Monday, 15 February 2016

Lovely Sunday

Suami aku habis-habis balik rekrut ni sangat menghargai masa. Ye la dia kata masa limited so kene cepat la tolong sana tolong sini. Kalau cuti lama boleh la wat lek wat peace dulu. So Ahad pulak lepas Subuh terus cium-cium-cium korang jangan fikir lain pulak cium lepas sembahyang Subuh kan salam suami isteri dah tu cium je. Haha.

Oke oke sambung, hari ni nak makan roti canai kat kilang Taib Andak sedap weh kat situ. 

Tapi singgah umah mak mertua den dulu punch card hehe. Amek order lauk nak beli hari ni. Walaupun mak den tengah siram pokok bunga, aku tengah list down apa nak beli tuuu. 

Okeh nak sarap dulu. Walaupun muka aku kembang macam kenyang je kan. Padahal lapar bak hang. 

Lagi satu perubahan laki aku sekarang time makan susah sangat nak dengar die cakap even satu perkataan. Haha. Makan tak sampai 5minit dah siap. Order sama tau roti kosong 2, aku baru makan yang sekeping setengah dia nak abis dah dua keping. Makan nasi pun sama. 

Aku siap cakap, Fuyoo abang sekarang makan tak bercakap langsung dgn syg. Gelak je dia. Aku dpt bayangkan die kat kem dgn penat pastu makan kene laju. Tu la gaya die ehhe.

Dah breakfast makan pencarian lauk bermula. Jeng jeng sebab lepas hantar lauk dengan sarapan rumah mak mertua aku nak pergi melawat kawan dia baru dapat baby kat Silong.

Bila lama tak jumpa nak berejam jugak berbual diorang. Wife die pun ok citet pengalaman bersalin bagai kan. Mak pun eksaited tunggu giliran ni. Hihi.

Balik rumah kawan husband aku, aku ada cek up kat Klinik Kesihatan pulak. Sementara aku tunggu giliran laki aku kene cari tiket balik KL petang tu. 

Balik klinik pun dah pukul 12tengahari. Faham-faham je la kat Klinik Kesihatan. Tapi yang aku suka setiap kali aku datang dapat layanan yang mesra and lebih detail dr aku follow up kat klinik swasta.

Dapat tiket balik pukul 2lebih ptg.

Balik rumah taman, rehat-rehat semua kemas barang apa nak bawak, pukul 130 dah siap nak pergi lunch sama tetiba mak mertua mesej cakap dah siap masak suh singgah kalau sempat. Weehee apa lagi, pergi balik kampung lunch dulu dengan mak. Pastu sesiap ap semua baru pergi terminal.

Tu dia kesayangan kite. Hehe
Suka mak mertua aku husband aku balik.  Mak mertua aku banyak anak eh ada 12, tapi aku perasan mak mertua aku sayang sangat kat husband aku. 

Aku tak cakap la laki aku kesayangan, semua sayang. But he's something confortable to her. Weeee. Paham tak paham tak.

Lepas maghrib suami report baru sampai  TBS nak makan kejap.

Lepas tu baru balik kem. Alhamdulillah selamat sampai.

Malam suami still ajak video call. Maka pertama kalinya guna handphone baru ni aku buka earphone dia. Hehe.

Maka seharian ni memang penuh aktiviti tapi seronok sebab dapat buat banyak benda. Start dari pagi. Sebab tu banguunnnn awallll dinaaaa.

Love him so much, zulhelmy.

Sunday, 14 February 2016

Marathon Saturdate

Hari ni weekend macam tak percaya husband balik. Eee happy nya rasa. Malam tadi sampai pukul 1pagi. Pukul 7 da start bergerak ke kedai untuk sarapan dengan family Kak Long kat Bandar Putra.

Balik breakfast, hantar sarapan rumah mak aku and terus gerak ke kampung rumah mak mertua jumpa mak abah abang epul and hantar mak pergi marhaban dan kenduri kawen.

Nak pergi breakfast.

