Monday, 30 July 2012

Lepak Santai dan Telok Cempedak

Masa vacation hari tu, kiteorang sempat pergi jalan ke TC, Pahang. And si pojan ada bawak kiteorang pergi kedai makan. Maklumlah Pahang tu Azziz!! yang pegang. (Azizz! cara sebut kena tegas. sebab dia kata tu nama gangster dia). Padahal tak takot langsong.

Nama Restoren tu Santai, kat area mana aku tak tahu pulak. Environment dia macam rumah banglo, tapi dia buat restoren. Orang ramai tak payah cakap lah.

Semua makanan dia tip top sedap.

Kalau nak tahu, si pojan akan jadi tukang makan yang paling last setiap kali makan, Mengamati sangat.  Omey ngat. bluerkkk

Gambar sangat tak terang sebab guna hp jeee. Bateri dua-dua kamera exhausted. mencik.


Ikan stim limau dengan udang butter yang awesome! serius,tidak main-main.
Aku taip sambil muka berkerut tahu, nak kata ni serius sedap.

Lepas makan, kita pergi lepak TC! best oh lepak TC, meriah kot tempatnya, tepi pantai.

Kitaorang tak lepak dekat tempat yang ramai-ramai. Mula-mula plan nak pergi hujung skali nak jalan-jalan je lepas tu patah balik. Tapi bila dah penat lepak kejap lepas tu Mail main2 buat unggun api kecik2.
Lama-lama makin besar pulak sebab dia pergi cari kayu dekat-dekat belakang mana ntah. Aku pontak tahu.

Best ah lepak cenggini. Main2 game, last-last dah letih dah dekat pukul 2pagi tak silap, penat mentido plak. dah aku ngan mira tunggun diorang bangun.

Tapi serius best ah, duduk tepi pantai bual-bual. Berbual lawak bodoh sakit perut aku ketawa. Part main game nyanyi, yang paling mengelat tuh ha, si Pojan.

Oh bahagia. Tapi mana sokka? dia dah berenang pergi umah ain masa ni.

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan di usia 23 tahun

Hari ni dah masuk hari ke 4 puasa. Dah berumur jugak eh, tengok angka 23 tu. Kalau nak compare kan puasa kali ni dengan puasa tahun-tahun lepas. Banyak jugak bezanya.

Bezanya dulu-dulu kalau puasa aku bukan kemain kalau pergi bazar macam-macam tekak gatal nak makan. Tengok ini tengok itu, sedap jeeeee. Padahal kadang-kadang rasa dia bukan sedap sangat. Nafsu je kot.

Tapi setakat ni puasa tahun ni yang nampak ketara sangat, aku tak de nak makan benda macam-macam sangat. Pergi bazar pon sebab bapak aku yang sibuk nak beli-beli. Dia tanya aku nak makan apa-apa tak, aku cakap, hmm semua nampak tak sedap. Selamba aku cakap, kalau persatuan penjual-penjual kat bazar tu dengar, mau diorang sesah aku kat situ. Entahlah, maybe baru bape hari puasa tekak aku tak teringin nak makan apa-apa lagi. Tapi aku harap biarlah aku ada feeling tak teringin sangat nak makan macam-macam, makan je apa yang mak aku masak, lagi sedap, lagi bersih, lagi berkat. Macam nak bagi motivasi pulak rasa. Bukan, bukan, ini cuma cerita aku je.

Tapi yang ni nampak sedap lah pulak. Rawwrrr

Atau pun faktor umur? macam agak dah ahkak ahkak, so macam aku pikir, " ala, nanti buka minum air dua gelas pon dah kenyang. " ceittt, kenyang ke? lagi-lagi aku? haha. tu cara aku motivate diri aku je la biar mulut aku tak menyanyah nak beli-beli, last-last, tak habis. Malas aku, sungguh malas.

Terawih

Satu lagi pasal terawih, masa terawih aku tibe-tibe macam jadi mudesssss you. Sebab amik saf belakang sikit, orang-orang tua bagi dia depan-depan. Nanti biasalah ada budak-budak macam range umur sekolah rendah tak pun early sekolah menengah gitu, kadang sebelah aku, kadang belakang aku. In the geng mestilah diorang selalu sabaris kan. Baru sembahyang bape rakaat, nanti main lah, berbual lah, bergurau lah.

Tapi aku anggap benda tu normal budak-budak kot. Sebab dulu masa duduk taib andak pun aku macam tu jugak masa aku kecik. Sembahyang baru bapa kali dah lepak berbual dengan kawan-kawan. Masa tu kawan rapat yuyuk dengan juli. Takpun terus main kat luar. Sungguh tak beretika kau!..Tengah sembahyang aku boleh teringat zaman kecik-kecik aku. Nampak na lah sembahyang tak khusyuk kauuuu, mana tak nya, budak-budak pot pet pot pet. Dah lah pak imam tak pakai, mic sebab jemaah kat surau je. Memang jelas lah dengar telinga aku ni.

Then lepas-lepas tu aku pikir, "ishhh, aku dah boleh pikir macam orang dewasa ah," Aku anggap macam budak-budak, memang gitu. Wowwwww! Boleh bayangkan tak aku panggil diorang budak-budak secara tak langsung aku anggap diri aku ni dah matang. Oh my!!!!

Aku rasa aku dah ada rasa tolerate dengan budak-budak, dan benda tak sabar yang aku tunggu aku nak dapat anak buah baru. InsyaAllah, sebab rumah aku ni tak de budak kecik. Arbi dah balik kampung. wuuwuuwuu rindunyaaa. Arbi ni anak bongsu kakak aku, and aku admit yang dia ni budak yang baik giler. Dengar cakap, tapi kalau part dia merajuk macam orang beso. Baru tujuh tahun, tapi dah darjah 2.

Tak lama lagi, anak abang aku pulak. Macam best ah jadi mak. Adakah benar aku kini dah tua? eh normal apa 23 pikir gini. khenn. Act like a lady, think like a woman. gituuuuuuuu

P/s selamat berpuasa

Sunday, 15 July 2012

I have no idea

Sekarang ni aku tengah boring boring boring. Tak join kawan aku pergi Melaka sebab semalam birthday kak ipar aku. HAPPY BIRTHDAY KAK! Gambar susah nak upload sebab internet yang fcuk lembab.

Malam tadi tak memasal aku dapat message orang tanya aku sihat ke tak. Aku kena pastikan sama ada aku tak ada perasaan ke aku nak marah sebenarnya. Only 2 things in my mind.

Esok, aku ada interview kerja dan kemungkinan kawan aku tak dapat teman cari company tu. Oohh, hari ni aku kena pergi tengok company tu kat mana supaya aku tak menyusahkan dia kalau aku sesat esok. Hari ni pon pergi dengan dia la ni tapi objektif hari ni nak berjimba wayang. Tak padan dengan baru berjalan Melaka. Untunglaaaa.

Dan orang yang paling aku rindu adalah anak sedara aku yang sorang tu. Arbi. Lepas aku kerja maybe i can buy a flight ticket by my self to meet him.

My wish, cepat lah aku dapat kerja sebab aku nak berduit je sekarang. Ok stop membebel.