Sunday, 25 December 2011

entah apa-apa

Oley !

Aku baru balik dari dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus di Masjid Bandar Baru Uda, Johor. Memang best ceramah dia, tapi aku bukan nak update pasal ceramah dia, itu esok-esok sebab malas nak transfer gambar. cuma just saja-saja sebab bila belek-belek nampak pulak gambar-gambar kat bawah ni yang membuatkan aku pikir aku ni ntah apa-apa. eh eh, tengok ayat sebelum ni.. saja-saja belek belek gambar-gambar apa-apa. apa punya bahasa Malaysia aku ni. sangat bangang tak sedap.

Kelmarin pagi masa aku ada presentation pagi tu, aku tiba-tiba kena sakit perut nak mati, nak pengsan, ah macam-macam aku rasa. Tapi sebabkan aku ada presentation aku gagahkan jugak pergi. Nak pergi PK UTM aka Pusat Kesihatan UTM, malas. Aku ni jenis orang besarkan malas dari benda yang lagi baik faedahnya. Malam tu aku macam biasa, tapi aku tahu aku dah seminggu masa tu tak tdo malam, tapi disebabkan tu ke aku sakit perut?



atau disebabkan ini? Tamak haloba? Laptop sampai nak dua. Peribahasa kata, orang tamak selalu rugi. hah yela kot. laptop ni yang besar untuk bukak belog, yang kecik buat tesis, wajarkah? Padan muka adik aku, laptop 1Malaysia dia aku bawak. Motip?



Ha,, masa ni la aku sakit perut. Dahla wajib pakai baju merah masa ni. Nasib baik aku bawak kemeja merah adik aku, gedabak kot. Dah macam bangla aku rasa, tapi cool la kadang sebab kemeja ni kemeja lelaki.


 Lepas presentation, dapat pulak sarapan free budak-budak kelas aku.. Aku ingat aku sakit perut sebab angin, so kena la sarapan. Tapi kalau tengok dari bihun ni macam tak sedap, padahal rasa dia memang best sedap ah. Tiba-tiba, sedap punya pasal



sampai macam ni? Ganas sangatkah aku makan? ke nak ekspress kan kesakitan aku? Aku pun tak paham. Petang tu lepas rehat-rehat balik kelas, perut aku dah ok. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah. TAPI, dari tadi ko rang paham tak aku nak cerita apa? Aku yang dah nak habis tulis entri ni pon aku tak paham motip aku post benda alah ni. Ah tak paham tak paham.

Friday, 23 December 2011

kan dah kata: sedap murah meriah

Hye Assalamualaikum

Aku tengah ada mood nak hapdate belog ini. Semalam lepak dekat rumah, try nak update jugak, tapi nak upload satu gambar guna broadband pun susah gila macam siput bab kau ! Mau mak tak geram gee.


Semalam aku pergi Masai, Pasir Gudang, ambik kakak aku nak balik rumah. Kebetulan aku ni tak da kerja pulak semalam, so aku mengrajinkan diri pergi. Aku ajak ezzatysokka, tapi die lemau, tido pulak. Last-last aku tinggal aje, pergi sorang-sorang.



Masa pergi hujan, tapi tak lah lebat. Sekarang Johor Bahru memang tengah musim hujan, memang diramalkan hujan kan berturut-turut lepas bahagian utara banjirrrr. Tapi Alhamdulillah tak lebat.



Siapa yang duduk Johor akan tahu waktu puaka jem bila menuju Pasir Gudang. Waktu pagi nak pergi kerja dan waktu petang orang balik kerja. Bukan jem biasa, tapi memang panjang betul, lambat pulak tu. Aku pergi petang memang padan dengan muka aku la.



Lepas ambik, kiteorang pergi makan dekat area situ, dekat Restoran Fazilah,Taman Rinting, Masai. Pada aku best la dan boleh tahan. Sebab restoran biasa je, tapi deco dia cantik.



 Ada rak baca majalah walaupun majalah-majalah dia bersepah-sepah.



Makanan dia best la pada aku, berpatutan dengan harga dia. Walaupun murah tapi bukan murah seposen doposen tigaposen, tapi memang tip top sedap, lauk lain aku tak tahu la. Yang paling best adalah tomyan dia. Rasa tomyam dia macam tomyam dekat Black Canyon, tapi tak leh lah lawan   kesedapan Black Canyon kan. Kailan ikan masin dia sedapppp betul sebab ni memang favorite aku, telur macam biasa la, rasa dia gitew juga kan?



 Udang goreng tepung sedap boleh tahan, cuma kurang garing dia goreng. Aku makan habis kot. Dah la enak + aku tengah lapar. eh eh, bukan tiap kali makan aku memang habis ke? Konpius jap





 Decoration dia ok kan, cantik. Siap ada gambar masjid masa Tsunami tu. macam-macam lah.

Harga makan kiteorang agak murah la, tak silap aku dalam RM 400 something, sebab akak aku yang bayar. Makan 3orang. Tapi betul sedap murah meriah kan.

p/s entri ni dengan entri lepas aku amek gambar dengan kamera hp buruk je kot. 3.2mp. tapu tapi kualiti tak mengecewakan kan? Emm sayang lah kat hp aku walaupun kawan-kawan aku selalu buat main game bola sepak sebab hp aku flip. pentol bukan aku mereka?

