Showing posts with label Tunang. Show all posts
Showing posts with label Tunang. Show all posts

Tuesday, 14 April 2015

Another step in ilfe

Assalamualaikum,

Pagi subuh yang hening ni, sebelum aku dinikahkan, aku cari masa untuk memblogkan yea sebagai satu langkah baru dalam hidup aku, Bulan lepas baru bincang, tup tup hari ni 14 April 2015, esok 15 April 2015 aku nikah. Masa sangat cepat berlalu. Rasa macam baru tunang, pejam celik pejam celik, esok aku nikah. Baru rasa semalam mengadu mak dengan bapak itu ini, pejam celik pejam celik esok lepas nikah dah kene pindah perlindungan dari mak dengan bapak ke perlindungan suami. Rasa juga baru semalam melawan cakap mak dengan bapak masuk neraka, esok dengan lafaz nikah seorang lelaki, bila aku pulak lawan cakap die, syurga neraka aku pun bertukar hak kepada suami. Ya Allah sedih pulak tulis entri ni.

Dari aku lahir, apa je aku minta mak dengan bapak will trying get for me. I know how they hardworking for me, struggle untuk hidup dekat Malaysia ni, how they sacrifice their time and money for me. Sebab abang 8 tahun jauh beza umur dengan aku, adik jau beza 9 years dengan aku. So masa aku budak-budak, aku sorang kesayangan mak dengan bapak. Kerja sekolah darjah 3 tak siap, bapak aku buatkan eh sebab takut kene marah dengan cikgu. Tup tup esok aku nak kene pindah milik ke pangkuan lelaki lain.

That's life

Esok giliran aku pulak nak bina penghidupan macam mana mak dengan bapak masa mula-mula kahwin. Satu langkah aku nak bina keluarga dengan lelaki pilihan, insyaAllah bertanggungjawab dari semua segi. Juga cara untuk menghalalkan hubungan kami. Amiin Allahumma Amiin.


Honestly aku bukan datang dari family berada, aku biasa. Mak bapak aku biasa tapi mugkin sebab berkat mak bapak aku, aku dari dulu rasa senang, rasa cukup. Even pergi umrah, mak bapak aku still thinking of me. Bawa aku sekali. Doa aku nak buat umrah dulu makbul. Allah sangat-sangat mendengar doa makhluk Dia. Pernah aku ada satu perasaan sangat-sangat rindukan Allah dengan Nabi Muhammad, aku rindu Kaabah, teringin nak jumpa Nabi. Sampai aku terbayang betapa indah kalau aku dapat sampai kat rumah Allah.

Sampai sekarang, aku semacam legam hati ni. Allah masih ingat doa aku, Allah makbulkan walaupun tajaan tu datang dari mana, rezeki mak bapak, sampailah aku juga kesana. Dalam bab umrah, aku tak pernah minta mak bapak aku bawak aku pergi sana. Kos bukan murah bagi kami. Tapi sejujurnya memang sangat indah. Speecless.


Macam baru semalam mak bapak manjakan aku, sampai hari ni pun pandangan mak bapak pada anak dia macam budak kecik lagi. Semua mak ayah la.


Mak, orang yang paling suka ajak gaduh orang yang paling utamakan aku kalau nak buat apa-apa. Paling suka bebel, mak paling sporting walaupun die tahu anak die buat salah. hehe Sayang je mak kat aku.





Abang, macam baru hari tu saya pergi Jabal Rahmah, saya daki bukit Rahmah. Adik teman saya.



Sayang sangat mak dengan bapak
Mak dengan bapak selalu doakan saya okey, supaya hidup saya sejahtera, dilimpahi rezeki selalu, tak lupa mak bapak, tak lupa Allah, suami sentiasa bimbing, suami sentiasa sayang, sentiasa beri perhatian. Pokoknya, doa mak bapak untuk anak adalah set eksklusif dalam penghidupan dia.

Selamat pengantin baru, untuk Zulhelmy Musa dan saya.


Tuesday, 12 August 2014

Induction programme

Im on my way to induction programme by cimb. Hmm malas sungguh rasa. Dina kot, apa yg tak malas? Ada kot. Dating, shoping, dan berjimba aku memang rajin. But plan nak kawin ni aku memang nekad tak nak tiap bulan labur duit macam dulu. Haha. Sebab nak kawin insyaallah baru shopping bebetul.

Hari ni pagi I got training by company, terus pergi larkin beli tiket pergi kl. Thank u sangat ada tunang selalu ada untuk aku. Khen. Kebetulan keje malam. Tapi terpaksa la die tunggu aku training jap, sebab kalau tak kereta aku tak de sapa nak bawak balik.

Yang bapak aku siap suruh dia anta pergi kl terus. Kesian die. Hari tu pun aku flat kot drive. Huhu.

While waiting for the bus. Mampu ha pakai baju harimau selatan pergi kl selangor. Kalau tak balik atau kene tahan baju la puncanya. Haha

Yang sebelah tu nak baju ngan jam matching-matchy dengan kita apehal lu?

K k k tak.

