Monday 17 December 2018

#Fakta dna (8)

Sebelum bulan Disember ni melabuhkan tirai, izinkan ambe nak update satu entri geli geli. Ye la tak de topik nak nak dibebelkan.. sebenarnya ada.. tapi sebab blog apps ni nak upload gambar kene satu-satu malas betul aku.. hihi

Hari ni tak pe nak up 1 picture terbaru sebelum nak masuk tahun 2019 umur pun dah update 3 series dah kan.. huhu ooo usia memang meningkat.. tapi kita kene hempas datang lagi, hempas datang lagi.. syantikkkk.

Btw nak bagi satu fakta pasal aku yang mungkin ramai dah kawan aku tau, termasuk husband. Nak bagitau ni pun sebab masa jalan kat Aeon ni ada lalu satu kedai makan memang aku anti ntah kenapa ntah. Hahaha.

Iaitu AKU JENIS TAK MEMILIH MAKANAN. 


Hari ni date bersama suami & anak-anak. Layan kan husband nak makan chicken chop. Im ok. Tapi husband agak  memilih. 

Makan kot, variey of foods is yummy. Kecuali satu kedai ni kedai makan SUKIYA. Tak tau kenapa tiap kali lalu aku selalu ingatkan laki aku pasal kedai tu.. haha. Aku suka je sushi kedai makanan Japan kan. Atau pun aku yang terlebih kampung.com. 

Aku rasa sekali je la aku g makan situ, aku pergi makan ramai-ramai dengan member. Sorang-sorang order menu lain supaya kita boleh rasa2 kan. Aku tak tau la apa kiteorg order, semua tak kene tekak. Dan aku tau la kedai tu bukak bukan untuk aku, untuk orang yang tekak japan kan.. 

Sesape yang suka makan kat SUKIYA tu suggest kan la menu yang sedap.. bagi aku punya perception berubah hihi. 

Setakat tu la fact pasal aku kedai yang aku reject untuk aku singgahi. Terhibur ke hambarudin? Kikikiki.. 

Tuesday 27 November 2018

Inilah dikatakan jodoh

Nampak nya untuk bulan November, ini entri pertama dan sempat satu entri je la memandangkan ni dah habis bulan pun hikhikhik.. tak kisah la kan. Blog ni pun suka-suka, sendu pun ye :P..

Ni ha nak tunjuk satu gambar sekolah rendah. Tapi ni kelas laki aku. Aku dari sekolah rendah satu sekolah dgn dia. Sekampung uols.. masa ni darjah 4 tak silap. Jadi ketua kelas ok, now jadi ketua keluarga kite. Alahh ayat. Hehe.

Aku tak de benda pun nak cerita apa. Sebab nak update blog kalau upload gambar kene satu-satu. Tak leh nak bundle mcm dulu. Leceh kan.. nak update nak bebel.. pastu nak delete gmbr kat phone sebab dah full.



Ini lah nama nya jodoh rahsia tuhan. Kecik2 dah hensem patut kene ngurat ngan kite dulu, kite pantang tengok helok.. haha pastu yang ngurat aku ala kadar kene la tu ngan aku yang tak lawa mana ni. Hihihi. Kalau kite suka jangan diam2 nanti takut orang lain amek dulu. Kurang2 mencuba. Hihi. 

Tapi untuk orang available. Orang tak available kepunyaan orang jangan cuba test market. Takut ada yang kene simbah asid nanti. Yaa khaaannnn?


 Inilah permata hati kami. Zahra Dania & Rayyan. 


Pagi tadi smart sangat bersiap tu yang kene ikut pergi maulid nabi kat surau. Seram tengok. Haha. 


Malam pergi ngeteh jap. Mama diorg ni teringin. Klu husband aku benda2 gini western2 tak mencari la. Minum or makan ok je, tp tak la tahap mencari sangat. 


Copypaste abah


Copypaste mama

Itu je la cerita nya hari ni. Alah saja2 update. 

Terima kasih husband selalu memberi kerjasama untuk jaga anak2.. terutama masing2 masih kecil. Sayang sangat anak2 mama.