Balik rumah taman rehat jap tengahari je jom lerrr kemana lagi kalau hujung minggu kalau bukan kerja kawen kan

Ni dia. Dekat dewan Taib Andak jiran kat rumaj taib andak.

Perasan tak baju dia pakai sama macam aku tunang hari tu. Sama bridal la kite masa untuk tunang. Cantik kan pengantin pakai.

Teringat pulak masa memula bercinta dengan suami sebab cepat sangat kiteorang tunang. Biasa die la dengan tak cukup tidur selalu teman pergi bridal ni.

Nak last pregnant ni dah tak tahu nak pakai baju apa sangat pergi kerja kawen. Tak de mood nak pakai baju kurung dah lagi la nak berjalan beli baju kan.

Sebabnya lepas kerja kawen aku kene attend exam kat Jb. Nasib baik suami balik boleh die hantar. 

Janji balik kerja kawen nak jumpa anak sedara Adam tapi mak dengan bapak tak sempat la sayang. Sorry next week ye kalau bapak balik Jb lagi. Hee

Kenangan dengan pengantin.

Exam start at 5-7pm. Sejam aku jawab terus balik. Aku tengah tunggu hari nak jawab exam lelama memang dah tak de mood la nak macam student. Dengan layan sakit sana sini. Baik la balik cepat.

Husband jemput balik exam lepastu nak pergi tengok bola kat Larkin. Tapi kene hantar aku balik Kulai dulu. Hihi. Tak larat dah nak ikut-ikut. Bagi husband masa dengan kawan-kawan die sekali sekala. Hehe bagi diorang dating gamaknya kan.

Before sampai umah kene upah my Frapp Green Tea kegemaran saya dulu hehe. 

Balik kekenyangan makan red velvet ngn frapp apa lagi penat perah otak moh leh tidur jap before bola start. Jdt menang jugak akhirnya.

Ok baru siap entri husband sampai umah dah. Ok bye.



Friday, 12 February 2016

A bit side of my husband.


Sebenarnya aku nak up entri ni segan pun ye, bangga pun ye jugak dengan laki aku. Since blog aku pun tak de orang baca boleh la aku bebel sikit pasal suami aku ni. Tu yg best. Baru la perjalanan keindahan suami isteri ni dapat di kenangkan gittew. Hehe

Ni gambar-gambar masa cuti tamat latihan hari tu. Kesian suami aku sebab tak dapat sangat nak tolong die kemas kain baju lipat kain baju semua. Macam malas pulak kan. So sementara aku teman die lipat kain and mengemas aku amek gambar die la aku rakam apa-apa la kiteorang berbual. Bukan die perasan pun hihi.

Nampak tak macam nak gi sukan gayanya. Tapi die la suami yang baik. Kat umah tolong saya kemas. :)

Bab pasang langsir aku memang lemah pakai pin kadang panjang kadang terpendek. Last-last laki aku yang alter kan bagi muat tingkap. Hehe
 
Abaikan perut aku tu haha.
Seharian mengerjakan bilik aku yang penuh perabot nak install aircond da aku memekak asyik panas-panas. Nak kemas punya pasal pagi sampai malam buat sebab buat wirering baru. 

Dah siap pasang nak mengemas pulak. Kesian la skuad helmy ni. Hehe.

Taraaa dah siap pasang abaikan yang bercapuk tu sebab alih lampu. 

Plug asal 2 sekarang 5 haa. Lampu tidur pakai dimmer aku pun tak tau macamana rupa dia sbb lampu tidur je tak siap lagi hari yang sementara punya pecah dah aku punya keje la. 

Terima kasih abang sayang. Aku tak tau nak update apa. Ni husband aku tengah otw balik jb baru hari rabu lapor diri kat Cheras posting, hari ni Jumaat dah balik umah. Aku syak die nak tengok bola esok. JDT vs Selangor kat Larkin. Haaa siap abang.

Alhamdulillah pasting dekat Muar. Masih satu negeri dekat dengan family yang penting tu. 

Nak mandi sejuk ritu ngamuk panas-panas. Sekarang nak mandi malas pulak yee. K la daaa bye bye.