Yang aku tak tahan semalam minta maaf siap lukis kartun tapi nak ada parut kat dahi. Ni baru betul-betul nak tanya,
Lu apahal?

Nak gaduh?
Meh ha hantar kita pergi kelas taekwando dulu.

Sunday, 20 July 2014

Part 2: Engagement ijul&dna 27/6/2014

Assalamualaikum

Rasanya dah lama delay nak update pasal cerita hari berdarah manis. Manis sangat ke. Haha. Bosan golek-golek atas katil macam orang tak de tujuan hidup rasa loser juga terperap dalam bilik sebab kalau hidup dah biasa berjalan memang rasa macam ni.

Actually gambar-gambar masa tunang hari tu banyak dalam kamera tapi still tak dapat lagi kat gadis sedang bedarah manis dan berwajah manis (katanyaaaa). And the quality is better la. Tapi aku decide untuk update je la gambar dalam phone, ni pun ihsan dari kawan whatsapp dan bluetooth dari tab kakak.

So jomz uolls.

Friday 27/6/2014 adalah tarikh tunang weolls. And kiteorang decide buat majlis malam. So tak adalah rushing sangat sebab malam lepas isyak majlis tunangnya.

Lepas maghrib mak andam dan sedara sedari dah datang. Dan yang paling penting hantaran tak siap lagi, maka yang menjadi mangsa adalah kawan-kawan untuk tolong touch up kan hantaranz.

Dah siap makeup apa semua, apa lagi kawan-kawan berselfie itu haruuss sementara menunggu rombongan pihak lelaki sampai. 

Kalau nak cerita perasaan tu memang nervous la juga sebab nak tunang. Memang la orang cakap, eleh tunang je. Tapi aku bukan nervous apa, rasa segan tu ada. That's normal. Orang ramai la juga kan. Tu pun jemput jiran dengan sedara yang dekat je, kawan pun ni je 4 orang.

Sampai gambar guna henpon sendiri tak ada pun. Huk huk. Kawan-kawan aku dalam bilik sedap la posing sana posing sini. Aku tengah duk fikir, eh nak salam dulu ke baru hulur tangan, hulur tangan dulu ke baru salam. Duduk terus hulur tangan kang, gelojoh. Eh yang mana dulu. 

Pulak tu sebelum tu aku tak sempat google tatacara sarung cincin tunang untuk jadi menantu kesayangan.

Ini bakal mak mertua. Yang buat aku touching tu before sarung cincin mak baca doa dulu and sambil sarung mak selawat banyak kali.
I love u mak.

Alhamdulillah, bergelar tunangan orang.

Ok ni je gambar full hantaran dari aku untuk pihak lelaki. Bertabah je la tengok walaupun tak berapa clear. 

Last minute sembilan berbalas sembilan jadinya. Pihak lagi bawa lebih hantaran. Hantaran pihak lelaki tak ada dalam phone la. 

With maks and kaks.

Gambar dengan family ijul semua dalam kamera. Ni yang ada je.

With my family. Just adik not in the picture. 

With kak ngah. The kakak ipar to be yang kira paling rapat. :)

Kak ecah and her daughter. Banyak-banyak kakak ijul ni je yang tak pernah jumpa. Yang lain selalu juga. Thanks sanggup datang sebab dia duduk jauh juga kan. ;)

Haa. This is my friends. Kawan terdekat je sebab tunang tak nak heboh sangat. Tak la iols sedih sangat sebab ada kawan datang. Hihi

Hi, we are angaged!

Scroll cepat. Segan tak tahu nak cakap apa.

Alhamdulillah semua selamat. Doa yang terbaik.

Love is not just feeling, it's a commitment.

Saturday, 12 July 2014

Part 1: A bit preparation for tunang - ijul&dna

Assalamualaikum

Haa sekarang baru terhegeh nak update pasal tunang? Tunang dah 2 minggu tau; Jumaat 27 June 2014, hehe. Sebabnya lepas tunang terus masuk kerja, and then memang tak sempat. Hari ni hari Sabtu pastu cuti dan yang tak syoknya esok dah naik Bangi ada course 10 hari! CIMB CIMB. Kenapa buat course ditengah-tengah bulan Romadhon ni. Balik sini 2 hari terus raya. Sempat ke tak shopping raya ni. Tsk tsk.

Terus tunang book tempat berbuka kat hotel dia, Le Grandeur. Planning nak buka dekat M Suite, tapi lepas balik course la. InsyaAllah, kalau sempat tak busy sebab nak raya. Rasa la aku puasa diperantauan katanyaa.

Wokay wokay, jom cerita pasal tunang. Planning nak bertunang diajukan oleh ijul +-sebulan lepas kiteorang rapat tak rapat la juga. haha. Ngam 2 bulan kiteorang tunang. Cepat sangat masa berlalu. Tak perlu la nak bercinta lelama, during bertunang pun kita bercinta kan.