Bye!




Monday 1 October 2018

4days off

Sebelum kita kasi clear the gambars kat hp. Mama nak update kita ke mana bila abah dapat off 4 hari hari tu. Dapat off balik operasi 1hari khamis.. jumaat sabtu memang cuti.. ahad awal muharram.

Mama update untuk kenangan kita satu keluarga. Ya macam korang tau mama ni akan update kat semua kan.. macam tak de keje kan haha. Jangan la cakap kita menunjuk, kita hidup ni ikut zaman la asalkan tak melibatkan maruah n etc norma2 manusiawi.. aa gittew. Tak kisahlah orang nak cakap apa.. nanti bile up balik dah jadi kenangan kan. Kat hp nnt kite delete.. kita buat memori baru so kita simpan kat online diari ye. Nape tak simpan kat hardisk? Hardisk ada laptop tak de. 😜 lagipun leh la mama membebel apa jadi masa tu.. nanti anak2 mama baca ye. Haha berangan nye anak dah besar.

Ok la untuk hari khamis tu kita pergi mana ya.. tapi 4 days tu kita habiskan masa kat area Muar. Kebanyakan tempat sama je kita jalan2..  but the precious moment is not destination, but the travel. Family. Sharing moment tu yang mahal. 

ONE DAY BEFORE 5 Sept
Ok 1day before kita dah celebrate tu.. last dah husband keje. Petang tu kita ke mana? Ke D'Binjai. Ayam penyet fav kiteorang. Paling suka avocado jus. 


Ok ni rahsia.. ni tak pakai filter. Kalau aku post ig habis licin ni muka aku. Zahra yang flawless pulak jadi berdebu muka dia.. haha ni aku malas nak edit. Btw iklan jap. Dulu sangat teruk muka aku, korang tak yah tanya aku gtau sendiri aku pakai cetaphil, even tak flawless tp aku syukur dah makin ok. Cuma tak tau lagi apa nak buat step seterusnya nak bagi licin la apa la n buang benda2 yang tak diperlukan dimuka.

Ni aku malas ni suka terpesong.



Tempe dia biasa je.. tapi tahu isi dia sedap.. dalam ada sayur cicah sambal kicap perh perhhhh



Ayam penyet sedap avokado pun sedap. Tapi kadang nak jimat aku tak segan pun nak gtau, order ayam penyet satu, satu lagi tambah nasi kosong. Sebab kadang ikut mood, ad masa aku lapar cam nak makan orang, aku order satu kalau aku rasa kenyang lagi aku order nasi kosong je. Kalau tak memang tak habis. 



Balik tu layan anak2 ke giant. Free je main playground, mainan kuda ni pun free ko naik la sampai muntah.. haha tekan sendiri dia on. Jalan..

1ST DAY OFF
Kita ke Melaka.. pagi2 bangun siapkan anak2 barang2 anak complete.. jom shayang2 mama jalan Melaka. 

Tak kira la tempat tu ko pergi dah 88 kali pun ko tetap nak ambik gambar. Ye la fasa2 anak membesar ni. Janji ada kenangan. Korang beruntung tau dapat mama abah suka amek gambar. Video tengah teran berak pun ada. Haha.



Cendol Jam Besar. Ini mama yang teringin.. abah layankan mama. 


Rayyan jangan intai sangattt... btw aku bersyukur baju ni aku dah muat balik. Lepas pantang aku sedih tak muat lengan n dada so tight. Hmm


Pemandangan indah tapi tu la ada orang garu kepala pulak haih.. zahra suka ada ship lalu. Dia panggil ship.. ala boat tu la. Hehe




Lepas cendol terus pergi ke Coconut Shake Klebang. Lepas aku tengok ni aku ehh kiteorang ni lunch apa ek hari tu. Oo lupa sebelum sampai ke Melaka ni ko tau pergi mana? 

