Tuesday, 3 July 2012

Aku bersemangat, manik pulak habiss!

Kalau beli barang takde jenama memang cam haram sikit kualiti. Mula lah aku nak bukak cerita, sebenarnya aku dah lama cari selipar jepun hitam yang versi wedges punya, tapi tak jumpa yang berkenan. Memang aku suka selipar bermanik. Masa jalan-jalan bazar karat kat jb, nampak la selipar ni sebijik macam aku nak. Terus grab. Harga RM40 kalau tak silap. Baru pakai bapa hari, maniknya asyik nak putus je.. Panass betul hati mak noks.

Aku beli selipar jepun manik kat Padini walaauupun tak berapa nak jenama tahan je sampai sekarang, satu manik pon tak tercabut. Dah 2 tahun lebih selipar tu. Tahan sampai sekarang.

Tapi yang ni? Tengoklah, bukan satu tempat. Dua-dua belah selipar macam ni, bila pakai sangatlah macam orang tak mampu nak beli selipar. Tapi aku pakai je sebab tak de masa nak betulkan.

Hari ni aku ada masa, maklumlah baru habis belajar ada aja masa. So, manik yang aku beli hari tu, baru aku guna dan hasilnya

jeng ! jeng ! jeng!!!!

Tukar manik dari yang panjang-panjang kepada yang bulat-bulat. cantik tak? cantik kan? puji i pleaseeee.
Uolls kalau ada selipar atau barang yang dah rosak tapi sebenarnya boleh pakai lagi, jangan membazir nak terus buang je. Fikir cara kreatif supaya benda tu boleh dipakai lagi hokeh.

Ini memang pemalas, aku cari dekat mesin jahit tak ada benang hitam, aku balun benang purple. Padahal kedai runcit dekat je kot. Yang aku paling sakit hati petang tadi pergi kedai manik yang aku beli tapi kaler hitam dah habisss!!! Eeee nak kena cari di kedai lain, malas nak cari, dah la kesayangan ni.

Gambar pakai handphone je kerna kamera digital aku rosak pulak baru-baru ni.

lu cool bro

Gambar dirakam dah agak lama, 1 day before last payper last payyper last payyper (paper). Iaitu lepas exam advertising paper, terus lecturer ajak lepak makan and tengok wayang for our farewell hangout. abaikan english aku yang harem. Aku jawab advertising, mesti cik din gelak dengan english aku. Kalau paper lain aku tak malu sangat sebab tak rapat dengan lecturer sangat. Ahhh daia lupakan yang lain.

*all the pictures captured by my phone camera yang sangaaat tinggi megapixcel dia. Waktu exam takkan nak bawak kamera. Nasib baik hp jadi penyelamat.

Lepas exam

 Got lunch in Johnnys at Jusco Bukit Indah. Semua join kecuali ashley.


Bayu and Septa
 Kalau bab makan free, sekelas happy sajeeeeeeee.

Steamboat time
 Hari tu lepak steamboat jugak kan. Baru aku tahu, kegemaran kelas aku steamboat heh.




 Erkk! tiba-tiba muka kawan aku jadi seram. Next picture pleaseeeee

Sorry, henpon aku yang hebat ni kalah dengan cahaya yang berlebihan menyebabkan muka kau yang ganteng comels kurang kelihatan sep.

 Silau!

Kesayangan kelas tengah khusyuk makan. Lu snap guna henpon, malas wa layan. Makan lagi sedakk. Dak ergh dak erghhh.

Ili, i admire tudung you.

After lunch, layan Abraham Lincoln-Vampire Hunter. Best, tapi ada unsur-unsur tak logik lebih.

Apa-apa pun kelas subjek ni paling best. Lepas ni mesti aku rindu datang kelas. Memekak kat kelas. Tak pe lah semua tu jadi kenangan. i luv utm. Motip khennnnn.

Monday, 2 July 2012

alumni and the last

Aku dah jadi alumni UTM sekarang. Student? dah dilucutkan jawatan. Actually sedih nak tinggalkan zaman study, suasana kampus, suasana datang kuliah, kawan-kawan, lepak bilik member sampai macam jadi bilik sendiri, menyakat member, and macam-macam lah. 

Last day in UTM. Dah packing barang. Aku rasa aku ditakdirkan study dekat sebab tengok dari cara aku packing barang pon macam ni. Memang teruk bebenor lah. Main balun masuk je barang, bukan reti nak kumpul dalam satu beg kemas-kemas. Ahh, janji campak dalam kereta, siap!

Kawan-kawan aku, mak datang amek. aku? balik sendiri. tsk tsk.  Aku cakap kat mak aku, "dina tak de orang jemput pun." Mak aku terus "kepala hotak kau, aku dah bagi kereta nak buat apa." eeee mak aku ni, tak in langsung ngan situasi aku yang konon-konon sedih tuuuu. haha

Sedih aku masa pagi tu, roomate aku kemas barang nak balik Kedah. Jauh no. Tunggu mak abah ambik. Lepas konvo, ntah bila nak jumpa si farah ni, Kedah nun, yang lain tak bape risau na. Area johor jugak. Lagi satu Ili, dok Kelate deh. InsyaAllah ada jodoh jumpa lah nanti.

Kandang kucing, last day, my friend too, Ili from Brunei. She bring a gumoks cat. Lupa capture gambar kucing.

Aku mesti rindu meja ni. Dah nak siap kemas tu yang kosong meja . Tinggal kenangan meja belajar, walaupun habit aku suka online dan study dekat katil.

Almari baju yang mula dikosongkan. Rindu ah lepas ni nak hidup bebas bak bujang senang. Lepas ni kena pikir kerja pulak.

my room

Ili's room

Zura and Ila's room
Bilik ni la tempat melepak sebab selalu kemas. Bilik aku jarang jadi tempat lepak sebab tempat nak duduk lepak limited sebab ada saja barang dekat lantai, dengan kain, beg, meja, rak pinggan. That is why

Lorong masuk bilik.
Lif ni sangat berjasa. Kalau tak de lif bagus jugak, kurus aku sebab aku duduk tingkat 4.

Tak de lagi nak bergosip tingkap dengan ezzaty sokka. Nak panggil, jerit je.

Balcony to balcony basis.

Bye UTM, my precious memory to be here.