Thursday, 22 December 2011

mari servis dan menang tunai ! T&C apply.

hello yello yello
kenapa kena yello? yela, kalau aku cakap belo?
paham tak maksud belo tu apa? Aku tak tahu la kalau korang tahu ke tak maksud belo.
Tapi masa aku duduk taib andak dulu, belo ni macam orang tak betul sangat la. 
Sebab dulu ada orang jual sayur naik basikal, pastu nama panggilan orang tu Usop Belo.
Orang nye macam kurang sikit la. Ishh, apa la, tak baik tak baik. jangan amalkan judge orang begitu ye.
Ok dah, melalut !


Agak dah lama tak update belog, sebab ke-busy-an yang sangat melanda diriku sebagai final year student yeah !! Apa jadah yang yeah, macam best sangat je, apa best nya kalau kena datang seminar ini seminar itu, kena buat asignment yang aku rasa makin menggunung dari semester-semester lepas, dan yang paling penting, tesis itu? Serius busy, tapi aku rasa macam aku da jadi artis pelajar Universiti Teknologi Malaysia yang berguna pulak, rajin pinjam buku pergi library, cari journal itu ini *say hye to ezzatysokka sebab banyak tolong carikan journal*, lepak dibilik tesis. Aku rasa aku rajin, ko rasa?masin? cett

Hari Ahad malam aku pulang ke rumah, pon pon pon pon pon pon pon, kereta kecilku berbunyi, lalalalala
dah tu esoknya sebelum aku pergi kelas, aku perlu menserfis kereta. 


Bila aku ingat-ingat balik, aku pakai kereta ni dari semester lepas kot. Tak la awal semester lepas, tapi tengah-tengah lebih sikit la *apa punya bahasa ko ni?. Lepas tu semester ni dah last sem, meter aku baru segitu? Bapok baik aku ni tak berjalan jauh. lama kot, baru 10000.


 Ok-ok, tajuk entri aku servis kereta lepas tu menang tunai kan? memang betul. Aku mula tak percaya jugak, tapi aku dah alami sendiri. sorry ayat puisi pujangga. Bukan ! bukan ! kereta aku bukan yang bogel tergolek telanjang itu. Itu kereta customer lain yang berusaha jadikan kereta diaorang kapal terbang.


Haa.. yang brader tu tengah servis tu i punya kereta pinjam kat bank. Kereta tu aku da pagarkan keliling, jadi aku tak payah risau memang tak ada gangguan exboyfriend makhluk halus, jin, mahupun syaitan lepas ni. Aku dah pagarkan keliling tuh ! dengan apa aku pagar? aku langgar divider, pagar, tergesel sana sini. tak payah susah-susah mintak bomoh pagarkan.

Niat aku memang baik, nak pagarkan keta tu biar selamat tapi aku pelik kenapa mak bapak aku bising. Korang tahu tak kenapa? aku tak tahu *tangan didada mata ke atas

Aku tak tahu la apa sebenarnya yang diaorang buat bila serfis kereta, yang aku tahu salah satunya, tukar minyak hitam. kan kan kan conform confident aku cakap. Lepas dah siap servis apa semua, aku pun nak balik,

tiba-tiba bos workshop tu cakap,




"nyah, isi minyak. " aku pun macam pelik gilew gilew gilew euw euw. Dah la servis free kereta free, wang tunai pulak nak bagi, apsal tak belikan rumah sebijik sekali ke. nak jugak. aku pun macam malu-malu tapi ambik. Kalau ikotkan hati, aku cakap " bang, bak meh ah lagi, saya nak isi minyak sampai tumpah-tumpah ni." Bagus gile workshop kereta Dtec Auto ni. Lain kali aku mesti datang lagi, sebulan servis 2 takpun 3 kali ok tak?

Kalau korang nak macam aku, boleh jugak, boleh tak jangan berangan sebab kalau ada customer lapanploh orang macam aku, bankrup workshop ni tahu? haha. eh, tadi aku tak habis cerita lagi, kenapa brader tu bagi aku duit isi minyak. masa tu aku tengah duduk, aku pandang atas masa dia hulur duit, aku tengok macam kenal brader ni. eh, abang aku rupanya. eh eh eh

T&C dia adalah ko kena jadi adik abang aku. Kalau abang aku ada adik 5 macam aku, boleh pengsan beliau.Kerna tak kenang dek untung, sudahlah die bagi kereta, servis, minyak sebagainya free, dan duit belanja juga nak kena bagi. dem kau dna

-------------------------------------------------------------

Ni aku nak share satu benda yang sedap murah meriah. paham maksud aku disitu? itu ialah nasi lemak kat Student Mall UTM. orang luar pun cuba, memang sedap, betul sedap,


Dah la layan diri, boleh amek sendiri kuantiti yang kita nak. Sambal dia sedap, pedas-pedas manis gittew. Boleh letak ayam goreng, timun, ikan bilih semua amek sendiri.Harga dengan air RM 3.00 je ke bape ek. aku lupa. Tapi lebih kurang gitu la. Kalau tengah hari kedai die ramaaaaAAAIIIII betul tak tipu sebab asam pedas die pheww pheww pheww.

Okelah itu saja nak cerita. Oh ya, khazanah unggul iaitu kereta kancil merah aku tuh in progress tukar kepada auto. Thank you la kat abang aku sebab, segalanya free. eh yeke? ntah-ntah bila aku da keje dia mintak bayar, aku tumbuk dia laju-laju.

Thanks reading ! Daa