Pergi makan nasi kerabu favorite!! Haha. Tak de picture la sebab kemarin nya baru pergi kot. Nasi kerabu mana tu ada aku pernah update entri sebelum ni. Husband aku bab makan memang A tau. Tapi biasalah menu dia suka kampung.com. Hihi


Hubsbaby feeling fattzura jap leh? & lovely daughter



Nak balik, "mama diri situ" alah2 tak yah la offer shayang ni.. terus hehe

Pastu lepas makan ni dia offer apa tu Kuih Keria Antarabangsa tu. Tak nak la kan. Dah pernah beli sebelum ni. Ok la sedap gak. 



Dan kite masuk la ship ni. Since tak pernah masuk sejak berkeluarga ni. Last masuk masa zaman uni aku 7/8 tahun lepas. Ok la murah kan. Sebab pakej, masuk ship dengan muzium TLDM tu sekali. RM3 ke 5 aku tak ingat. Zahra ngn Rayyan free. 


Jangan tanya kenapa muka kat ig lain kat blog lain. Haha kat ig dah edit ni malas.. biasala muka orang kan. Dulu bekas break out macam2 so on.





Sweet la gambar ni.. 



In Muzium TLDM. 



Dah jalan tu kita ke Kedai Keretapi pulak. Zahra n abah dia masuk katanya sesaja. Aku dengan Rayyan kat luar sebab berstroller aku malas. Tibe dia kejap je pastu dah keluar, aku pun tanya..

Aku: Kejap nya. Best tak?
Dia: Biasa je. 
Aku: Dalam ada aircond tak? 
Dia: Takde

Patut la kejap.. klu ada dia anak beranak bertapa dalam tu haha. Aku pun cakap,

"Yela kang pasang aircond berape pulak dia nak letak harga keychain. Orang bersesak lagi nak masuk sebab nak aircond" hehe



Feeding fish. Lepas tu keje zahra suh pergi kaunter amek makanan ikan je. Dia ingat minta je.. hahaha bayar. 3 kali ulang alik beli makanan ikan. 



Sebelum balik kite selfie berdua jap. Nak show parut kite sama.. tempat je lain. Ni kalau buh filter pun tak ilang parut ni. Hehe ok dah 1st day off. Ala 1st day pun dah panjang. Tapi sambung je nak wat kenangan. 

2ND DAY OFF
Aku tak ingat la Jumaat ni pergi mana. Tak de record gambar haha. Ke rasa tak ke mana-mana. Kat rumah je kot. Kot la sebab macam pelik je dina&zul duk umah seharian. Haha entah dah lupa la. 😬hihihi

3RD DAY OFF
Kite ke Muar cari buah untuk Rayyan. Masuk The Store Wetex Parade. Tapi cuba teka kita lunch kat mana sebelum tu? Teka la teka laaaa

Oleh kerana tak de orang dm nak jawab teka teki aku. Aku jawab sendiri..


Taraaa!!! Nasi dagang.. semalam nasi kerabu hari ni nasi dagang. Dua menu ni kalau cuti macam hari2 makan ni pun tak pe. Sedap ngat ngat. 


Selfie la nak wat pe lagi. Berangan tak sudah..



Dia dapat tengok air belakang tu pun bahagia zahra ni. 



Balik dari The Store yang drama nye. Zahra ni jenis ingat jalan atau tempat2 dia pergi. Dia senang cam tempat tu. Masa tu balik dr bandar lalu jalan lain. Memang kene lalu taman dinasour ni. Dia belum sampai lagi depan ni tetiba cakap, "mama ada dinos, terbang-terbang" ulang ulang cakap. Dah tibe depan tu kite lalula melalak nak masuk. Oleh kerana baru last week or 2 weeks ago pergi, tu pun mama dah update entri sebelum ni hehe. Mama tak ambik gambar byk. Dia nak naik ni naik tu abah layan. 

Masuk free nak main mainan bayar. So pada yang nak budget2 ye la yang anak ramai kurang mampu nak bawak anak2 jalan  riadah boleh la. Aku n husband suka bawak diorg pergi tengok air, main playground. Yang percuma. Nak happy tak semestinya yang mahal dan berbayar kan.


Ni la budaknya.

