Thursday, 27 March 2014

Matahari

Jalan menuju ke Bandar Dato' Onn jem sebab ada construction jalan. Dalam lebih kurang 6.30 petang matahari dalam proses hariannya nak terbenam dan lazimnya janjinya untuk keluar setiap pagi.

Janji dengan kawan untuk cuba Cookies and Ginger, melepak untuk bercerita hal-hal kosong mungkin. (atau lebih kepada memenuhi kehendak perut?) 

Cantik betul kan? Subahanallah.
Hal kosong boleh jadi kita tak ada specifik topic yang kita nak bincang tapi ia juga boleh jadi pelbagai topik spontan. Cuma bezanya semakin aku dewasa semakin topik yg kita bincangkan more to life,
planning dan hal-hal semasa selain dari gosip. Dah nampak matured takkk??

Sebenarnya tanpa sedar cara berfikir kita juga akan berubah. Dan boleh jadi tanpa sedar cara kita berfikir juga masih ditakuk yang lama. Aku pun tak nafikan yang kedua-dua hal ni terjadi pada aku dalam masa-masa tertentu.

Ahh apa-apa je lah. Sebenarnya nak cerita nak pergi melantak kat cookies and ginger je.





Wednesday, 26 March 2014

First day in Bandung, Indonesia

Walaupun aku tahu cerita percutian aku tak berapa nak best berbanding orang lain, tapi aku nak up jugekk entri Bandung aku sebagai kenangan. Ada mak kesah, blog mak hokey.

Masa 14-17 March 2014 sempatlah aku dan batalion aku pergi meluangkan masa bercuti di Bandung sejenak khenn. Asyik baca cerita orang pergi bandung sana sini, shopping sana sini, we olls nak ghase jugek khen? Kiteorang pergi berempat je.

Kiteorang booking tiket flight sebulan sebelum je. Kena rajin and alert dengan promosi tambang-tambang murah ni. Macam biasa kali ni kiteorang terbang guna Air Asia lagi. So sesape yang nak percutian yang budget trip memang kene pandai usha tiket.

Budget yang penting ke Bandung masa aku and perlu booking dari Malaysia untuk keselamatan:

Tiket Flight (pergi balik) : RM150 (lebih kurang siap bagasi bagai)
Hotel 4hari 3malam : RM100 (seorang-lebih kurang)
Supir 4hari 3malam : RM 80 (seorang-lebih kurang)-lebih ramai pergi lebih murah

Exact amount aku tak berapa ingat sebab macam biasa kawan aku yang handle semua, iolls keje bawa badan iolls yang besar ni je. Tapi totally murah kan?

Duit poket pulak terpulang masing-masing nak shopping apa and pergi mana. Tapi yang wanita kaki shopping kene ingat, Bandung adalah salah satu bandar memang untuk shopping, murah-murah lagi. Bawalah berkepuk sikit baru puas hati. hehe

So let for our first day in Bandung!

Sesampai je dekat airport Bandung dalam pukul 2 petang, supir kami dari Hayuka Bandoeng namanya Hendra yang ganteng sudah menunggu penuh setia dengan nama guest tapi yang aku tak puas hati kenapa nama Ezzaty Sokka yang die tulis, tak inn langsung. Masa dekat Krabi pun sama nama die je. huh.

Pasal supir nanti aku nak up entri supir sahaja, bagaimana servisnya akan ku cerita. gittew.

Hendra beritahu untuk tunggu sementara dia ambik kereta untuk ambik kiteorang:

Hendra: Kaka-kaka tunggu disini. Hari ni kita menggunakan transport besar kerana kereta hari ini sudah habis. (lebih kurang gini la, slang bahasa indonesia).

dengar je perkataan BESAR dengan tak bape paham apa die cakap; terus:

Ezzaty: eh, kenapa nak makan besar, kita mau yang biasa-biasa je! Tak nak makan besar. Ni kan first day. (muka da cuak, belum apa-apa tak kan kena paw ngan supir makan besar kan?)

aku: Hari ini keretanya BESAR. lol.

haha. datang-datang je misunderstanding. kurang nonton sinetron apa?

Lihatlah betapa besar transportnya untuk 4 orang. Hover.



Lepas dapat welcoming wishes by Hendra, dia tanya sama ada kita nak kemana dulu. So kiteorang pilih nak check in hotel dulu letak barang and terus jangan buang masa, terus shopping. Kami booking Hotel Zodiak, Asia Afrika melalui Agoda.com. 

Condition bilik selesa dan kemudahan macam biasa semua disediakan. Most of the time korang takkan duduk bilik melainkan untuk tidur sahaja. Nampak takkk?

Pasal tempat-tempat yang korang nak pergi, kita kena beritahu tempat-tempat yang kita nak pergi dan kalau boleh minta supir suggest kan jugak biar korang punya tempat nak pergi tu tersusun. So tak adalah tempat yang tertinggal nanti.

