuk je muka. Tapi ni pun tiap kali aku g kedai makan aku cakap tau terima kasih kat orang tu, maybe kadang-kadang aku lupa cakap, tuh yang jadi jugak kat aku kot. haha. Tapi banyak kali diorang cakap terima kasih la. So kita ni atleast berbudi bahasa sikit.

Manalah tahu orang yang hantar tu kan kerja, penat, pulak hantar-hantar, say thanks pun tidak. Kalau die dengar ko cakap thanks kan, sejuk hati dia. Penat ke? Penat kot. Aku je yang duduk kedai siap boleh update blog. Siap customer dah depan aku, berdehem lagi aku tak perasan die datang. Haha.

4) Suruh i buangkan
Ni jadi kat aku sekali je la, ada customer datang kawan dia dah tunggu kat kedai la. Ok dah bawa air sendiri, pastu aku datang nak tanya mana tahu nak makan tenuk goreng ke kan. Dia tak order tapi minta cawan kosong, bila aku hantar dia dah tuang air, Dik, buangkan. Kau dah la muka tua berlagak pula tu, buruk lagi kalau senyum tak pe (eh, sakit hati makin menjadi-jadi pulak kau mengutuk. haha). Perkataan "tolong" pun tak da. Bese la i kan budak sale, ayat kena lembut. gittew. Aku dah dengan muka menyampah, Eh? letak je la kat situ! sambil aku tunjuk meja pakai mulut. Mampu?? tak pandang pun muka kau.

Pulak tu siap tanya aku dulu aku buat insurans apa bla bla bla. Nak ajak aku buat insurans under dia. Siap kondem insurans yang aku pernah buat. Woi etika UTC tu. Eh, eh, memang tak la i nak kan? Ingat aku tak tahu kalau aku masuk under ko, ko dapat komisen, jual insurans yang aku buat jugak. Tak pe, saya boleh terus pergi center.

5) Panggil bayar
Alaaa,,napa panggil bayar jejauh. Aku kan pemalas nak jalan. Actually aku kalau pergi kedai makan pun pemalas nak pergi kaunter bayar. Dik, kira. Bang hensem kira. Akak kira. Tapi ni biasalah cuma yang aku nak cakap ni, kita ni makin pemalas. Duduk, makan, beram without bangun dari kerusi. Kan? aku ler tu. Malas la nak ulang alik, amek duit pastu hantar balance. Kalau dari jauh aku nampak die kuar duit berapa, aku sesiap bawak duit balance. Ada juga la yang datang kaunter bayar tapi tak banyak. Mostly begitulah.

6) Bayar asing-asing
Ni yang aku malas ni. Aku ni bab kira-kira congak pastu banyak, pastu ada sen-sen, wahhh pening mak noks. Mengaku je lah dina ko lemau math. Aah, so what? Kalau bayar sekali gus, tak pe. Kau dah la panggil aku kira pastu nak bayar asing-asing, kalau memasing ada duit ngam-ngam tak pe. Ni duit nak berbalance-balance bagai. Pening aku tapi aku kan macam aku cakap tadi baik hati  , so kira juga walaupun menyusahkan aku.

Ooo tak fikir masa aku pergi kedai makan, lelagi zaman universiti student-student lagi kan. Boleh nak asing-asingkan tapi pergi la kaunter, angkat bontot ko yang berat tu pergi kaunter bayar. Bila cam ni, ya, aku dulu pun macam ni. Haaa, rasaen loe.

7) Tak ada gula pun manis apa citer
Ini pun nak selit jugak ke? Biasala kalau pempuan yang amek order. Memula tu tak la, dah lama-lama kenal customer, bila aku hantar air ke, dina yang hantar, ais kosong pun jadi manis. Eceh ko. See?

Kalau customer yang tak pernah nampak aku. Keje kat sini ke? Sedara ke? adik ke?

Lepas tu kalau order tak payah lama sangat tengok.

