Thursday, 3 April 2014

#Fakta dna (3)

Hollow

Rasanya dah lama tak buat entri untuk label fakta dna.
Masuk ni baru la 3 benda yang aku share kan.

Aku rasa benda yang aku nak share ni cuma kawan-kawan yang pernah tidur/ lepak sekatil dengan aku je selain situasi ni berlaku dekat rumah. Of course la kawan-kawan zaman uni aku je yang tahu.hihi

That is; aku tak suka orang nak tidur pakai tracksuit kesek-kesek (macam plastik) atau seluar jeans.

Masa dekat utm dulu kawan aku ni memang suka pakai suar tracksuit bila malam atau balik meeting ke pakai jeans terus lepak-lepak atas katil. Kalau tracksuit bila lepak sekatil ngan aku macam bunyi kesek2 tu aku tak suka. Tengok macam rimas, berat (jeans), panas.

#takpanaske #kodahkenapa #akuyangpakaikauyangpanas #wakdoyok

Haaa motif kan tetiba teringat kat wak doyok. Tak kenal wak doyok? kesian deh loe. g google siapa dia.

Kalau kat rumah, of course la adik aku yang selalu balik dari berjalan/sekolah, die tidur. Besenya aku akan suruh diorang tukar seluar tu sampai die pun rimas aku cakap pastu die tukar. hehe.

Pakai la seluar lain selain TRACKSUIT KESEK-KESEK dan JEANS untuk tidur.

Aku tak tahu kenapa, mungkin sebab aku kalau balik dari memana penat maybe time tu pakai jeans/tracksuit, aku tertidur, mesti tak selesa. So aku expect bila aku nampak diorang pakai untuk tidur, aku pulak yang panas. (haaa ni baru betul wak doyok, dia pakai aku yang panas)

Panjang pula mak jemah ko ni bebel kan. ok setakat tu je la fakta tentang aku. Lain hari aku share lagi. Byeeeee.

Tuesday, 1 April 2014

Cuti selasa petang ini

Balik rumah mak kat Kulai, pepetang hari begini tiba-tiba aku teringat akan serbuk dadih yang aku beli tahun lepas.

Tahun lepas weh tak ingat bulan berapa maybe Novemb. Punyalah masa beli pun mak dah sound;

Tuh beli, bila ntah nak buat tu.
-Nak terus buat la.

Dina kot, mana pernah tak malas. haha.
Tapi hari ni macam rajin tu ada sikit. Resepi ni susah gile nak buat. Hati-hati. Haderrr.

Qaril's Wedding

Assalamualaikum.
Before ni ada 2 kawan baik dari childhood yang dah kawin. Tapi tak update pun kat blog. Malas ke tak sempat ke, sampai dah lupa. Maybe tak de mood kot. Tuh kene susun dulu girls geng ikut turn kawin lah.hehe

Yang ni update sebab ada masa sikit. Eceh macam le ko tu busy sgt kan.
Before i lupa and i berkesempatan, i catatkan dekat sini sebagai satu hari yangg pernah i lalui. Iaitu attend wedding ko Qaril!

Sabtu 22/3/2014, kawan i Qaril Asra kawin. Dah buat majlis kat belah perempuan bulan 2, bulan ni turn die pulak. Selamat dah jadi suami orang. Die ni kawan baik habis, Geng i kat skola dari skola menengah. Kiteorang mmg tak dpt dipisahkan, I, Qaril, and Shahril. Hover kan.

Even Qaril tak satu kelas ngn i dari tingkatan satu, tapi kiteorang rapat sebab kelas kiteorang sebelah-sebelah je pun. Yang satu kelas ngn i dari form 1 is Shahril without fail. Haha.

Qaril die bijak satu kelas dari kiteorang. huhu. Tapi nak tahu satu rahsia die ni malas, sama ngn aku. (jangan marah qaril dgn kutukan i.haha)
Ok meh nak tunjuk mempelai(s).

Pang kopang kopang gibing gibing gibing!

Ok, Qaril yang pakai baju pink. Baju biru abang die. ni kire dua2 sambut menantu la. Qaril dan Hanisah. Abang die nampak matured tapi Qaril why are u so like budak-budak padahal umur beza setahun je ngn abang ko.


Ha ni semua kawan sekolah. Kelas sebelah-sebelah je. Geng-geng RK1 RK2. Degil tu tak, nakal je lebih. Rajin menyakat hader budak-budak ni. Dah besar panjang memasing. Semua belum kawin uolls. Tunggu turn la ni sensorang. Memasing nak jadi abe2 macho bela janggut. Alhamdulillah!


Haaa ni baru geng habis. Ada yang salah anggap dengan kedekatan aku ngn Shahril. U know kita cuma cuma kawan je. Haaa baju nampak sedondon tapi aku tak de nak sweet-sweet janji nak pakai baju warna sama. Hanyalah kebetulan semata.

Sebenarnya kan, kiteorang memang kawan baik dan dari dulu die la salah satu geng gonjeng aku. Dia banyak ajar macam-macam sebab aku kan bab study cam pentol-pentol sikit tapi Shahril sangat alergi matematik moden dan matematik tambahan.haha yeahhh i know it. Yang penting kalau bab mengarut die la geng geng untuk merepek.



Haa ni pulak with girlfriends. Adlin, attiah, and asilah. Marilah menunggu turn kita pula ye. Insyaallah diberikan pasangan hidup yang gagah, hensem, dan beriman. Hihi

For Qaril, Selamat Pengantin Baru Qaril dan Hanisah. Semoga berbahagia hingga jannah. Salute kau sebab kawin muda! Hopefully our frienship till the end. We love you!