Nak kata preparation, even masa tu aku belum kerja tapi mak cakap tak nak leceh-leceh rumah sepah nak gubah hantaran, atau atau atau mak tahu aku ni tak kreative pun, selain menggubah bukan sahaja bunga malah menggubah keadaan menjadi lebih buruk, mak suruh order semua dekat bridal je. Jadi preparation kat rumah cuma goodies bag dan lebih pada makanan je. Atas persetujuan bersama kita tunang secara ringkas, cuma ada family-family je dan beberapa kawan perempuan tulen. Tulen sangat ke?

Kawan-kawan lain kebanyakan tak tahu kiteorang bercinta dan bertunang pun. Dan tak ada satu pun gambar yang kita upload dekat social network. Since saya cuma ada blog, teringin juga kan macam orang lain. Tak pe, InsyaAllah majlis nanti akan ku jemput sekaliannya.

Gambar ni semua dari handphone apa yang ada je. Yang dari kamera mak belum dapat lagi la nak.

Aku ni memang tak kreative, jadi ikat reben dekat penutup telab dah kira pencapaian paling kreatif aku la tu. Goodies pun semua jajan dengan air kotak je. Tak ada pun bunga ke tuala kecil ke. Biasa je semua nya.

Dah siap packing!

This is my hantarans for Ijul created by bridal. Tema turquoise and pink. Tapi ni belum siap, bridal belum siapkan sirih junjung bunga hidup kan, kang cecepat layu pulok, kek, dengan buah belum letak.

Plan memang 7 berbalas 9. Tup tup 9 berbalas 9. haha. Tak apa lah sana bawa lebih. 
Kawin nanti harap-harap 23 berbalas 58. Hoverrr.

Okay, actually aku dah tempah baju untuk tunang sebab tak nak membazir nanti boleh buat baju raya je. Lepas tu ijul dan orang sekeliling cakap warnanya tak sesuai, maka pakai juga baju bridal. Thank you sayang sebab jadi consultant kita. Loves.

Ini lah dia tunang kita. 
Dalam tempoh nak bertunang tu sambil beli barang-barang sambil buat preparation, ye la maklumlah bercinta  baru sebulan je inilah masanya sambil berdating ye. 

Baru Lokalah lah ni?

Oleh kerana ijul dah reject baju gold yang aku jahit untuk tunang tu, aku beli baju melayu gold untuk raya. Sedondon tak, sehati sejiwa tak? Sebab prada lace aku pun untuk raya. 

Baju untuk nikah sengaja tak bagi sebab aku kan cerewet sikit takut nanti masa nak kawin ada trend lain ke, kan. Baju nikah masa nak jahit baru cari. Kalau ada rezeki nak lari Bandung lagiiii. Ooo ni la motif kotor ko ye. Berjalan menabur wang. ihiks

Buah-buahan untuk hantaran, bakul dari bridal lupa bawak skali. Malam mak andam datang mekap baru bawak sekali tapi tak apa, sempat je, tinggal letak je pun.  

Waaahhhh. Nampaknya ada pengantin terdampar sudah. Anak buah aku ni, dialah organizer pertunangan auntie dia. Letih kemahen 3 hari 3 malam tak tidur.

Our pelamin mini!

Ok dah tu je. Okay. Pray for us. InsyaAllah.



Sunday, 29 June 2014

1st Ramadhan

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Nampak sangat tak ada benda nak buat. Kene puasa segalanya. Amiin.

Ramadhan ni da bergelar tunang Ijul. Eh demam menunang tak habis lagi rupanya. Tabah je la baca cerita nye.

Comei jugok pakai cincin double gitu.

Tak ada tempat nak menghupdate maka blog la tempat membebel terbaik untuk cerita kenangan since sini lebih privacy. :)

Sudah berlangsung

Alhamdulillah selamat menjadi tunangan orang. Tapi serius segan. Bukan segan apa, nak ngaku2 status tu kat depan orang memang tak la. Tapi tak pasti org lain siap setiap kali tulis ke apa ke en.tunang jd nickname. Haha. Masing-masing kan.

Yang penting Alhamdulillah dah selesai even ada lah beberapa perkara yang tak ikut kita punya plan. Tak apa lah dah jadi.

Keep secret and just keep silent as long as silent mode haha. Pasangan mana yg nak keep relationship di abad ni? Bilang. Social media berlambak-lambak. Siapa tak teringin berkongsi gembira pada orang? Tapi tu kita tahan dulu utk kebaikan bersama dan sejagat. Mampu, sejagat terkeluar haa.

That is the one thing that i learn from him. Itu lebih baik. Cool sudah. Se cool cool aku cool lg dia. Satu kawan pun tak tahu. Fikir-fikir sedih juga. Tapi bab tunang actually memang tak perlu org tahu pun.

Cerita pasal hari tunang next entri la sebab tunggu transfer gambar bagai.

Friday, 27 June 2014

Hari ini

Saya bertunang ♡.

Eh eh eksaited jugok. tp segan nyeee la haii. Macam tak percaya ada jugak. :) birah betul. haha

Sy buat sesimple. Kekecik. Family-family je. And beberapa kawan perempuan sahaja.

Loves,