Showing posts with label Ilmiah sikit. Show all posts
Showing posts with label Ilmiah sikit. Show all posts

Sunday, 30 March 2014

Tipical malay termasuk yang menulis

Membantu / lebih kepada melepak dekat kedai akak aku ada beberapa benda yang aku perasan la, sikap orang melayu (mostly) bila pergi kedai makan.

Macam-macam aku jumpa.

Benda ni pun aku buat bila aku pergi kedai makan. Since aku tak ada benda yang aku nak bebelkan, moh ler dengar bebelan ahkak kau ni.

Aku rasa aku tak pernah pun kerja kedai makan, ye la dulu waktu sekolah partime pun jadi pembantu jualan and cashier kedai baju, satu tu je yang aku buat sebab tiap kali cuti sekolah bekas bos suruh aku tolong kedai die.

Kerja bank pulak tak payah citer dulu la. Itu lain situasinya. Tu je la pengalaman aku kerja.

So di waktu aku tak ada kerja ni, aku tolong akak aku dekat kedai. Kita (aku) selalu datang kedai, disebabkan kita tak ada kedai makan sendiri ni la yang kita buat. Then bila aku yang ada dekat kedai, ooo macam ni rasanya. Bak kata membe aku, "rasaen loe";

1) Amek order tak pandang muka
Kalau ader customer datang, i ni cecantik la senyum bak sang suria nak tanya nak minum apa nak makan apa, pastu kau order tak pandang muka i? kalau muka u pun bercakap sambil senyum tak pe jugak. ni hader.. Aku rasa setakat ni aku pergi kedai makan tak pernah pulak aku tak pandang abang/ kakak yang amek order. Aku ni kan baik hati (??).Tapi mengapa ini berlaku pada diriku. Mengapa mengapa? tapi ada mak kesah?

2) Order pastu dah hantar order lagi
Tak suka kalau, contoh; Dik, milo ais. Pastu bila dah hantar, Dik, air suam/ais kosong. Pada aku eh tak pe lah sebab customer always right kan. Tapi bila jadi kat aku macam, Woi, tadi kau order tak nak cakap sekali?  Tapi dalam hati je la. Lain lah kalau dia nak tambah ini tambah itu kan. Ni kalau setakat tambah air suam penat ahkak ko yang pemalas ni ulang alik je. Memang tak salah tapi kau pun mesti kena ada mutual understanding kan? Biasalah manusia ni macam-macam. Ada yang ok ada yang annoying, kang ok semua tak de modal i nak bebel kat blog, kan?

3)Say Thanks Terima Kasih
U know what, kalau belah malam aku tak banyak hantar order sebab dah ada pekerja akak aku buat. Kalau pagi budak tu tak de, aku la tolong hantar. Everytime aku hantar, bila ada orang cakap terima kasih ke thanks ke. Aku rasa macam, haaa yang ni bagus. Ada yang aku hantar senyap je. Aku rasa nak lepuk je muka. Tapi ni pun tiap kali aku g kedai makan aku cakap tau terima kasih kat orang tu, maybe kadang-kadang aku lupa cakap, tuh yang jadi jugak kat aku kot. haha. Tapi banyak kali diorang cakap terima kasih la. So kita ni atleast berbudi bahasa sikit.

Manalah tahu orang yang hantar tu kan kerja, penat, pulak hantar-hantar, say thanks pun tidak. Kalau die dengar ko cakap thanks kan, sejuk hati dia. Penat ke? Penat kot. Aku je yang duduk kedai siap boleh update blog. Siap customer dah depan aku, berdehem lagi aku tak perasan die datang. Haha.

