Tuesday, 8 January 2019

Happy New Year 2019

Alhamdulillah dah start tahun baru 2019. Semoga dipermudahkan segala nya, jadi insan yang lebih baik. Jadi hamba yang lebih baik, dapat didik anak-anak dengan sempurna. 

Dah jadi parents ni, baru aku faham apa yang selama ni mak ayah kita rasa. Now kerisauan & cabaran yang aku rasa sekarang, bukan lah macamana nak survive jaga dia dari segi beri makan yang cukup, pastikan dia selamat, atau kasih sayang, selama besarkan anak-anak. Tapi lebih pada nak mendidik anak2. Maybe aku tak pandai nak translate dalam kata-kata. Tapi pada aku dah rasa benda ni satu cabaran. Nak didik paling utama dari segi nak terapkan akhlak & iman. 

Bukan kita bangga, “ohh aku boleh ngandung, ada anak,” itu tak cukup..anak itu semua rezeki Allah. Cepat atau lambat Allah pasti beri. Cuma kita memang kene usaha sehabis baik. 

Dugaan orang berbeza-beza bab zuriat. Ada orang Allah beri rezeki anak cepat, rezeki bab lain maybe kurang. Ada orang rezeki anak lambat, bab lain dia lebih daripada kita. Ada orang pulak Allah beri dua2.. Allah Maha Adil. Dia bagi tepat masa dan Allah beri bersebab. Sebab kita InsyAllah boleh jaga amanah ni. InsyAllah mama & abah kene kuat, nak didik anak2. Zahra & Rayyan. InsyAllah kalau diberi rezeki tambah anak Alhamdulillah. Kami terima rezeki. Bahagia anak ramai ❤️..

Aku adalah kawan ni.. suka n bangga tengok dia ajar anak dia. Aku tak la sibuk anak aku mesti kene macam tu secara cepat. Perkembangan anak2 ni lain. So mana yang baik, aku cuba tiru n apply kat anak2. Bagus ada status/story2 ni. Bukan sahaja membawang hihi, tapi ada benda baik yang kite kene belajar dari kawan-kawan jugak. Lagi2 bab anak. Supaya kita tak terasa terlambat, oo patut nya dari dulu cam ni cam tu. Sebab anak-anak kita ni kebanyakannya sebaya.
So mana ko rasa sesuai apply la. 

Jangan pandang anak2 ni, “tak pe masih kecik, masih kecik” sebab kita tak akan perasan dia membesar. So cukup sesuai dengan umur anak n rasa sesuai, aku & husband kene strict dgn anak2..  doakan lah kami. Amiin. Semoga Zahra&Rayyan jadi anak baik, soleh, solehah. Amiin. 

Aku doakan kawan2 yang belum dikurniakan anak, InsyAllah satu hari nanti Allah beri bile tepat masa nya. Keep strong, usaha, & tawakal. 






Mama abah sayang kamu berdua. Harta kami yang tak ternilai. Alhamdulillah. 

Bye. Assalam.

Monday, 17 December 2018

#Fakta dna (8)

Sebelum bulan Disember ni melabuhkan tirai, izinkan ambe nak update satu entri geli geli. Ye la tak de topik nak nak dibebelkan.. sebenarnya ada.. tapi sebab blog apps ni nak upload gambar kene satu-satu malas betul aku.. hihi

Hari ni tak pe nak up 1 picture terbaru sebelum nak masuk tahun 2019 umur pun dah update 3 series dah kan.. huhu ooo usia memang meningkat.. tapi kita kene hempas datang lagi, hempas datang lagi.. syantikkkk.

Btw nak bagi satu fakta pasal aku yang mungkin ramai dah kawan aku tau, termasuk husband. Nak bagitau ni pun sebab masa jalan kat Aeon ni ada lalu satu kedai makan memang aku anti ntah kenapa ntah. Hahaha.

Iaitu AKU JENIS TAK MEMILIH MAKANAN. 


Hari ni date bersama suami & anak-anak. Layan kan husband nak makan chicken chop. Im ok. Tapi husband agak  memilih. 

Makan kot, variey of foods is yummy. Kecuali satu kedai ni kedai makan SUKIYA. Tak tau kenapa tiap kali lalu aku selalu ingatkan laki aku pasal kedai tu.. haha. Aku suka je sushi kedai makanan Japan kan. Atau pun aku yang terlebih kampung.com. 

Aku rasa sekali je la aku g makan situ, aku pergi makan ramai-ramai dengan member. Sorang-sorang order menu lain supaya kita boleh rasa2 kan. Aku tak tau la apa kiteorg order, semua tak kene tekak. Dan aku tau la kedai tu bukak bukan untuk aku, untuk orang yang tekak japan kan.. 

Sesape yang suka makan kat SUKIYA tu suggest kan la menu yang sedap.. bagi aku punya perception berubah hihi. 

Setakat tu la fact pasal aku kedai yang aku reject untuk aku singgahi. Terhibur ke hambarudin? Kikikiki.. 

Tuesday, 27 November 2018

Inilah dikatakan jodoh

Nampak nya untuk bulan November, ini entri pertama dan sempat satu entri je la memandangkan ni dah habis bulan pun hikhikhik.. tak kisah la kan. Blog ni pun suka-suka, sendu pun ye :P..

Ni ha nak tunjuk satu gambar sekolah rendah. Tapi ni kelas laki aku. Aku dari sekolah rendah satu sekolah dgn dia. Sekampung uols.. masa ni darjah 4 tak silap. Jadi ketua kelas ok, now jadi ketua keluarga kite. Alahh ayat. Hehe.

Aku tak de benda pun nak cerita apa. Sebab nak update blog kalau upload gambar kene satu-satu. Tak leh nak bundle mcm dulu. Leceh kan.. nak update nak bebel.. pastu nak delete gmbr kat phone sebab dah full.



Ini lah nama nya jodoh rahsia tuhan. Kecik2 dah hensem patut kene ngurat ngan kite dulu, kite pantang tengok helok.. haha pastu yang ngurat aku ala kadar kene la tu ngan aku yang tak lawa mana ni. Hihihi. Kalau kite suka jangan diam2 nanti takut orang lain amek dulu. Kurang2 mencuba. Hihi. 

Tapi untuk orang available. Orang tak available kepunyaan orang jangan cuba test market. Takut ada yang kene simbah asid nanti. Yaa khaaannnn?


 Inilah permata hati kami. Zahra Dania & Rayyan. 


Pagi tadi smart sangat bersiap tu yang kene ikut pergi maulid nabi kat surau. Seram tengok. Haha. 


Malam pergi ngeteh jap. Mama diorg ni teringin. Klu husband aku benda2 gini western2 tak mencari la. Minum or makan ok je, tp tak la tahap mencari sangat. 


Copypaste abah


Copypaste mama

Itu je la cerita nya hari ni. Alah saja2 update. 

Terima kasih husband selalu memberi kerjasama untuk jaga anak2.. terutama masing2 masih kecil. Sayang sangat anak2 mama.

Bye!