Masa nak balik dari taman dinos tu pun melalak tak nak jugak. Sebab ramai kan weekend. Dia suka ramai. Orang tak balik balik. Dia pun tak nak balik. Ni baru sorang, rayyan kecik lagi dia tak tau.. nanti dedua dah faham aiyooo.. haha

Balik rumah settlekan anak-anak. Mama goreng ikan panas2 nasi panas.. kita makan dengan sambal kicap abc cincang. MashAllah sedapnya.. bila semua dah ok, anak2 ok, suami ok, yang dekat ok, .. eh ternyanyi jugak kang lagu DSV ni. Hehe bile semua dah senang hati kenyang selesa tidur lah ye mama abah nak lunjur kaki pulak dukung deme berdua sepanjang hari.

4RD DAY OFF
Jom main teka-teka lagi kite breakfast lunch kat mana? Teka la hahaha..aku rasa yang baca pun jemu dah. 

Taraaaaaa!!!!


Again n again. Aku nasi dagang. Husband nasi kerabu, Zahra roti canai. Oo masa ni plan nak ke area pasar malam depan kem tu je nak makan roti canai zahra minta makan tu. Lepas tu kedainya tutup. So sad. Beli kan lah zahra roti telur jugak sebab dia nak tapi kedai lain. Husband terus ajak makan nasi sekali la sebab dah pukul 10pagi kot cam tu. Peel aku yang harus dipuji ialah takpe aku puji diri sendiri je haha walaupun aku ni pemalas, aku kalau bawak anak2 aku keluar sarapan pun mesti nak mandikan diorang dulu. Tak tau kenapa mesti nak siapkan segar-segar. Sebab kalau husband aku kata, "pergi dekat je, kejap je" boleh jadi kemana-mana nanti..  

Nampak muka 3 diatas, semua dah mandi tau.. wangi.. termasuk yang amek gambar dah mandi jugak. Hihi. Dia selagi tak mandi pum stress mama akan suruh suruh suruhhhh selagi tak buat. 



Plan nak makam area rumah dah jadi ke Bandar Muar dah. Kannn kan kan. Straight makan nasi kerabu dagang tau.  Tak jemu. Sebab sedap sangat. Sedap n lapar kadang aku dah tak tau beza dah. 

Lepass makan kita main playground. Weekend kan. Kat Dataran Tanjung Mas ni ada Muar River Cruise. Zahra minta naik. Since tak pernah naikkan dia dari dulu. Dia dah minta bawak la sekali naik. Harga tiket dewasa RM12 kanak RM6 Rayyan free. 



Muka pun tak mekap sangat ye la nak g breakfast dekat katanyaaaaa.. so kene pakai spek untuk menambah 30% kecantikan. Aku pernah baca satu artikel, memakai sunglass akan menambah 30% kecantikan dan ketampanan seseorang. 
Jap ko tengok eh.



Zahra dengan laki aku pun percaya kata-kata aku. Rayyan je tak sebab dia memang all the time awesome kan shayang. 



Naik ni ada la dalam 30-40 minit. Jauh dia bawak berjalan. Dapat puaskan hati dan tunaikan permintaan anak. Alhamdulillah. 



Hari tu lepas naik tanya zahra. Best tak naik ship? Dia jawab best.

Kemarin tanya, "best tak naik ship" dia jawab "tak best"

Haha.. 

Ok its a wrap... dah siap apa aktiviti kita sekeluarga bila cuti berderet ni. Bile cuti berderet, berjalan pun full, makan nasi menu sama pun berderet. 

Mama dan anak2 happy abah bawak jalan-jalan. Kita beriadah sama-sama. Banyak jalan kadang bukan sebab kita kaya, tapi kita punya sedikit masa, dan cuba lakukan apa yang boleh buat orang2 tersayang bahagia. Mama n anak2 doakan abah dia dimurahkan rezeki sihat tubuh badan untuk menjaga kami. We love you.






























Friday 31 August 2018

Acececehhhh

Motivation. Adore her; Hanis Zalikha. 

