Friday, 10 February 2017

Travel with baby

 

Ini adalah cubaan post pertama setelah membeli apps RM19.90. Sebenarnya rasa mahal, mak nak free je.hmm layan je la.Nak tak nak beli juga la untuk aku membebel di ruangan diari untuk aku membebel. 😏



Bila travel dengan baby, kadang dalam gambar, alahai rasa macam semua smooth je. Terima kasih Ya Allah kami diberi peluang untuk merasainya.

.

Ramai cakap, Zahra ni diam je pakaikan apa-apa aksesori. Haha. Sebenarnya bukan setiap masa dia nak. Kalau dia rasa rimas ke ngantuk biasa dia da cabut sendiri dah. Bile dah cabut, tugas mak la sangkut semua kat diri sendiri.

.

Setakat ni Alhamdulillah pergi mana-mana Zahra senang. Tak pernah meragam rasanya. Tak nak duduk diam dalam kereta tu biasa. Kejap nak mak kejap apaknya tu biasa.

.

Travel dengan baby yang penting time tidur, nyusu dan makan kena; mesti dia ok. Tapi biasalah banyak pitstop dan masa akan drag panjang sikit. Macam tak on time biasanya. Hihi.. mujur suami saya jenis tak kisah tolong ini itu.. love u sayang.

.

Nak travel ni sekali sekala, ikut husband dia memang nak guna masa betul-betul manfaat untuk jalan. Jadi apa salahnya bertolak ansur menjaga sama-sama sambil memupuk nilai sabar. Btw Zahra senang bawak jalan. Mama abah dah la kaki tak duduk rumah. Hihi 😬


 

Walaupun tidur mak tetap bawa..nak bagi lena senang je..jangan banyak tukar tangan time dukung. Tapi kalau dah lenguh tu terpaksa la abe baju hitam tolong ambe.


 

Speks and headbands mak dah pegang dah tuu..


Lepas ni dah boleh update story Cameron Highlands yeay. Sebab kalau guna google tak boleh upload gambar sebab guna website view.


πŸ€“πŸ€—

Sunday, 5 February 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Wahhh fuhh fuhh fuhh berhabuk la gila aku punya blog! Sebulan lebih tak berupdate. Rumah pun kalau 2/3 hari tak nyapu berhabuk. Haha.

Selamat tahun baru.. cehh baru nak wish tahun 2017!! Padahal lusa dah raya cina dah!

Rutin sebagai mak dan surirumah tangga sepenuh masa ni sibuk rupamya. Kerja rumah aku pelik dah buat ada je tak siapnya!! Siang tadi lipat kain dah macam gunung samudera dah. Semak kepala. Ni dah settle semua lapang sikit mata aku.

Hmm nak story apa yaaa. Tak da topik la tapi aku suka la
Blog sebab diari aku tau walaupun aku merapu. Jap aku nak belek gambar jap. Hihi

Update: da taip pastu tak boleh post guna apps. Lepas ni tunggu update lain ye. Nak buat untuk travelog. Cameron Highlands.. elehh Malaysia je? Haa nak ngata aku la tu. Cameron tu best kot. Janji pergi dengan kesayangan. Semua indah! 😝

Kadang bertekak jugak dalam perjalanan. Hahaha.


Thursday, 8 December 2016

Pertama Kali Zahra Demam 😒

Minggu ni genap Zahra 9bulan, pertama kali kene demam. Ini kali kedua dia tak sihat. Masa pertama kali tu masa laki aku pergi Kelantan duty seminggu jugak tak jumpa. Selsema meleleh-leleh teruk tidur tak lena.

Ni kali kedua tapi demam pulak. Laki aku kursus, duty KL pulak seminggu. Pagi laki aku pergi kerja tu, Zahra bangun pagi tengok atas katil abah dia dah pergi kerja pukul 4.30pagi. Tidur kat kampung aku suka tidur bawah Zahra pulak tidur penggunaan pentas memang terbaik. Katil bilik aku bukan yang jenis rendah, tinggi. Ngeri. Masuk hari ni dah 3 hari tak jumpa abah dia.

Tadi pagi rasa badan dia panas, terus bukak kan baju. Tuam-tuam sampai petang tak kebah, ajak adik aku hantar klinik. Dah habis google petua anak demam, pergi beli pekakas apa semua. Haa aku ni pantang first time pulak zahra demam aku kene handle sorang. Merengek nak melekat je la. So siap-siap aku kan semua benda nak beli nye. Hihi.

Pagi-pagi boleh tidur lagi sekejap je.

Dah mandi tampal cool fever. 

Monyok tak de mood, nak ngempeng je. Tak lepas nak buat apa-apa pun tak leh. Kalaunada laki aku boleh jugak minta tolong apa-apa. Tak pe la nak buat camana. Nanti jumpa abah mesti dah baik k sayang.

Balik klinik lepas kene masuk ubat bontot  dah reda sikit tu yg berpeluh. Kesian anak mama abah ni. Sabar ye sayang.

Dalam mangkuk tu air asam jawa untuk jerlum. Mula-mula pakai baju lubang-lubang tu. Pastu tadi pukul 11 dah tibe masa makan ubat, dia panas balik. Bukak baju lap satu badan. Aku kecikkan kipas kot tersejuk. 

Semua baru beli tadi. Mandi lemon dah. Tapi rasa tak cukup beli lagi. Dokter suggest minum jus kurma. Esok nak buat  jus kurma. JUS ALKURMA membe jual pun aku beli. Tunggu sampai sementara tu minum yang nak buat esok dulu. Kurma kan bagus.

Ni dia da tak pakai baju. Senang nak lap. Selalu cek suhu dia. Tuala tu biru dah jadi kaler apa tu hihi. Tilam belum pasang cadar, alas pakai kain batik dulu hehe. 

Hopefully esok ok puteri πŸ‘ΈπŸ»

InsyAllah...