Showing posts with label Hasil tangan. Show all posts
Showing posts with label Hasil tangan. Show all posts

Thursday, 14 April 2016

Simpton nak jadi mak yang melaram

Rajin pulak update blog sekarang sementara data ada ni kan. Nak cerita mungkin perkara baru yang aku baru minat iaitu eye shadow. Hehe before ni mekap tapi tak pakai eye shadow.

Semenjak mengandungkan Zahra, aku macam semangat gile nak melawa padahal muka aku kene alahan mengandung tu berjerawat banyak jenis panas gatal pulak tu. Siap paksa laki bawak pergi klinik pakar kulit. Nanti ada masa aku tunjuk muka aku masa ngandung kat hp lama.

Berbalik pada semangat dan rajin nak melawa dan bergaya, padahal tak kemana pun banding orang lain. Ni semangat je. Aku rajin pergi buat facial, nak keluar mesti biasa nya mekap. Start dari mengandung aku cuba-cuba pakai eye shadow. Hehe walaupun kelaut tapi peduli laa. Membe2 ofis cakap aku berseri ms pregnant, bukan ke aku berseri tiap masa. Kihkih

Tengah tunggu hari pulak gasak beli serum panjangkan bulu mata kekal, beli eye shadow. Eyeshadow beli online sampai rumah 2/3 esoknya bersalin terse. Tak sempat nak melaram.

Dalam pantang lagi kemarin dapat pergi umah mentua first time aku merasmikan eyeshadow baru aku yeay. Tengok la rupa gape mata aku.

Cubaan pertama. Bantaiii.

Nak pergi kelas mekap waktu-waktu sekarang ni memang tak la. Tengok-tengok tutorial tapi yang buat sendu tak sama langsung.

Semenjak jadi ibu ni rasa nak melawa je. Melawa tau bukan menyoping, tu mak da tobat sikit. Da pandai tahan nafsu membeli sekarang. Macam tak percaya kan. Tapi tu la kenyataan nya. Hehe.

Aku ni sebenarnya tengah tunggu suami aku sampai rumah dari Muar. Esok our family day InsyaAllah.

Ok bye.

Sunday, 6 April 2014

Langsuir


Belek-belek gambar tetengah hari ni, tersungkur pula kat gambar langsir ni. atau langsuir? lebih kurang je bunyinya kan.

Raya nak dekat dah; tahun ni repeat pakai ini la sebab malas nak jahit.


Makcik, saya dah cakap amek saya jadi menantu tak nak. sedih tau kite kalau tak nak. Ok, label hasil tangan ni secara tak langsung adalah program mempromote diri sendiri jadi menantu pilihan ok? Rasa nak muntah tak? boleh kan??

Kata marketing. This is one of that isn't it? Bakat kite. suke kite ler.


Tuesday, 28 May 2013

With my exclusive couture

Assalamualaikum

Hye uolls, aku baru balik dari outstation, letih gak tapi belum boleh tidur. Nasib baik budak kerja nak memetir je kat we chat (hihi) baik hati amik aku kat Sri putri.

Tengah tengok gambar-gambar lama tetiba tertengok gambar i bersama rekaan ekslusip i uolls..haha. Jangan ketawa, eksklusip tau. Kalah hattadolmat couture:)



Baju tu buat sendiri tau, not bad kan? PERASAN taaakkkk???

Bukan, sebenarnya aku ada terpikir nak official belajar menjahit sebab yela sekarang tempah baju dah mahal. Kalau boleh jahit baju sendiri kan berbaloi kan, dah la pempuan paham-paham jek la. Baju kalau boleh setahun nak rolling baju nak dua tiga kali jek khennn.

Aku tak pernah pergi belajar menjahit, ukuran baju-baju yang pernah aku buat semua aku ikut baju yang ada. Kalau nak suruh ukur badan aku tak reti.

Ok la sebenarnya

Tahu taaakkkk apa motif nak cakap iolls reti buat baju sendiri, rasa-rasa dah boleh kahwin dan makcik-makcik ambillah saya jadi menantu. hihi

ok bye. nak tidur esok kerja, nasib baik time off two hours.

Tuesday, 3 July 2012

Aku bersemangat, manik pulak habiss!

Kalau beli barang takde jenama memang cam haram sikit kualiti. Mula lah aku nak bukak cerita, sebenarnya aku dah lama cari selipar jepun hitam yang versi wedges punya, tapi tak jumpa yang berkenan. Memang aku suka selipar bermanik. Masa jalan-jalan bazar karat kat jb, nampak la selipar ni sebijik macam aku nak. Terus grab. Harga RM40 kalau tak silap. Baru pakai bapa hari, maniknya asyik nak putus je.. Panass betul hati mak noks.

Aku beli selipar jepun manik kat Padini walaauupun tak berapa nak jenama tahan je sampai sekarang, satu manik pon tak tercabut. Dah 2 tahun lebih selipar tu. Tahan sampai sekarang.

Tapi yang ni? Tengoklah, bukan satu tempat. Dua-dua belah selipar macam ni, bila pakai sangatlah macam orang tak mampu nak beli selipar. Tapi aku pakai je sebab tak de masa nak betulkan.

Hari ni aku ada masa, maklumlah baru habis belajar ada aja masa. So, manik yang aku beli hari tu, baru aku guna dan hasilnya

jeng ! jeng ! jeng!!!!

Tukar manik dari yang panjang-panjang kepada yang bulat-bulat. cantik tak? cantik kan? puji i pleaseeee.
Uolls kalau ada selipar atau barang yang dah rosak tapi sebenarnya boleh pakai lagi, jangan membazir nak terus buang je. Fikir cara kreatif supaya benda tu boleh dipakai lagi hokeh.

Ini memang pemalas, aku cari dekat mesin jahit tak ada benang hitam, aku balun benang purple. Padahal kedai runcit dekat je kot. Yang aku paling sakit hati petang tadi pergi kedai manik yang aku beli tapi kaler hitam dah habisss!!! Eeee nak kena cari di kedai lain, malas nak cari, dah la kesayangan ni.

Gambar pakai handphone je kerna kamera digital aku rosak pulak baru-baru ni.