Rasanya tu je la, main topic nye. Adalah benda-benda lain tapi kekecik je. Ni je la yang aku perasan, sebab kalau aku pergi makan tempat lain pun macam ni jugak perangai aku tapi atleast aku tak adalah jadi seorang yang annoying gila kan. So mana yang kita rasa kita boleh buat, buat la. Kalau kita tak buat pun, apa ada hal. Kita memang semakin lama semakin berubah.

Kadang kita tak perasan sehinggalah kita berada ditempatnya melainkan hobi kita ialah memikirkan hal-hal remeh sekeliling kita.





Thursday, 30 May 2013

Power case lebih mudah

Lately ni rajin pulak aku mengupdate kan. Ada benda nak share, is barang baik la.
Benda ni first time jumpa dah lama, kawan aku dari sabah pakai. Power case ni macam power bank jugak, bila handphone ko bateri nak kong so kau boleh la cas. Kalau smart phone lagi-lagi yang pakai internet.Larung bateri.

Tapi ada tu handphone seminggu tak habis bateri (hye ojan)

abaikan wallpaper.tu sesi perasan gile

Bentuk dia macam ni.  Casing jek. Selain protect handphone dari calar balar, kau ada spare bateri sebab kalau sehari suntuk keluar bateri konpom habis, yela kalau tak wasap kang x ikut cite apa yang tengah diumpatkan dlm group. Tapi ada certain case, kawan i wsap, twitter, we chat guna laptop.(hye ojan).



Kalau nak cas dinasihatkan tutup internet sekejap masa cas sbb bateri lagi cepat penuh dan masa bateri handphone betul2 habis atau tinggal sipi-sipi jek nak habis. Sebab kalau asyik cas jek handphone boleh cepat rosak. Tutup internet kejap jek lepas cas bukak balik. Lagi kan, kalau dekat rumah, nak cas boleh cas jek kat power case, so nanti dia akan cas power case ngn handphone skali. 

Tapi kalau boleh jangan buay gitu sebab aku try buat sekali, bateri macam lambat penuh. Lagi takut rosak (long term) sebab tak direct cas pada handphone. Aku guna power case bila kat luar umah dan emergency jek.


Kawan-kawan aku kat sini tanya apa ni casing tebal. Rasanya kat Johor macam belum ada sebab aku tak pernah jumpa lagi. Ni aku kirim dari sabah. Maybe kat kl ada da kot.

At least senang sebab handphone is one of the most important thing la kan. Zaman dulu pergi mana-mana boleh je takda phone kan. Sekarang bateri handphone mati macam kena 
tinggal kapal terbang gabra dia. Tu dolu-dolu yang.

So saat-saat kawan ko handphone kehabisan bateri ko boleh la cas bateri dengan jayanya.Aku punya power case bolehla untuk sekali cas. Tapi jangan lupa sentiasa spare jugak cas wayar tu. Aku macam teringin jugak beli cas handphone kat kereta tapi sayang bateri kereta. Lainla kalau kereta awam (hye ojan), sape-sape je boleh masuk cas handphone khennn.

Last skali nak tanya, entri ni tips taaaakkkkkkk??

Tuesday, 4 September 2012

Tayar meletop dan tutorialnya

Seriously aku memang tak reti tukar tayar walaupun aku pernah belajar tukar tayar masa ambik lesen dulu. Sebab pada aku, "ala, tak payahlah tahu sangat, tak penting pun sebab jarang lah tayar nak meletop"
Tapi tapi tapi bila dah kena batang hidung sendiri, kau panik tak tahu nak buat apa and tunggu orang berhenti tepi jalan nak tolong tukar tayar? Noooo! itu kalau ada orang simpati tengok kau perempuan insan yang lemah.

Sebenarnya, semalam masa aku drive hantar adik aku pergi hospital johor tayar kereta aku meletop! Bunyi pom!!! Kuat kot. Dah nak sampai dah dengan hospital, aku terus ambik tepi dekat laluan kecemasan. Turun kereta tengok apa yang bunyi kelepek-kelepek, rupanya tengok tayar depan dah kempisssss. Baru kau gabra, lama aku pikir nak buat apa, call abang aku nak suruh datang memang tak ah jauh giler, call kawan aku. Nak tukar tayar sendiri tak tahu, berapa kali aku keluar masuk kereta konon nak keluarkan tayar spare tapi tak tahu nak buat.