4) Suruh i buangkan
Ni jadi kat aku sekali je la, ada customer datang kawan dia dah tunggu kat kedai la. Ok dah bawa air sendiri, pastu aku datang nak tanya mana tahu nak makan tenuk goreng ke kan. Dia tak order tapi minta cawan kosong, bila aku hantar dia dah tuang air, Dik, buangkan. Kau dah la muka tua berlagak pula tu, buruk lagi kalau senyum tak pe (eh, sakit hati makin menjadi-jadi pulak kau mengutuk. haha). Perkataan "tolong" pun tak da. Bese la i kan budak sale, ayat kena lembut. gittew. Aku dah dengan muka menyampah, Eh? letak je la kat situ! sambil aku tunjuk meja pakai mulut. Mampu?? tak pandang pun muka kau.

Pulak tu siap tanya aku dulu aku buat insurans apa bla bla bla. Nak ajak aku buat insurans under dia. Siap kondem insurans yang aku pernah buat. Woi etika UTC tu. Eh, eh, memang tak la i nak kan? Ingat aku tak tahu kalau aku masuk under ko, ko dapat komisen, jual insurans yang aku buat jugak. Tak pe, saya boleh terus pergi center.

5) Panggil bayar
Alaaa,,napa panggil bayar jejauh. Aku kan pemalas nak jalan. Actually aku kalau pergi kedai makan pun pemalas nak pergi kaunter bayar. Dik, kira. Bang hensem kira. Akak kira. Tapi ni biasalah cuma yang aku nak cakap ni, kita ni makin pemalas. Duduk, makan, beram without bangun dari kerusi. Kan? aku ler tu. Malas la nak ulang alik, amek duit pastu hantar balance. Kalau dari jauh aku nampak die kuar duit berapa, aku sesiap bawak duit balance. Ada juga la yang datang kaunter bayar tapi tak banyak. Mostly begitulah.

6) Bayar asing-asing
Ni yang aku malas ni. Aku ni bab kira-kira congak pastu banyak, pastu ada sen-sen, wahhh pening mak noks. Mengaku je lah dina ko lemau math. Aah, so what? Kalau bayar sekali gus, tak pe. Kau dah la panggil aku kira pastu nak bayar asing-asing, kalau memasing ada duit ngam-ngam tak pe. Ni duit nak berbalance-balance bagai. Pening aku tapi aku kan macam aku cakap tadi baik hati  , so kira juga walaupun menyusahkan aku.

Ooo tak fikir masa aku pergi kedai makan, lelagi zaman universiti student-student lagi kan. Boleh nak asing-asingkan tapi pergi la kaunter, angkat bontot ko yang berat tu pergi kaunter bayar. Bila cam ni, ya, aku dulu pun macam ni. Haaa, rasaen loe.

7) Tak ada gula pun manis apa citer
Ini pun nak selit jugak ke? Biasala kalau pempuan yang amek order. Memula tu tak la, dah lama-lama kenal customer, bila aku hantar air ke, dina yang hantar, ais kosong pun jadi manis. Eceh ko. See?

Kalau customer yang tak pernah nampak aku. Keje kat sini ke? Sedara ke? adik ke?

Lepas tu kalau order tak payah lama sangat tengok.

Rasanya tu je la, main topic nye. Adalah benda-benda lain tapi kekecik je. Ni je la yang aku perasan, sebab kalau aku pergi makan tempat lain pun macam ni jugak perangai aku tapi atleast aku tak adalah jadi seorang yang annoying gila kan. So mana yang kita rasa kita boleh buat, buat la. Kalau kita tak buat pun, apa ada hal. Kita memang semakin lama semakin berubah.

Kadang kita tak perasan sehinggalah kita berada ditempatnya melainkan hobi kita ialah memikirkan hal-hal remeh sekeliling kita.





Wednesday, 5 September 2012

Nikmat kesihatan yang patut kita syukuri

Sementara aku menganggur ni, salah satu tugas aku dekat rumah adalah menguruskan hal rawatan untuk mak dengan adik aku. So setiap appointment rawatan ataupun ada follow up aku yang kena hantar jemput semua.