Sometimes rasa rendah diri sebab kita surirumah tak ada kerjaya macam perempuan lain. Boleh cantik bergaya selalu.   Busy woman. Self esteem. Tak pe lah masing masing punya rezeki. Rezeki kita jaga anak-anak dan suami. Walau tak banyak duit tapi Alhamdulillah rezeki selalu ada. 


Orang kata perempuan kene ada pendapatan sendiri, nanti laki tinggal ada la duit yada yada yada. Tak kan nak kerja semata takut sangat laki tinggal. Kalau dia kerja pun sebab nak bantu ekonomi keluarga, nak bantu suami dia. Kadang cakap juga kat husband, apa yang dalam fikiran ni. Dia kata buat apa nak fikir bukan-bukan. True, macam hanis cakap. 



Aku ada big reason kenapa berat hati nak tinggal anak-anak. Aku rasa belum tiba masa sesuai. So aku cuba dapatkan kelas kemahiran. At least boleh jana pendapatan dari rumah. InsyAllah. Doakan plan aku. Masing2 kita jalan hidup tak sama. 


Yang penting love each other. Jujur n setia. InsyAllah setiap rezeki kita berkat. Amiin. Kita dan dia banyak kekurangan. So kita melengkapi satu sama lain. Seni menerima dalam berpasangan tu penting. 

Saya sayang suami saya. ❤️💚❤️

Rayyan dan SDS

Husband balik weekend je sehari sebab tengah operasi. Tu pun kebetulan malam semalam wife kawan dia bersalin so ada order hantar. So balik singgah sebab mak mertua buat korban. Esok nya sebelum balik sempat ler melayan tekak wife teringin makan chicken chop. 

Semenjak bersalin Rayyan, ni la first time berjaya makan kat SDS ni, suka makan sini sebab chicken chop sedap. Dulu masa ngandung kan rayyan, suka sangat makan sini. Tu yang agaknya bila dia keluar dia cam alergik ngan kedai ni hahaha. 

First time masa tu, baru je order, air & makan baru sampai, dia boleh poopoo selambak lak tu tembus ke seluar dia.. mama pulak jenis g mana2 tak bawak pampers tisu basah semua. Biasa klu bawak tak pulak dia memerlukannya kan. Haha.. cam tetau je kan. Pastu tak reti bertenang. Selagi tak bersihkan selagi tu laaaaa dia menjerit merengek.. terus take away.


Hello polis, inilah dia budaknyaaa..


Kejadian kedua pulak, tak lama lepas tu, nak makan roti dia, dah beli roti, kakak nak kek befday to you katanya.. dah siap pasang lilin.. baru duduk nak bukak buku menu nak order, laki aku tengah riba kan Rayyan, tibe je "mama, ayyan maaaa, tengok ni.." hahahaha dia buat lagi.. kali ni teruk nya sebab dah meleleh kat seluar laki aku.. cantik je kannn. Hahaha.. lepas bilas sikit. Terus balik. Haa kalau dah sampai keta baru lah semua senjata ada. Baju pampers, nak buat susu, ada... so hari tu pun terus balik makan kat umah. 


Masa nak pergi ni cakap kat husband aku, jangan lah Rayyan buat keje lagi..


Dating time. 


Dia ajak amek gambat nampak gigi.. bese ketap je kan..ni ayyan ni.. nasib ok masa ni. Rayyan bawak2 lah sesuaikan bontot dengan tempat makan. Hihi.


 Keje nak mencapai jeeee dia ni. Pinggan ni berat nak. Pegang anak nak makan chicken chop. Letak bawah pun dia dah pandai meniarap nak menyelor terjun kebawah je.. Ko paham la kan.. makan dah tak serupa bikin dah.. nasib laki jenis makan cepat. So ganti-ganti dengan dia.

Lepas makan layan zahra jap, pastu pusing-pusing.. balik rumah. Abah nak work dah. Cepat la abah balik kan.. kami rindu ❤️. 