Aku duduk dalam kereta lama gila kot sebab blurrr and try ingat macamana nak tukar tayarrrr. Still tak jalan kepala hotak aku. Tapi setelah menggunakan kaedah cuba-cuba, yela nak harap orang tolong memang tak ah. Belum cuba belum tahu kan. Lagipun dah lambat, appoinment hospital pukul 8.30pagi, tengok jam dah 9.15pagi macam tu. Soo bermulalah cabaran menukar tayar... dan bagi tutorial tukar tayar sekali

Mula-mula kau ambik benda alah kaler oren tu kau letak jauh-jauh sikit dari kereta, biar orang nampak kau dalam kesusahan. Lepastu kena ada jek, benda alah nak bukak tayar tu yang bentuk L, tapi yang dalam plastik tu aku tak tahu apa benda tu, rasa macam tak guna. Tak tahu apa function dia. hehe

First, ambik jek lepas tu letak bawah kereta. Sebenarnya aku langsung tak tahu nak letak belah mana jek tu, and mana bawah mana atas pun tak tahu. Mula-mula pasang terbalik,sebenarnya adik aku pun dia tak tahu, tapi dia kata, "kau pasang terbalik kot". Aku pun pusing lah jek tu,yang tapak besar bawah yang letak atas yang kecik. Aku letak jek tu men bantai je lepas tanya kawan aku. Kau raba-raba je janji besi kau sendal je ngan jek tu.

Second, lepas dah naik kan jek tu sampai terangkat tayar, kau amek skru yang bentuk L then bkak tayar tu. Jangan takut nak buat, takut sebab tak pernah ada pengalaman tayar pecah. So kat sini lah kau cuba build experience. Mula-mula aku nak buat tapi tak kuat, bukan tak kuat tapi lembab. Last-last adik aku yang buat semua. Aku pun ambik je gambar sambil bagi idea. haha. Okeh, masa nak bukak tayar tu, skru dia memang kuat, yang perempuan kalau tak kuat kena naik atas pembukak skru tu. Lepas tu hentak!

Third, keluarkan tayar bocor tu then ganti yang spare. Tayar spare sangatla kecik macam tayar kereta sorong! Ntah apa-apa tayar nya. Pakai je la dah terdesak.

Fourth, skru balik tayar spare tu. Kuat-kuat sikit. Masa nak ketatkan kau naik je atas pembukak skru tu.
Lepas tu turunkan jek. 

Dah siap!!! Senang kan sebenarnya.

Aku ingat dia tak tahu buat apa-apa beselah anak manja, nasib baik reti semua. So aku rilek sikit ah, adik aku yang buat. keh keh keh.

Memang kesian gile, dah lah panas terik. Woi berpeluh-peluh tengah panas tukar tayar. Betul-betul dekat depan rumah besar depan pantai tu. hiiii

Aku yang tak berapa nak reti tukar pun berpeluh bersingsing lengan dah.

So, lepas ni kalau terjadi lagi Insya Allah aku boleh buat sendiri. :)

Sunday, 26 August 2012

Parking full?

Aku kalau pergi tempat-tempat yang parking terhad gile especially hospital sebab aku biasa buat macam ni kat hospital, lepastu dah cek takpun kadang tak cek dulu ada parking, kau boleh guna cara aku iaitu block je kereta dekat tempat parking idaman kau.

Tapi jangan lupa tinggalkan contact number, kalau tak tinggalkan nanti empunya kereta yang kau block tu menyirap sebab kena pergi kaunter nak kena buat pengumuman. Yang dapat jenis sabar tak pe, kalau yang jenis nak marah je sebab dah la kau block kereta dia lepastu seruh dia jalan pergi buat announcement pulak. Memang pecah cermin tak pun bercalar keta ko.

So nak selamat, tinggalkan number phone kau. Bukan dia nak buat apa pun, jangan risau sangat. Paling dapat call, "Kak, tolong alihkan kereta." Sepantas kilat aku sampai ke tempat kejadian. Ecehhh

Macam ni lah rupanya. Orang lain pusing-pusing cari parking, ada yang kena tunggu dekat keta sebab diorang block kereta orang lain, aku relak je sampai parking depan kereta orang terus kunci keta, blahhhhh.