One day, masa hantar mak aku pergi fisioterapi dekat hospital sementara tunggu mak aku, ada sorang akak ni dukung anak dia 7 tahun. Bukan dia dukung selama 7 tahun tapi umur anak dia 7 tahun. Disebabkan dia pun sibuk bukak kasut untuk masuk lagi tengah dukung anak dia, so aku pun bukan buat apa aku bukakkan pintu untuk akak tu. Aku tengok anak dia, kurus, Akak tu duduk sebelah aku, lepastu berbual-bual lah. Anak dia kena sindrom lebih kurang macam tu la sebab masa lahirkan dia, dia lemas tapi tak lama. So sangat bahaya bila baby dah lemas. Dia tak boleh buat apa-apa, memang kena dukung je.

Setiap minggu dia kena datang untuk cek, bayangkan lah selama 7tahun dah. So aku tanya, "Akak keje?" Dia kata, "Tak, nak jaga dia. Suami pun tak bagi keje. Nak jagakan orang pun sekarang macam-macam kes jadi. Takut orang tak sabar." 
bersyukur

Dalam hati aku, akak ni tabah jaga anak dia. Anak dia tak pandai buat apa-apa, diam je tapi adik tu sekolah jugak. Memang Allah tak kan bagi dugaan diluar kemampuan kita. Aku tengok akak tu sayang sangat kat anak dia. Sedangkan aku yang sihat sempurna ni tak perasan nikmat kesihatan yang Allah dah bagi.




Masa baru-baru ni pun dah buat aku terasa sangat dihati, masa tayar aku pecah kan sebab nak hantar adik aku pergi hospital ada appointment dengan pakar telinga. So department adik aku kena kat tempat ORL (tekak, hidung, telinga). Waktu tunggu adik aku kena cek, aku tak boleh masuk. Dekat luar tu, ada adik perempuan baring kat katil sorong, tepi dia ada mak ayah dia. Adik tu dalam umur 10, 11 tahun gitula.

Adik tu lumpuh, kaki dia kecik sangat, tangan dia satu kudung yang satu lagi pegang apel. Leher adik tu kena tebuk then ada lah salur dia. Aku sambil tunggu tu tengok adik tu, dia nangis macam tahan sakit. Macamana dia nak makan dengan leher/tekak dia macam tu.Ya Allah! kesian sangat. Dia nangis pun suara tak jelas sebab leher dia dah kena tebuk kan. Tapi memang nampak dia nangis meraung sakit, suara pun dengar sikit. Kalau leher dia tak kena tebuk mau satu hospital dengar. Mak ayah dia pujuk-pujuk.

Aku rasa, Ya Allah, aku ni tak reti bersyukur dengan nikmat kesihatan dengan fizikal aku yang sempurna. Kadang aku selalu fikir dengan benda yang aku tak dapat atau tak ada macam kelebihan pada orang lain. Kadang-kadang aku cakap dalam hati, "Kenapa Allah bagi orang tu...... tapi aku tak." 

Sebenarnya banyak lagi nikmat Allah yang patut kita syukuri. Kenapa nak mendongak ke atas je, kenapa tak tengok orang yang lebih susah, lebih sakit dari kita. Kalau kita sihat, macam-macam yang kita boleh buat berbanding orang yang lumpuh. Bayangkan kita kat tempat diorang mesti kita tak mampu, dan barulah kita rasa bersyukur.

"Dua nikmat agung yang diabaikan kebanyakan orang ialah kesihatan dan masa lapang."
(Hadis riwayat Imam Bukhari, Tirmidzi dan Ibn Majah)

dan jangan lupa baca ini. Sama-samalah kita bersyukur dengan semua nikmat Allah, bukannya menghitung dugaan yang Dia bagi.

yang ini pulak, nikmat makan sampai lebam
Bersyukur sebab masih dapat makan dengan cara yang seharusnya.
p/s peringatan untuk diri sendiri jugak :)