Eat and Repeat Cafe

Last week sebelum husband masuk operasi, masa cuti tu sempat ler kite meround. Kalau kat Kulai tempat mana je la nak pergi? Aeon je la paling-paling pun melayan zahra naik train, main slide, game, dah jadi parents ni ni la tempat-tempat korang.. swimming pool, pantai, bagi makan binatang, zoo.. semua kids friendly la tibehhh..

So layan la mek ni naik train.. mama sampai tak mau naik dah. Haha. Adik tak pe la dia belum tau perasaan happy naik train tu. Tapi kadang naikkan jugak la. 


Apa yang buat dia happy tu la mama abah cuba buat. Kang tak dengar cakap, ting!! Hanger n rotan naik haaa.. hehe


Telinga dengan hidung tu signature abah sangat kan dua beranak ni. 


Oo lepas dia naik train dia suh mama "mama, amik gambar" lepas tu tibe mama nak berangan jap, nampak dia tarik kaki suruh masuk nak play games pulak. Adeh adeh.. 

Sebenarnya keluar ni nak mencari blender baby, Rayyan kan dah nak 6months! Nak eat eat eat! Tapi nak beli kat One Baby World Jb. Zahra punya dulu kiteorang beli yang blender biasa. Lagipun hari tu blender aku dah tumpul (blender hadiah kahwin, 2years guna, tq so much) , so aku guna blender zahra tu untuk cili, bagai semua. So turn rayyan nak beli yang stim and blend. 

Tetiba teringat, dulu masa nak beli blender Zahra masa tu memang dah nak tibe masa dia nak makan lagi seminggu rasanya, "Abang, Zahra next week nak makan dah nak kene beli blender." Dia pun "Ok, nanti kite beli. Balik buat kerja kite beli." Masa tu dia nak pergi pasang aircond dulu, balik tu dapat upah terus kite pergi Aeon beli blender.. Philips RM99 wahh ingat, kenangan kan. Dulu baru nak start keje, gaji pun basic je, elaun2, kenaikan, semua tak de. Sob sobs sobs.. tapi rezeki Alhamdulillah cukup. Makan sedap-sedap. Yang susah-susah kite cerita sikit2 sudahlah. Cukup kita suami isteri je tau. Kang silap hari bulan laki aku tak ingat, meh aku ingatkan dia dengan pisau, kapak, haha. 

Ok2 nak citernya pergi makan kat kedai mangkuk RM1.90 ni. Terpesong lak.. sebab tu masa kat sekolah subjek buat karangan penulisan, aku akan list kan isi2 penting. Pastikan tak terpesong. Sebab macam ni la, tadi nak cite pasal pergi makan , pastu tercite kenangan blender tadi. Back to track.


Sampai mata mama korang pun blur dah tu kakak apa tak puas hati duk tonjol2 adik dia. Haha. Nampak tangan mama sedang menghalang. Ikutkan ko tak de masa nak bergambar tapi tu la kenangan kan walaupun ko makan 10kali tempat yang sama, hahaha. Yang bestnya handphone pun hang kan, akibat loaded of pictures!! 

Order sikit je sebab keluar pun dah dah lambat dah lunch kat rumah.. so petang ni tambah2 je sebab ramai kata sedap menu-menu dia.. memang sedap semua. Pada aku klu nak makan macam-macam sini la kan sebab murah, worth it la dengan RM1.90 semangkuk tu. Tapi kalau ko tengah lapar tak sesuai kot 5 mangkuk belum tentu kenyang. Tu kalau aku la sebab aku bfeed anak makan memang banyak. Anak pulak jadi alasan, haha padahal nak cover memang jenis makan melantak kan.. alah alahh ngaku je hihi

My baby shayang.. 


4 of us. Nampak tangan sape tu nak capai mee. Lepas amek gambar, die pun berjaya tarik mangkuk dan celup. Nasib baik kuah tu suam panas nak.. blender baru beli nanti kita makan je. Oh ya since die punya blender boleh stim, mana leh la tumpang buat menu diet kan.. tp nanti la.. nanti tu bila tak tau la. Idea jeeeee.. haha. 

Fuh tadi story nak terpesong siap jugak ke isi penting nya. 

Ok tu je pun nak ceritanyahhhhhh.. bye.