Tak lama tu, dapat call
Haaa, kan aku dapat parking dia. haha. Senang kan. So tak payaj pening-pening cari parking kalau parking dah full.

Thanks. salam

Tuesday, 3 July 2012

Aku bersemangat, manik pulak habiss!

Kalau beli barang takde jenama memang cam haram sikit kualiti. Mula lah aku nak bukak cerita, sebenarnya aku dah lama cari selipar jepun hitam yang versi wedges punya, tapi tak jumpa yang berkenan. Memang aku suka selipar bermanik. Masa jalan-jalan bazar karat kat jb, nampak la selipar ni sebijik macam aku nak. Terus grab. Harga RM40 kalau tak silap. Baru pakai bapa hari, maniknya asyik nak putus je.. Panass betul hati mak noks.

Aku beli selipar jepun manik kat Padini walaauupun tak berapa nak jenama tahan je sampai sekarang, satu manik pon tak tercabut. Dah 2 tahun lebih selipar tu. Tahan sampai sekarang.

Tapi yang ni? Tengoklah, bukan satu tempat. Dua-dua belah selipar macam ni, bila pakai sangatlah macam orang tak mampu nak beli selipar. Tapi aku pakai je sebab tak de masa nak betulkan.

Hari ni aku ada masa, maklumlah baru habis belajar ada aja masa. So, manik yang aku beli hari tu, baru aku guna dan hasilnya

jeng ! jeng ! jeng!!!!

Tukar manik dari yang panjang-panjang kepada yang bulat-bulat. cantik tak? cantik kan? puji i pleaseeee.
Uolls kalau ada selipar atau barang yang dah rosak tapi sebenarnya boleh pakai lagi, jangan membazir nak terus buang je. Fikir cara kreatif supaya benda tu boleh dipakai lagi hokeh.

Ini memang pemalas, aku cari dekat mesin jahit tak ada benang hitam, aku balun benang purple. Padahal kedai runcit dekat je kot. Yang aku paling sakit hati petang tadi pergi kedai manik yang aku beli tapi kaler hitam dah habisss!!! Eeee nak kena cari di kedai lain, malas nak cari, dah la kesayangan ni.

Gambar pakai handphone je kerna kamera digital aku rosak pulak baru-baru ni.

Sunday, 24 June 2012

Simples way to make people follow the rule

Simple

Is it still blurred?
 but effective.

are you idiots? of course, im not.
So?

Friday, 15 June 2012

Best wedding

Semenjak umur meningkat ni aktiviti-aktiviti pon sekarang dah berunsurkan aktiviti yang dulu kita rasa,, ooo itu orang tua yang kena buat, itu orang tua yang kena attend. Sekarang ko buat, maknanya ko dah tua okis.
Salah satunya adalah jemputan kahwin, macam tak percaya sekarang selalu dapat undangan jemputan kahwin, lagi-lagi kawan yang kahwin. Omai God, bila turn aku pulak. Ngeri siot aku.

Dulu masa zaman muda remaja jelita (sangaaattt), jemputan kenduri kahwin mesti rasa, "alahhh, kan mak kita yang kena jemput. Bialah dia pergi." Sekarang? tu maknanya sedarlah wahai dina, kau kau kau (sendiri pon tak sampai hati nak cakap) kau kau dah makin dewasa dan tua (buat buat tutup telinga).

Last Saturday, aku pergi kenduri kahwin mak angkat kawan aku. Aku rasa best ah wedding tu, simple tapi cute, sebab dia buat macam style-style sekarang. Really inspired me. Kahakhakah dina berangan lah gileee

Guest book
Lepas masuk dewan, setiap guest kena amek gambar dulu dekat satu background. Guna kamera lomo, so gamabr terus jadi kauuu, then nanti dia terus tampal dalam guest book and write wedding wishes for prince and princess of the day.