Lagi satu, bab untuk berhubung kat sana supir dah siapkan simkad untuk mengubungi orang tersayang tersayung di Malaysia semua boleh.

Destinasi pertama: Toko Tiga

Toko Tiga ni terletak dekat tepi jalan dan pusat menjual Levi's murah. Design sama la, mana ada kat Malaysia pun sama ada dekat sini. Kalau nak ke Bandung tak payah shopping barang sebab nak bergaya kat Bandung. Entah, kalau style aku yang memang tak reti bergaya ni, sarong je la apa ada. hihu. Beli je dekat sana shopping sakan.


Dah petang, lelapo so marilah kita melantak dekat dekat Restoran Karamba masa on the way ke Jalan Dago. Ini salah satu tips, kalau nak ke kedai makan pergi restoren yang dah siap-siap tulis harga untuk mengelakkan mementang ko ni pelancong die ingat ko anak datuk ke, anak tokey ikan bilis ke, takut die kenakan harga yang tidak sepatutnya. 

Kalau nak beli gerai yang tepi jalan yang pakai beskal usung-usung tu jangan la ngengada minta menu dengan harga. Itu confirm-confirm murah.

Restoran Karamba


Ok dari segi menu kalau tak faham boleh la tanya dia ni apa ni apa kan. Kiteorang order biasa je. Menu yang tak pernah makan is Gurami. Kalau kat sini ikan kaloi. brghhh, makan je la rasanya ikan jugak.

Air aku jus avokado sana jadi jus alpukat. haaa kau.
Durian belanda jadi sirsak. 

Destinasi kedua: Outlets Jalan Dago



Sederet Jalan Dago, banyak outlet yang korang boleh masuk untuk shoping baju seluar bagai. Tapi tapi tapi bila berjalan dari outlet ke outlet, sila berhati-hati dengan harta anda. Pencopet apa semua doa la tak ada ye sebab dari satu outlet ke satu outlet kena jalan biasa. 


Waktu kiteorang dekat Jalan Dago waktu malam. Tempat tak merbahaya cuma berhati-hati. Mas Hendra, eh silap, Pak Hendra sendiri selalu nasihatkan untuk berhati-hati sebab syarikat dia bertanggungjawab untuk jaga guests diorang la kan.

Aku ni yang ada sikit penyakit fobia dan trauma ni memang jalan kene pimpin tangan tau..Sweet tak?? tapi bila masuk outlet rasa selamat terus jalan berlagak tinggal kawan. hehe.


Tak cerita la semua outlet yang ada kat Jalan Dago, sebab banyak sangat. Aku pun tak shopping kat sini sebab dari Malaysia dah plan sesiap nak shoping apa.



Ada juga gerai-gerai tepi jalan. Boleh je makan asalkan halal. Mana yang terlalu menitikberatkan hygien dan takut perut buat hal, elakkan membeli dekat tempat yang terlalu terbuka pada pencemaran macam gerai usung tepi jalan. bukan macam dalam gambar atas. Bukan cakap makanan kotor, tapi memang ada jenis orang alergi ke kan. Takut bercuti 3 hari 3 hari perut buat hal. Acane. Cuma perut tahan tak tahan je la.


Lepas puas dan penat berjalan, kite ke Alfamart macam 7E ler untuk beli bekal untuk mengunyah dan kalau malas turun breakfast hotel. Rasanya dalam 3 hari boleh breakfast hotel, sekali je aku dgn ezzaty turun breakfast. Bukan tak sedap, menu nya lain sikit la ngn orang Melayu ni walaupun aku ada jawa pun macam lain je rasanya. haha. Ain ngn mira sehari pun tak turun. Punya la malas kan?

Supir akan hantar ke hotel pukul 9 malam dan disebabkan kita semua perempuan, dinasihatkan untuk tak keluar mana-mana lagi untuk keselamatan. Insyaallah tak ada apa-apa, yang penting tiap kali nak pergi dan nak turun satu-satu tempat bacalah ayat kursi sebagai perlindungan.

Kalau dekat depan kedai ada orang minta derma ke, hulur je la kalau ada duit kecik, hulur duit besar pun boleh. Ikut suka hang la kan. hihu.

Selesai hari pertama. Kelaaaassss nak ada hari perdua dan pertiga kan?

Mana kita pergi lepas tu? Second day in Bandung.


Monday, 24 March 2014

Dari istanbul aku datang

Dua jiwa yang dah sebati, sukar untuk dileraikan-Beto Kushairy

betul.

Kepincangan hubungan bukan lagi tersirat.

Im looked.

Salah satu pihak memungkiri janji, dibuang rasa, dicampur aduk.

Apa yang dinilai sebenarnya?
Tak merencana hidup bila kita berganjak dari satu fasa ke satu fasa tanpa kita sedari?