Walaupun nama pengantin ezwan, tapi dia bukan xbf aku.
Bunyi je sama. mata ke atas
Nasi minyak dia serius sedap. Blueberry polka dot cup cake dia sedaaaap. Rasa nak makan banyak-banyak tapi nanti terjejas pulak imej artis yang i selalu bawak kan? So pretend cukup je la heh!



Apsal baju kau sama dengan warna dinding hah?


 Simple tapi lawa kan?


Candy Corner
Yang paling best sekarang kan ada candy buffet, amek je nak makan yang mana. Nanti aku kahwin candy buffet harus ada eh. Tapi bila eh turn aku. Brangan lebeyyyy budak ni. Nyampas mak


 Selain tu, gambar-gambar pengantin banyak dekat meja-meja, dinding. Sweet je kan rasa. Auwww


Last sekali lepas salam keruk mak pengantin dapat goody bag, banyak pulak barang yang dia bagi. Sekarang dah pandai belajar salam keruk bagai. Serius rasa macam dah jadi ahkak-ahkak uolls. Iolls rasa iolls macam budak-budak tau.


Hamek kau, dalam kereta jugak aku kompel bag dia.

Tapi lepas aku datang wedding ni, aku tiba-tiba berangan kalau aku kahwin nak ada ini nak ada itu, erghhh macam-macam. Aku dah lah jenis yang cerewet, rasanya wedding planner pon gelis ngan aku. Ahhh!! sebelum aku meleweh berangan nak kahwin lah apa lah, pergi study! sekarang minggu final exam, thesis tak siap lagi!

(baik)

Wednesday, 4 January 2012

Tips langsing dalam sekelip mata

Salam, 
Hye !! hari ni baru habis exam 1 subjek, Islamic. ni kalau dapat markah rendah memang kena salahkan diri sendiri sebab buat malu je belajar pasal agama sendiri tapi markah haprak. Tapi serius soalan tadi seenang sangat sampai nak keluar dewan awal* tangan didada mata keatas.

Aku rasa memang berhikmah gila aku dapat UTM tercintaaa ni sebab aku ni pelupaaa memanjang. kejap lupa bawak ni, lupa bawak tu, macam-macam. 

Aku ada tutorial menjahit baju, tapi lupa bawak kamera punya usb dan padan muka aku sebab tak leh transper gambar. nak online kat rumah memang tak la sebab tenet da kena potong ! nasib internet kat hostel aku berkelajuan yang sangat sangat sangat memuaskan.

TAPI hari ni aku nak promote satu produk yang boleh buat ko nampak kurus tanpa keluarkan wang. caranya:

Nampak tak pipi i yang dah makin alolo tembam tu? Ni la, akibat dari makan makanan yang tak sihat. Kebanyakan fastfood, makan tengah malam, maggi, jajan merepek, habiskan makanan kawan yang jenis tak sayang makanan ahh dan banyak lagi. Gejala ini berlaku semenjak mula masuk U, nak salahkan u ke nak salahkan aku yang tak reti nak jaga makan? tahu tak dalam masa 2tahun setengah ni berat aku naikk 3 ke 4 kg?

Nampak macam memang la sikit, tapi semenjak tu baru aku tahu perasaan orang berbadan besar macam mana bila nak turunkan badan. Sebab aku sendiri nak turunkan yang sikit ni pun susah bukan main. Macam-macam benda aku nak try aka berniat, tapi tak jadi juga. Semangat aku beli biskut je, tak nak makan nasi langsung, tapi tu bukan cara yang betul sebenarnya, aku bukan nak masuk competition bigger loser, turun 10 kg seminggu lepas tu naik 25 kg minggu depannya lepas merangkul pinggang aaron aziz anugerah kemenangan sebab dah dapat adiah.

Jadi benda yang aku pikirkan senang nak nampak kurus ialah

bergambarla dengan cara macam ni walaupun huduh. tapi berkesan kan? tak perlu keluarkan kos, masa, tanpa berlapar, tanpa perlu kerap ke tandas mahupun kena makan lax5. hahaha

Actually aku boring tak tahu nak buat apa, sebab tu ada idea buduh huduh gini.ok la nye bye